7/03/2011

Pemaju Di Sabah Disaran Bina Hartanah Kediaman Untuk Pasaran Lebih Luas

Pemaju hartanah disaran membina rumah untuk pasaran lebih luas memandangkan rakyat, terutamanya dalam kumpulan berpenapatan rendah mendapati sukar untuk membeli rumah memandangkan harga terus meningkat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata keluarga berpendapatan sederhana mendapati sukar untuk membeli rumah yang besar dan selesa.

"Di samping untung menjadi keutamaan, adalah menjadi tanggungjawab pemaju terutama yang melaksanakan projek-projek di Sabah, menyumbang kembali kepada rakyat dengan menawarkan perumahan yang berkualiti dan mampu milik serta berkemungkinan di kawasan yang boleh diakses dengan pengangkutan awam," kata beliau pada majlis pecah tanah Jesselton Residences di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri dan juga Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata pemaju perlu menyediakan hartanah berkualiti dan landskap terbaik memandangkan beberapa pembangunan mewah bertujuan menarik pembeli di bawah program 'Malaysia Rumah Keduaku'.

"Reputasi adalah segalanya kepada pemaju dan mereka yang dapat menawarkan rumah berkualiti sedemikian secara konsisten akan mendapat kepercayaan pembeli," katanya.

Beliau berkata pemaju hartanah di Sabah perlu mengekalkan penanda aras dan sentiasa menyiapkan projek mereka mengikut masa yang ditetapkan.

"Ini akan memastikan pembeli akan dapat berpindah sebagaimana yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli. Adalah suatu yang tidak boleh diterima untuk membiarkan projek siap separuh jalan kerana tindakan sedemikian akan menjadikan pembeli dalam kesusahan dan menjejaskan bukan sahaja reputasi pemaju tetapi juga negeri," kata beliau.

Beliau memberi jaminan yang kerajaan negeri akan mendengar segala isu yang bangkitkan pemaju hartanah.

Musa berkata Sabah memerlukan pelbagai jenis pembangunan dan industri untuk menasik asas pelabur yang bermacam-macam.

Info dari BERNAMA online

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom