2/16/2011

SPNB Bina Rumah Mesra Keluarga

Oleh HASHNAN ABDULLAH

bisnes@utusan.com.my

Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) akan menjalin kerjasama strategik dengan anak syarikat kerajaan negeri bagi membina rumah mampu milik yang berharga antara RM35,000 hingga RM100,000 di seluruh negara pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, kerjasama sedemikian penting bagi membolehkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di seluruh negara memiliki rumah yang selesa dan mesra keluarga.

''Buat masa ini SPNB akan menjalin kerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri Perlis, Perlis Holdings bagi membina kira-kira 1,500 unit rumah mampu milik di negeri itu.

''Seandainya tidak ada sebarang masalah, projek perumahan melibatkan kawasan seluas 52 hektar berdekatan Universiti Malaysia Perlis itu akan dilancarkan pada pertengahan bulan depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SPNB yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 itu adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.).

Idris berkata, rumah itu akan mempunyai tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air.

Malah, beliau menambah, rumah yang berkonsep mesra keluarga dan selesa itu mempunyai keluasan antara 800 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi.

''Rumah yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana itu terbuka untuk jualan kepada semua warganegara kecuali kos rendah dan ia tertakluk kepada syarat-syarat kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, kini SPNB sendiri sedang membina lebih 15,000 buah rumah mampu milik yang bernilai RM1.8 juta seluruh negara.

''Projek perumahan itu adalah hasil kerjasama dengan beberapa buah syarikat swasta dan agensi kerajaan pusat serta negeri," katanya.

Sumber : Utusan Online

1 comment:

  1. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita tanpa mendapat pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar sebanyak $ 150,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom