9/27/2011

Pendapatan Kecil Pun Boleh Berjaya

Ramai orang pandai cari atau buat duit sama ada melalui pendapatan makan gaji, berniaga dan kerja-kerja sampingan yang penting mendatangkan duit. Kebanyakan kita pantang mendengar cara-cara membuat duit, pasti tidak akan melepaskan peluang tersebut. Biar bekerja siang dan malam yang penting dapat duit.

Bagaimanapun selepas kita memperolehi duit tersebut kita lupa menguruskannya dengan teratur dan duit diperolehi tidak kekal lama. Bagi mereka yang bekerja makan gaji juga turut menerima nasib yang sama, seolah-olah kais bulan makan bulan. Mereka gagal bukan kerana menerima pendapatan kecil tetapi mereka tidak tahu untuk menguruskan pendapatan mereka.

Bagaimanapun tidak dinafikan bahawasanya ada juga golongan yang sangat pintar dalam menguruskan pendapatan mereka walaupun gaji yang di terima kecil sahaja.

Saya mempunyai seorang sahabat yang hanya menerima pendapatan atau gaji sekitar RM1000 sebulan dengan tanggungan 2 orang anak serta isteri sebagai suri rumahtangga sepenuh masa.

Saya kagum dengan beliau dari dahulu lagi yang mana dia dapat menguruskan sumber kewangan yang sedikit tersebut dengan bijaksana. Dalam tahun ini beliau telah pun berjaya membina sebuah rumah setingkat di tanah warisannya dan mempunyai sebuah kereta iswara.

Syabas untuk beliau walaupun rumah yang dibina belum cukup sempurna tetapi hasil usaha gigih merancang kehidupan ini dengan teratur dan dapat mencapai yang diimpikan kebanyakan orang di luar sana.

Maka betapa pentingnya pengurusan kewangan dari sekarang, faktor berjaya bukan terletak pada jumlah pendapatan yang diterima tetapi terletak bagaimana kita menguruskannya dengan bijaksana.




No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom