3/15/2011

Lokasi Taman Perumahan Yang Strategik


Jalan-jalan mencari kawasan perumahan yang mepunyai lokasi yang strategik sama ada untuk masa sekarang atau untuk masa akan datang. Sebelum membeli rumah atau apartment kita perlu buat beberapa kajian sendiri untuk mengelakkan berlaku sebarang kesilapan ketika membeli. Membeli sesebuah kediaman tidak sama dengan membeli sebuah kereta kerana gadai janji sebuah rumah antara 10 tahun hingga 40 tahun, satu jangka masa yang panjang untuk menyelesaikan pembayaran tersebut.

Manakala proses untuk memiliki rumah juga mengambil masa 2 – 3 bulan berbanding membeli kereta boleh selesai dalam 2 – 3 minggu. Proses urusan pembelian rumah juga perlu pengorbanan duit dan masa atau sebaliknya.

Bagaimanapun dengan pembelian rumah yang mempunyai lokasi atau kedudukan strategik boleh menaikkan nilai semasa rumah dan kadar sewa juga meningkat kerana faktor permintaan. Sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah kediaman kita perlu melakukan beberapa kajian atau selidik dahulu beberapa faktor yang berguna untuk menyakinkan kita bahawa pembelian tersebut adalah berbaloi.

Langkah 1

Lawat lokasi taman perumahan sama ada untuk rumah dalam pembinaan atau sedia siap, selidik semua kemudahan yang berhampiran dan kenalpasti sebarang masalah yang timbul atau wujud di taman tersebut.

Langkah 2

Bertanya pada penduduk setempat atau jiran tetangga tentang harga semasa memiliki rumah di sana atau harga terkini serta permintaan rumah sewa dan kadar sewa di sana atau merujuk iklan seperti suratkhabar serta internet.

Langkah 3

Datang ke taman perumahan sasaran di sebelah malam (7 – 9 malam) atau masa orang balik dari kerja (5 – 7 petang) untuk melihat potensi dan kepadatan penduduk yang mendiami di taman tersebut yang boleh memberi jawapan kepada kita bahawa taman tersebut merupakan taman yang mempunyai permintaan tinggi jika hampir atau semua unit kediaman dipenuhi oleh penghuni.

langkah 4

Berkunjung ke bank atau syarikat penilaian hartanah untuk mengenalpasti tentang lokasi taman yang disasarkan. Mereka akan memberi sedikit maklumat tentang taman tersebut jika kawasan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi atau potensi pelaburan di sana terbaik.

Keputusan kajian

1. Kedudukan taman yang strategik, menarik dan tidak ada sebarang masalah seperti kecurian, air, elektrik dan jalan tidak berturap serta mengikut kata naluri kita menyatakan bahawa taman tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.

2. Harga semasa rumah yang menarik dan mempunyai kadar sewa (Cashflow Positive) atau ROI (Return on Investment 5% - 10%)

3. Mempunyai kepadatan penduduk atau ramai yang tinggal di taman tersebut.

4. Pihak bank atau penilai memberi respon yang positif tentang taman tersebut dan bersedia membantu kita untuk mendapatkan pinjaman rumah.

Untuk bakal pembeli rumah atau para pelabur yang baru menceburi bidang hartanah bolehlah mencuba langkah-langkah tersebut sebagai panduan sahaja. Ini kerana langkah-langkah inilah yang saya gunakan setiap kali mencari rumah untuk pelaburan.

Bagaimanapun ini cuma sekadar cadangan, kalau para pembeli ada cara tersendiri bolehlah gunakannya kerana setiap kita ada teknik tersendiri dalam memiliki rumah idaman.

2 comments:

  1. Terima kasih..Maklumat yang sangat berguna utk. saya yang dalam proses pencarian rumah... (^_^) Thumb up!!

    ReplyDelete
  2. banyakkan lagi membaca dan dapatkan buku2 tentang rumah agar pembelian kita itu berbaloi...

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom