3/10/2011

SPNB Komited Pastikan Skim Rumah Pertamaku Capai Sasaran

Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) komited untuk memastikan Skim Rumah Pertamaku yang menyasarkan golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri tercapai sebelum hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) itu mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga RM200,000 ke bawah yang siap dibina di seluruh negara.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya juga kini sedang membina lebih 3,000 unit rumah yang sama di seluruh negara dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Justeru, katanya, SPNB akan mewujudkan pusat sehenti bagi memudahkan bakal pembeli berurusan dengan bank yang terbabit tidak lama lagi.

"Kita akan wujudkan di setiap kempen beli rumah SPNB dan juga pejabat cawangan di seluruh negara.

"SPNB sedia menjadi pelengkap kepada niat murni kerajaan untuk memastikan golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah memiliki harta kekal.

"Ia juga sejajar dengan usaha SPNB selama ini yang mahu golongan muda atau pasangan baru kahwin memiliki rumah sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.

Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.

Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air.

Sumber info : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom