12/11/2009

Perjanjian Sewa Rumah

Kenapa kita perlu buat perjanjian sewa rumah?

Perjanjian sewa rumah adalah amat penting untuk dibuat kerana kita perlu menulis semua yang telah dipersetujui antara tuan rumah dengan penyewa. Perjanjian dibuat adalah untuk melindungi kepentingan tuan rumah agar penyewa bersama-sama bertanggungjawab ke atas maklumat dalam perjanjian tersebut seperti bayaran sewa, tarikh membayar sewa, kepentingan menjaga rumah dan lain-lain yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangi oleh kedua-dua pihak.

Setiap perjanjian hendaklah disediakan 2 – 3 set yang mana setiap pihak perlu ada untuk simpanan selepas ditandatangi dan dimatikan setem hasil. Jika melibatkan agen hartanah maka 3 set perjanjian diperlukan dan jika tuan rumah dengan penyewa maka 2 set sahaja diperlukan.

Perjanjian ini kita boleh disediakan sendiri dengan mengambil contoh sedia ada daripada pihak peguam, agen hartanah atau kawan-kawan yang telah menjalankan sewaan rumah. Selepas pihak tuan rumah dan penyewa tandatangani perjanjian maka untuk pengesahan perlu didaftarkan dan dimatikan setem hasil di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Selepas dimatikan setem pada perjanjian maka ia menjadi sah dan tuan rumah dan serta penyewa perlu bertanggungjawab ke atas semua yang termaktub dalam perjanjian. Bagaimana pun semua kos pengurusan seperti mematikan setem perlu ditanggung oleh pihak penyewa dan boleh dimasukkan di dalam perjanjian yang disediakan.

Setiap perjanjian sewa dibuat adalah untuk melindungi kedua-dua pihak terutama bagi pihak tuan rumah kerana tuan rumah telah mengeluarkan modal besar di dalam menyediakan rumah untuk disewakan iaitu 10% deposit dan lain-lain kos serta bertanggungjawab membayar pinjaman ke pihak bank. Manakala penyewa bertanggungjawab untuk membayar sewa rumah sahaja dan hanya menyediakan modal kecil iaitu deposit masuk rumah.

Maka itu perjanjian sewa rumah perlu dibuat untuk melancarkan proses penyewaan setiap bulan.

Contoh Perjanjian Sewa Rumah







12/08/2009

Industri Hartanah Terhebat di Sabah



Banyak kebaikan yang kita perolehi apabila menjadikan industri hartanah di Sabah sebagai pilihan untuk pelaburan. Matlamat melabur dalam industri hartanah Sabah adalah untuk mendapatkan pulangan wang yang tinggi. Ini adalah kerana hartanah di Sabah cepat meningkat nilai semasa dari tahun ke tahun. Setiap tahun industri hartanah menjadi kegemaran dan menarik pelabur-pelabur dari pelbagai latar belakang tidak kira berkerja sendiri atau makan gaji.

Pelaburan hartanah di Sabah merupakan perniagaan yang hebat tetapi tidak semua orang berani menceburinya kecuali bagi mereka yang telah bermatlamat dan bermotivasi tinggi sahaja yang dapat menceburinya. Walau bagaimana pun kita perlu mencari dan mendapatkan ilmu mengenai industri hartanah sebagai persediaan awal sebelum menceburi bidang ini. Kita boleh mendapatkan maklumat dengan membaca buku mengenai hartanah, online internet dan kawan-kawan yang telah dahulu menceburi industri hartanah. Pelaburan hartanah di Sabah ini memang berisiko tetapi hartanah boleh diinsurankan bagi menghadapi sebarang peristiwa yang tidak diingini berlaku.

Perkara yang paling menarik mengenai pelabutan hartanah di Sabah ini adalah industri ini berpotensi menjana pendapatan dari masa ke semasa. Kita boleh menaikkan nilai sewanya atau nilai hartanah dengan menambah baik hartanah atau memasang kelengkapan baru. Kita juga perlu mengetahui pulangan bagi sesuatu lokasi dan harga pasaran bagi meraih pulangan yang lumayan di dalam menceburi industri hartanah di Sabah ini.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom