7/02/2011

Pastikan Keluarga Gaji Rendah Miliki Rumah

Datuk Seri Najib Razak mahu semua keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini dapat memiliki rumah mampu milik yang bukan saja selesa serta mapan, tetapi turut dilengkapi tenaga alternatif boleh diperbaharui.

Perdana Menteri berkata, seboleh-bolehnya kemudahan tenaga alternatif itu disediakan di rumah mampu milik supaya dapat mengurangkan bebanan bil yang ditanggung oleh rakyat, sekali gus memperbaiki standard kehidupan mereka.
Justeru, beliau berkata, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia kerana sumbangan minda paling kreatif dan berbakat negara ini diperlukan untuk mencapai wawasan itu.
“Dalam landskap sosioekonomi kita sekarang, perumahan kekal menjadi isu kritikal kepada semua rakyat Malaysia dan untuk menangani perkara ini, saya akan melancarkan satu skim perumahan mampu milik yang baru, lusa.

“Skim perumahan ini akan menyediakan pinjaman 100 peratus pada harga mampu dimiliki oleh pembeli yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya ketika berucap merasmikan Datum: KL Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2011 di sini, malam tadi.

Datum: KL Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung selama sebulan.

Pada majlis itu, Najib juga dianugerahkan Ahli Kehormat PAM. Najib juga melancarkan penerbitan baru PAM bertajuk ‘30 Under 40’ yang memaparkan 30 arkitek Malaysia yang sedang meningkat naik dan berusia di bawah 40 tahun.

Najib berkata, seni bina mampu menyumbang kepada kejayaan ekonomi serta daya saing negara selain berperanan penting bukan saja dalam projek mercu tanda seperti Menara Petronas, tetapi dalam bangunan lebih kecil dan sederhana seperti sekolah, pusat komuniti serta ruang berkaitan agama.

Sumber info Berita Harian online

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom