2/28/2011

Modern Living Exhibition 2011

Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri di dalam mengubahsuai dalam kediaman. Pelbagai kelengkapan hiasan dan rekabentuk perabot terkini di tawarkan di pasaran untuk menjadi pilihan kepada pemilik kediaman. Bagaimanapun pihak Chan Furniture telah mengadakan "Modern Living Exhibition" dari tarikh 25 Feb hingga 6 Mac 2011 bertempat di 1 Borneo bagi memberi peluang para pemilik kediaman untuk melihat tawaran yang dipamerkan dengan beberapa diskaun yang diberikan. Buatlah pilihan anda dengan kebijaksanaan masing-masing.

Kedudukan Putatan Platinum Apartment yang Strategik

Sesebuah kediaman yang dibina berhampiran dengan sesebuah pekan atau bandar akan mempunyai nilai yang tinggi pada masa akan datang. Semakin maju sesebuah kawasan tersebut maka semakin tinggi nilai hartanah tersebut dan kadar sewa untuk kediaman ini akan melonjak naik kerana permintaan yang tinggi ketika itu.

Ini boleh dibayangkan pada akan datang apabila Putatan Platinum Apartment 11 tingkat siap kelak yang mana kedudukan apartment ini sungguh strategik iaitu terletak di tengah-tengah Pekan Putatan yang sibuk saban hari dengan aktiviti harian. Pekan Putatan merupakan laluan utama ke bandaraya Kota Kinabalu dengan jarak 8 KM.

Pelbagai kemudahan boleh diperolehi di sekitar apartment ini, tidak perlu mengunakan kenderaan cukup setakat berjalan kaki. Beberapa pasaraya besar, kedai serbaneka, bank-bank, restoran dan lain-lain terletak berhampiran dengan apartment ini.







2/27/2011

Usahawa Bumiputera Terkaya di Malaysia

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion

Info ini diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546

2/25/2011

KARNIVAL HR BORNEO 2011


ACARA MENARIK :

  • Konsert Khas Kanival: Menampilkan "Papa Rocak" Ramli Sarip, Man Kidal, Jay-Jay dan lain-lain.
  • Mr. HIGOAT (IRON MAN)
  • Auto Show dan Auto Drift
  • Pameran Produk dan Jualan
  • Kraftangan dan lain-lain

HOME & DECOR SABAH 2011

10th Presentation Home Décor Sabah 2011

“Provide a complete platform for one stop renovation & solution centre for homeowners”……

The leading East Malaysia Home Show 2011, with bright idea is back again for its 10th Edition event held in Kota Kinabalu as the market leader, maintaining its position as the highest number of participants from outside of Sabah; best known as the Home & Property Show with strong purchasing power of the consumer public in East Malaysia.

With a successful track record over the last (12) years. Home & Décor Sabah has consistent proven and established itself as a platform in generating a visitorship of house – proud and affluent home makers that buy. It has also retained its position as a premier event serve as a focus point for professional and players in the industry. It provide the avenue home owners to enhance market awareness and create opportunity for all.

sumber : http://www.imshl.com

2/24/2011

Aman dan Damai Tinggal di Taman Ketiau

Pada Sabtu lepas saya ke Taman Ketiau untuk membayar bil penyelenggaraan dan pembentungan untuk bulan Januari 2011 hingga Mei 2011 (5 bulan) kerana bayaran penyelenggaraan ini termasuk sewa bulanan yang dibayar oleh penyewa saya.

Apabila sampai di Pejabat Maintenance, ada dua orang penghuni di sana sedang berurusan pasal bayaran bil juga dan terpaksalah tunggu giliran dalam 5 minit. Selepas berurusan saya pusing-pusing kejap kat Taman ini yang mana suasana di kawasan perumahan ini tenang dan aman.

Walaupun jarak Taman Ketiau dengan Putatan dalam lingkungan 2 – 3 KM iaitu merupakan laluan utama ke bandaraya Kota Kinabalu dalam 5 KM dan boleh dikatakan pekan yang amat sibuk terutama semasa masa puncak. Kemajuan Putatan tidak boleh dinafikan lagi dengan beberapa pembangunan telah dan sedang giat dibangunkan serta beberapa bank telah pun dibuka di sana.

Dengan kesibukan dan kebisingan aktiviti yang rancak berlaku di Pekan Putatan umpana sebuah Bandar besar yang pesat membangun tetapi bagi mereka yang ingin kedamaian dan ketenangan selepas balik berkerja sesuailah untuk tinggal di Taman Ketiau kerana ia terletak di tempat yang strategik. Kedudukan Taman Ketiau terletak di lokasi yang aman dan damai dari kebisingan aktiviti Bandar dan tidak dekat laluan utama untuk kenderaan serta kapal terbang.







2/22/2011

Urusan di Pejabat Pemaju SUDC

Selepas urusan dengan penilaian selesai, keesokkannya saya dan isteri ke pejabat pemaju SUDC untuk membayar deposit 10% yang dikeluarkan dari akaun 2 KWSP. Duit dari KWSP tu sudah lama keluar, adalah dalam 2 minggu lebih, cuma saya menunggu laporan penilaian apartment tu keluar barulah saya pergi bayar deposit sebab surat offer letter pinjaman bank menyatakan kalau laporan penilaian rendah dari market value maka saya terpaksa tambah deposit lagi.

Selesai urusan pembayaran deposit, saya melepak kejap di SUDC untuk melihat beberapa projek-projek lain yang sedang dilaksanakan seperti perumahan, perindustrian dan perhotelan. Saya tertarik dengan pembangunan perhotelan tersebut yang terletak di kawasan Karamunsing kerana kita boleh beli unit bilik hotel tersebut dari harga RM250,000 dan pihak pengurusan hotel tersebut akan menyewa balik unit kita balik selepas projek hotel tersebut beroperasi kelak.

Saya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan hotel tersebut adalah syarikat dari luar negara yang akan melabur dalam industri pelancongan di sini dalam sektor perhotelan.

Tahniah buat SUDC kerana memberi peluang rakyat sabah melabur dalam hartanah perhotelan.



Valuation Report Untuk Lok Kawi Height

Kisah minggu lepas, saya mengurus step seterusnya urusan pembelian Semi-Detached Apartment di Lok kawi Height. Saya pergi ke pejabat Rahim & Co untuk mengambil valuation report yang terletak di Warisan Square.

Dalam beberapa minit juga saya pusing-pusing di dalam WS mencari pejabat R&C akhirnya terjumpa juga. Saya melepak di pejabat R&C dalam sepuluh minit untuk urusan bayaran sebanyak RM570 dan beberapa soalan saya bertanya dengan staff di sana. Market value yang dinilai oleh R&C sama dengan harga pihak pemaju iaitu RM109200 / 707sqft tetapi pihak penilai ada memberikan beberapa contoh perbandingan urusan jual beli apartment di sana dalam tingkat yang sama bagi tahun 2010 dengan harga RM180,000 / 724sqft (19 April 2010) dan RM145,000 / 649sqft (2 Mac 2010).

Ini bermakna apartment yang bakal dimiliki mempunyai nilai yang menarik atau menang membeli. Ini kerana apartment yang saya beli ini adalah di booking pada Disember tahun lepas (2010) dan sekarang 2011 maka nilai apartment tersebut semakin naik.

Dalam beberapa tahun mendatang lagi nilai apartment ini akan naik lagi sekurang-kurangnya 30-40% dengan beberapa pembangunan giat dilaksanakan di sekitar Lok kawi height termasuk Lot-lot kedai, pejabat dan industri.

2/17/2011

PERLU BIJAK MEMILIH HARTANAH


MEMBELI harta khususnya untuk didiami sememangnya satu usaha yang memerlukan banyak masa, tenaga, wang, penyelidikan dan strategi pelaburan yang baik. Apatah lagi jika membeli hartanah sebagai pelaburan untuk masa depan.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Harun pernah berkata, “Jika orang muda diberi pilihan antara memiliki rumah dan kereta pada harga yang sama, selalunya mereka lebih mudah memilih kereta walaupun ia susut nilai.”

Kenyataan yang disampaikan beliau amatlah benar khususnya untuk pemuda bandar yang lebih percaya dengan harta bergerak seperti kenderaan, telefon bimbit atau kamera digital berbanding harta tidak bergerak seperti bangunan dan tanah.

Lazimnya pilihan untuk membeli hartanah berbentuk rumah timbul hanya apabila seseorang itu sudah berumah tangga, tiada tempat tinggal atau sudah lama hidup menyewa.

Biarpun ia satu fenomena yang biasa, namun perunding hartanah, Dr. Wan Shah Razali menganggap tindakan orang muda sekarang terutama mereka yang dihimpit dengan gaya hidup urban sebagai satu tindakan yang kurang bijak.

Beliau yang ditemui di pejabatnya di Bandar Puteri, Puchong menegaskan betapa bernilainya jika harta yang dibeli itu boleh menjana pendapatan daripada terus dibelenggu dengan nilai susut yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Gaya hidup kurang bijak

“Sebaik mendapat pekerjaan yang baik, mereka terus melabur pada kenderaan mewah, pakaian berjenama, kad kredit, menyewa rumah yang luas dan menjalani kehidupan yang selesa. Tetapi mereka mungkin tidak terfikir untuk melabur wang pada rumah atau bangunan kerana ia dilihat sebagai kepentingan selepas berkeluarga atau kepentingan fasa seterus kehidupan,” ulasnya.

Wan Shah berkata, jika pemuda-pemudi bersikap sebaliknya iaitu melabur pada hartanah, ia mungkin satu tindakan paling bijak kerana ia bukan sahaja boleh di jadikan kediaman, malah pelaburan pada hartanah juga boleh menjana pendapatan yang lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun.

“Jika anda membeli sebuah kereta mewah, nilainya susut 50 peratus selepas lima hingga tujuh tahun. Berbeza bagi rumah, nilainya boleh meningkat 50 peratus dalam tempoh masa yang sama. Malah jika anda memilih lokasi yang strategik, kemungkinan nilai bertambah pada 200 hingga 400 peratus,” katanya lagi.

PASTIKAN lokasi hartanah adalah strategik.

Bagaimanapun Wan Shah berkata, melabur pada hartanah bukanlah semudah yang dibicarakan. Jika tersalah pilih rumah dan lokasi, anda mungkin terpaksa menanggung mimpi ngeri sepanjang hayat.

Kata-kata Wan Shah bukan sekadar nasihat, malah beliau sendiri mempunyai pengalaman memilih rumah yang salah dan lokasi yang salah.

“Kemampuan saya menjadi seorang perunding bukan hanya kerana pendidikan dan pengalaman saya memberikan konsultasi tetapi saya sendiri belajar daripada kesilapan lalu,” katanya yang terus berkongsi kisahnya.

“Beberapa tahun dahulu, selepas tamat pengajian, saya membeli sebuah apartmen di sebuah lokasi di Klang. Sehingga kini, saya dapati ia tidak berbaloi.

“Selepas itu, saya membeli sebuah rumah dua tingkat, juga berdekatan kawasan yang sama. Bukan itu sahaja, saya juga mengubah suai rumah itu. Malangnya ketika itu, saya melabur pada rumah yang salah kerana pendapatan yang dijana hasil sewa tidaklah seberapa. Lokasi rumah kedua baik, cuma rumah yang dibeli (rumah dua tingkat) itu salah,” jelas beliau.

Memilih hartanah

Wan Shah memberitahu, jika seseorang itu mahu membeli hartanah untuk kediaman, mereka harus memilih lokasi dan rumah yang sesuai dengan gaya kehidupan mereka.

Katanya, pembeli boleh memilih apa juga jenis rumah yang sesuai dengan kehendak dan lokasi sama ada lokasi yang sibuk, aman, lengkap dengan fasiliti atau gabungannya.

Namun, jika pembeli mahu membeli harta untuk tujuan pelaburan atau kediaman sementara dan menjual semula, maka terdapat pelbagai elemen yang perlu dititikberatkan.

“Amnya, pembelian hartanah membabitkan empat individu iaitu agen rumah, pihak bank, peguam dan jurunilai. Kesemua empat orang ini mempunyai kepentingan berbentuk komersial ke atas hartanah yang dijual. Tetapi pembeli kerap tidak mempedulikan perunding hartanah yang walaupun bukan orang berkepentingan tetapi boleh menasihati pembeli tentang prospek masa depan lokasi dan nilai bangunan yang dilabur,” kata Wan Shah yang juga selaku seorang perunding.

Tip membeli rumah

Wan Shah turut berkongsi beberapa tip penting membeli hartanah. Beliau yang menamatkan pengajian dalam bidang kewangan percaya setiap hartanah yang dibeli harus memenuhi beberapa kriteria dari aspek pelaburan.

“Sebelum memilih sebuah rumah, aspek cantik atau tidak bukan keutamaan. Ada beberapa perkara lain yang harus diberi penekanan,” katanya sambil menyambung kepentingan itu adalah memastikan pelaburan hartanah itu mempunyai aliran tunai yang positif.

Aliran tunai yang positif bermakna rumah itu mempunyai nilai tinggi dan tidak akan memberi kesan negatif meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak seimbang.

Beliau memberi contoh bagaimana wang tunai dalam bank boleh susut nilai akibat inflasi dan sebagainya akibat ketidakseimbangan ekonomi manakala, membeli hartanah dengan nilai aliran tunai positif masih boleh menggandakan harga rumah.

MEMBELI hartanah bukanlah mudah kerana ia menuntut banyak masa, tenaga dan strategi pelaburan.

“Aspek kedua yang perlu diberi perhatian adalah lokasi yang dipilih. Ia bersangkut paut dengan aspek ketiga iaitu merujuk dengan pihak berkuasa tempatan mengenai pembangunan masa hadapan lokasi yang dipilih. Dengan adanya jaminan pembangunan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap, nilai pelaburan pasti akan meningkat,” katanya sambil memberi contoh beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelabur di sekitar Lembah Klang.

“Lihat sahaja kawasan Puchong, dengan adanya pembangunan semasa dan perancangan pembangunan masa hadapan, ia menjadi tarikan pelaburan. Ini satu contoh yang baik. Walau bagaimanapun, pembeli tidak seharusnya terpengaruh dengan satu sumber tetapi memeriksa dengan pihak perunding hartanah dan beberapa pihak lain sebelum membuat apa-apa keputusan,” jelas beliau.

Kata Wan Shah lagi, rumah atau bangunan hartanah yang dibeli itu sebaiknya harus mempunyai nilai pembiayaan semula yang tinggi untuk membantu pelaburan terhadap harta benda lain atau sokongan kewangan. Pemilihan pinjaman kewangan yang selamat dan nilai insurans yang tinggi akan menjadikan pilihan hartanah sebagai satu pelaburan yang sangat kukuh.

Katanya, jika kesemua perkara itu lengkap, maka pembeli boleh membuat penilaian terhadap perkara lain yang boleh diberi kelonggaran.

Apabila ditanya tentang status hartanah iaitu pegangan bebas dan pegangan pajakan, Wan Shah berkata, ia turut mempengaruhi nilai pelaburan namun, ia tertakluk kepada kawasan perumahan yang dibeli.

Jika kawasan perumahan itu mempunyai perancangan dan pembangunan yang sihat, pegangan pajakan masih mempunyai nilai yang tinggi.

“Walau bagaimanapun, pegangan bebas sudah tentu lebih diminati kerana lebih berbaloi. Namun, pegangan pajakan lebih 70 tahun juga dilihat sebagai satu pelaburan yang baik,” katanya.


Sumber : www.kosmo.com.my

2/16/2011

SPNB Tawar Pakej Menarik Bagi Golongan Pendapatan Rendah


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan melakukan promosi besar-besaran di seluruh negara tahun ini 2011 termasuk menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus.

Selain itu pembeli juga berpeluang membeli rumah tanpa membayar wang pendahuluan yang berharga antara RM35,000 hingga RM250,000 kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Sr Kamarul Rashdan Salleh yakin menerusi kempen promosi itu akan membantu SPNB mencapai sasaran jualan 6,300 unit rumah untuk tahun ini.

"Pada tahun 2010, SPNB telah berjaya menjual lebih kurang 3,000 unit dengan jumlah nilai sekitar RM400 juta dan SPNB mencatatkan keuntungan sebelum cukai kira-kira RM15 juta untuk tahun yang sama (2010).

"Berdasarkan kepada angka jualan rumah yang memberangsangkan tahun lepas, SPNB akan mencatatkan jualan lebih tinggi tahun ini menerusi jalinan kerjasama dengan Cagamas Berhad, syarikat perbadanan gadai janji dan pensekuritian terkemuka negara, Malaysia Building Society Bhd. dan Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya. – Bernama

Sumber : Utusan Online

SPNB Bina Rumah Mesra Keluarga

Oleh HASHNAN ABDULLAH

bisnes@utusan.com.my

Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) akan menjalin kerjasama strategik dengan anak syarikat kerajaan negeri bagi membina rumah mampu milik yang berharga antara RM35,000 hingga RM100,000 di seluruh negara pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, kerjasama sedemikian penting bagi membolehkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di seluruh negara memiliki rumah yang selesa dan mesra keluarga.

''Buat masa ini SPNB akan menjalin kerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri Perlis, Perlis Holdings bagi membina kira-kira 1,500 unit rumah mampu milik di negeri itu.

''Seandainya tidak ada sebarang masalah, projek perumahan melibatkan kawasan seluas 52 hektar berdekatan Universiti Malaysia Perlis itu akan dilancarkan pada pertengahan bulan depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SPNB yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 itu adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.).

Idris berkata, rumah itu akan mempunyai tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air.

Malah, beliau menambah, rumah yang berkonsep mesra keluarga dan selesa itu mempunyai keluasan antara 800 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi.

''Rumah yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana itu terbuka untuk jualan kepada semua warganegara kecuali kos rendah dan ia tertakluk kepada syarat-syarat kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, kini SPNB sendiri sedang membina lebih 15,000 buah rumah mampu milik yang bernilai RM1.8 juta seluruh negara.

''Projek perumahan itu adalah hasil kerjasama dengan beberapa buah syarikat swasta dan agensi kerajaan pusat serta negeri," katanya.

Sumber : Utusan Online

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom