2/09/2011

20,000 Unit Rumah Mampu Milik Akan Dibina Di Sabah Dalam Masa 5 Tahun

KOTA KINABALU, 8 Feb (Bernama) -- Satu perkongsian pintar antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (SHTDA) dengan pemaju dari Semenanjung akan menyaksikan 20,000 unit rumah mampu milik dibina di seluruh Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek tersebut adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2008, kata Pengurus Besar SHTDA Jenar Lamda pada sidang akhbar selepas taklimat dengan pemaju projek tersebut Probil Sonati Development Sdn Bhd, di sini, pada Selasa.

Projek tersebut yang melibatkan kos RM2 bilion akan dijalankan dalam empat fasa dengan sokongan daripada Bank Rakyat, Maybank, EON Bank dan Etiqa Insurance, katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi merangkap Presiden Sonati Group Bhd Datuk Ir. Nik Mokhtar Hassan berkata projek itu akan berasaskan kepada permintaan, bergantung kepada kajian kemungkinan.

Menurutnya, fasa pertama akan dilancarkan pada Mei tahun ini dengan 6,000 unit rumah teres di Kunak, Kudat dan Sandakan dijangka disiapkan dalam masa dua tahun, melibatkan kos kira-kira RM616 juta.

Kawasan-kawasan lain yang telah dikenal pasti bagi projek tersebut ialah Tawau, Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, dan bandar-bandar di kawasan pedalaman.

Selain rumah teres, jenis rumah yang akan dibina ialah pangsapuri, rumah berkembar dan banglo. Harga bagi unit-unit tersebut adalah antara RM85,000 dan RM2 juta dan agak rendah berbanding rumah-rumah lain dalam kelas yang sama.

Jenar berkata selain ciri rumah tiga bilik dan dua bilik air, ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti akses wi-fi dan jalur lebar untuk menyediakan kepada keperluan generasi akan datang.

"Permintaan bagi rumah-rumah seperti itu ada. Menerusi projek ini, kami berharap misi kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik akan dapat dicapai," katanya.

Sumber dari BERNAMA online

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom