2/10/2011

Segera Bina Perumahan Rakyat di Selagon


AZIZAH Mohd. Dun (kanan) berbual mesra dengan mangsa banjir di Dewan Selagon, Beaufort, kelmarin.


BEAUFORT 9 Feb. - Kerajaan Pusat diminta menyegerakan pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) sebanyak 300 unit berharga RM27 juta di kawasan Selagon yang terbengkalai sejak 2007.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk di situ kini tidak selamat lagi untuk diduduki.

Menurutnya, penduduk terdedah dengan ancaman tanah runtuh tebing sungai akibat banjir yang berlaku setiap tahun di kebanyakan kawasan di daerah itu.

''Pembinaan PPR itu diusahakan untuk menempatkan rakyat yang memerlukan rumah dan ia adalah penyelesaian bersifat kekal.

''Kita menyeru kepada kerajaan Pusat menyegerakan pembinaan rumah PPR agar masalah ini dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Selagon, di sini semalam.

Ditanya mengenai langkah mengatasi banjir di daerah ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias itu berkata, kerajaan telah melantik sebuah syarikat konsultan untuk mengkaji Sungai Padas dan bagaimana mengatasi masalah banjir.

''Kini, kajian itu hampir siap dan kerajaan akan menerima apa juga cadangan untuk mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di daerah ini," katanya.

Antara usaha yang dapat dibuat adalah mendalam, membersih dan membesarkan parit dan sungai agar air tidak bertakung sehingga boleh menyebabkan banjir.

Beliau juga menasihati rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias agar berwaspada dan sentiasa memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sekiranya tidak mahu berpindah.

Sumber dari Bharian Online

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom