3/28/2011

Banglo di Kampung LBJ


ISTERI bekas ketua kampung LBJ, Mazmah Osman menadah tangan di hadapan rumah tanda syukur kerana kehidupan beliau dan keluarga terhindar daripada sebarang penipuan ketika awal-awal menjadi ‘jutawan segera’, 15 tahun lalu.


RUMAH banglo besar tersergam indah di hujung kampung menarik minat penulis untuk mengetahui siapakah pemiliknya.

Salam diberi dan disambut dengan mesra oleh tuan rumah Mazmah Osman, 79 walaupun dia sedang menikmati makan tengahari bersama anak perempuannya Nor Hanida Mohd Yusoh,43.

Kedatangan penulis seakan mengganggu dia sedang makan membuatkan kami memohon maaf atas kedatangan kami secara mengejut.

Namun, dia begitu mesra dan turut menjemput penulis untuk makan bersama mereka tetapi kami menolak dan berbual-bual sambil menemani dia dan anaknya makan.

Rupa-rupanya pemilik banglo itu merupakan bekas ketua kampung yang telah kembali ke rahmatullah enam tahun lalu akibat kemalangan iaitu Mohd Yusoh Rasul yang juga merupakan ketua kampung pertama di Kampung L.B. Johnson.

Jasa beliau terhadap kampung ini sangat besar termasuklah semasa proses pembelian tanah oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) dan Lembaga Tabung Haji kira-kira 15 tahun lalu.

Sebelum ini, Mazmah tinggal bersama suaminya, Yusoh tetapi selepas pemergiannya, dia kini ditemani Hanida yang bekerja di IPD Sepang serta tiga orang cucu lelaki Muhd. Fakhrul Haziq, 16, Muhd. Izzul Haqim,14 dan Muhd Syabil Haiqal, 11.

Hasil perkongsian hidup dengan arwah suami, beliau dikurniakan sembilan cahaya mata, enam lelaki dan tiga perempuan yang kesemuanya telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Bertanyakan mengenai rumah tersebut, beliau berkata, anak-anak banyak membantu dalam mereka bentuk rumah itu yang kebetulan salah seorang daripadanya bekerja sebagai jurutera di Petronas.

“Arwah tidak merobohkan rumah yang lama, cuma diangkat dan diletakkan di belakang dan menjadi tempat arwah sembahyang,” katanya dalam loghat Negeri Sembilan.

Beliau begitu ramah dengan wartawan mungkin telah biasa menerima kunjungan orang ramai ketika arwah suami menjadi ketua kampung dahulu.

“Dahulu pernah arwah ditanya dengan wartawan, masa itu tak ingat tahun bila, tapi ada gambar arwah berdiri depan pagar.

“Arwah orangnya baik, suka tolong orang, petang-petang mesti keluar naik motor pusing satu kampung bawak tong racun.

“Dia akan meracun rumput-rumput yang menjalar di pagar masjid dan tepi-tepi jalan sekitar kampung,” katanya sambil tersenyum apabila penulis bertanya mengenai arwah kepadanya.

Rutin hariannya kini hanya tertumpu di rumah, beliau tidak lagi kuat untuk membuat kerja dan kebanyakan kerja dilakukan oleh pembantu dan anaknya.

“Rasa nak tolong ada, tapi badan dah tak berapa nak kuat, sekarang tolong arah-arah sahaja,” katanya sambil ketawa kecil.

Hanida berkata, sejak bapanya meninggal, dia mengambil keputusan untuk terus tinggal bersama ibunya di kampung ini walaupun terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur.

Kerana sebelum itu dia bertugas di Bukit Aman dan masih belum dapat ditukarkan ke Sepang.

“Kesian emak tinggal seorang dirumah, saya ambil keputusan untuk tinggal disini bersama anak-anak agar mudah untuk tengok-tengok dan jaga emak, maklumlah emak telah tua,” katanya.

Dalam pada itu penulis bertanya tentang aktiviti hariannya, dia hanya tersenyum.

“Umor dah dokek 80 poluh taun nak buek apo laie, duduk rumah ajo lah,” katanya sambil ketawa.

Sumber Info : Utusan Online

Seri Maya Apartment Lok Kawi Height

Saya pernah melawat Seri Maya Apartment merupakan salah satu kediaman di Lok Kawi Height yang mempunyai 7 tingkat dan menyediakan perkhidmatan lift. Terdapat beberapa unit lagi yang belum dijual terutama bagi aras 6 dan 7. Harga bagi setiap unit adalah berbeza-beza mengikut saiz rumah iaitu 560sqft (dr RM95K), 874sqft (dr RM143K), 928sqft (dr RM152K) dan 1068sqft (dr RM175K) semua harga tersebut termasuk Legal Fee, pemasangan meter air & elektrik, percuma 6 bulan service maintenance dan 6 bulan advance deposit. untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan jurujual SUDC Miss Siven 012-8832611.

3/23/2011

Rumah Impian

Sekadar gambar hiasan


Semua orang mengimpikan rumah sendiri sama ada di Bandar atau di kampung. Kebanyakan kita mengimpikan rumah yang cantik dan tersergam indah tetapi kita sukar untuk memiliki kediaman bertaraf 5 bintang. Cukuplah seadanya daripada langsung tidak ada, bagaimanapun kita semua layak untuk mengimpikan rumah yang cantik, indah, selesa dan besar. Semua impian boleh menjadi kenyataan cuma kita perlu merancang untuk mencapai matlamat tersebut dengan beberapa usaha perlu dilakukan. Setiap impian kita mungkin mengambil masa untuk dicapai sama ada lambat atau cepat yang penting kita perlu ada matlamat dan perancangan tersebut.


Bila kita perlu merancang untuk memiliki rumah impian?


Kita perlu mula dari sekarang iaitu dengan memiliki rumah mengikut kemampuan sedia ada, jangan terikut-ikut dengan cakap orang membeli di Bandar atau buat rumah di kampung, beli rumah dan jangan beli apartment, begitulah yang kita biasa dengar dengan kata-kata yang berkeramat. Kita boleh mendengar pandangan setiap individu sama ada sahabat atau kaum keluarga tetapi kita perlu membuat penilaian sendiri dan bertanya dengan orang yang mempunyai pendapat terbuka atau positif tentang rumah. Dengan penilaian atau kajian yang kita buat membolehkan kita membuat sebarang keputusan yang bernas dan berasas agar pembelian rumah sekarang atau nanti tidak menjadi penyesalan kita di kemudian hari.

Ini kerana kita boleh membeli sekarang kerana harga rumah mungkin murah berbanding 5 tahun akan datang atau beli sekarang mungkin kita hanya boleh memiliki apartment kerana pendapatan masih rendah tetapi kita berfikir merancang beli 5 tahun kemudian kerana pendapatan kita tinggi dari sekarang. Buat rumah di kampung dan jangan beli rumah di bandar sebab mungkin kita boleh beli teres atau apartment manakala di kampung boleh buat banglo. Semua pemikiran ini berarah ke pandangan negatif kerana membeli rumah impian boleh bermula dari sekarang kerana mungkin hari ini kita mampu beli apartment dan kemudian pendapatan sudah tinggi kita boleh jual apartment, hasil jualan apartment tadi boleh dijadikan deposit untuk membeli teres. Beli rumah di bandar kerana kita masih bekerja di bandar dan buat rumah di kampung kemudian sahaja kerana kalau buat di kampung dahulu, mungkin kita akan terpaksa menyewa rumah di bandar. Di kampung masih ada rumah saudara mara atau ibubapa untuk di tumpang, apabila kita dekat-dekat mahu bersara baharulah buat rumah di kampung atau jual rumah di bandar dan hasil jualan tadi buat rumah di kampung.

Beginilah situasi yang dihadapi oleh golongan muda sama ada bujang atau berkeluarga sebab itu hingga ke hari ini masih ada lagi yang menyewa dan ada yang telah menyewa melebihi 10 tahun serta umur telah lanjut tetapi masih belum memiliki sebarang rumah.


Buatlah perancangan dari sekarang untuk memiliki rumah impian.

3/22/2011

Lepak di Restoran Sri Melati

Sabtu lepas saya telah membawa famili makan di Restoran Sri Melati yang terletak di Warisan Square yang diuruskan oleh seorang sahabat saya atau classmate semasa sekolah dahulu. Banyak menu yang disajikan sama ada tradisional hingga ke masakan westean. Suasana restoran juga menarik dan esklusif serta memberi situasi yang tenang ketika makan atau minum. Mempunyai ciri-ciri restoran alaf terkini dan deco yang sangat hebat serta boleh dijadikan restoran gred A atau contoh.
Sementara itu juga, saya sempat bertanya beberapa soalan mengenai perniagaan restoran termasuk juga kadar sewa iaitu RM6500 sebulan..... wow..... satu kadar sewa yang sangat menarik. Patutlah sebelum ini ada kawan yang syorkan melabur dalam hartanah jenis shoplot, rupa2nya kadar sewanya lagi meletup dan nilai semasa juga cepat melambung naik tinggi. Manakala cashflow..nya juga sangat positif dan ROI (Return On Investment) boleh mencapai 15% - 25%.
Buat masa ini memang ada perancangan untuk mencari peluang untuk memiliki shoplot tetapi keadaan sekarang harga shoplot terlalu mahal....... perlahan2.... tunggu ada peluang.... kalau tidak dapat pun tidak apa... teruskan saja yang sedia ada....

3/19/2011

Simpanan Awal Jadi Kunci Masa Depan

Oleh MUZIR KASSIM

Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna, OCBC Al-Amin Bank Berhad

Sekadar gambar hiasan

KES: Saya (Arianna Dya) berusia 24 tahun dan baru bekerja dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,500 sebulan tanpa sebarang komitmen hutang. Dengan gaji sebanyak itu, saya membelanjakan sebahagian besar wang gaji untuk membeli pakaian, makan di luar dan berhibur. Bagaimanakah dengan pendapatan sebanyak itu saya masih boleh membuat simpanan untuk masa depan tetapi pada masa sama masih boleh meneruskan gaya hidup semasa?

Jawapan

Saya akui individu yang berusia 20an mempunyai bajet yang cukup ketat dan sukar untuk memiliki lebihan pendapatan. Katakanlah siapa dalam lingkungan usia ini tidak suka membelanjakan wang untuk fesyen, hiburan dan gajet terkini? Kebanyakan tidak mempunyai simpanan atau perancangan kewangan kerana ia dianggap ketinggalan dengan tanggapan amalan itu hanya untuk golongan dewasa. Bagi golongan yang berusia 20an, aset yang paling penting bukan wang sebaliknya adalah masa. Tetapi tahukah anda setiap ringgit yang disimpan dalam usia 20an bernilai 10 kali ganda berbanding jika disimpan pada umur 40 tahun. Lantaran itu, usia 20an dan 30an sebenarnya adalah masa terbaik untuk menyimpan bagi masa depan, sama ada bagi diri sendiri atau pendidikan anak-anak atau ketika persaraan. Hakikatnya, mereka yang mula membuat simpanan untuk persaraan ketika berumur 20an akan mendapat banyak kelebihan meskipun dalam jumlah yang sedikit, selagi mereka membuat pelaburan berkala.

Contohnya: Individu yang menyimpan sebanyak RM4,000 setahun untuk persaraan sejak berumur 22 tahun akan memiliki RM1 juta pada usia 62 tahun, dengan mengambil kira purata pulangan sebanyak lapan peratus setahun. Sekiranya anda tidak pernah membuat simpanan dalam masa 10 tahun, anda perlu menyimpan sekali ganda kira-kira RM8,800 setahun, untuk memastikan mendapat jumlah yang sama semasa bersara nanti.

Malangnya, tidak ramai pekerja muda melepaskan peluang untuk membuat simpanan bagi persediaan persaraan awal dengan harapan faedah mampu memberi magis dan memaksimumkan simpanan. Dalam perkara ini sukar untuk menyalahkan sesiapa. Umpamanya dalam kes Arianna, beliau mempunyai minat untuk mengetahui bagaimana yang perlu dilakukan untuk simpanan jangka panjang. Kebanyakan golongan muda seperti beliau yang mendapati sukar merancang kewangan tanpa panduan mengenai wang dan cara menguruskannya. Kecuali terdapat kelas mandatori di peringkat sekolah menengah dan universiti untuk menyediakan pelajar mengenai kewangan peribadi! Di bawah ini adalah disertakan beberapa panduan bagi Arianna dan golongan yang berusia 20an untuk merancang kewangan.

1. Menyimpan selalu, kerap menyimpan.

Tahukah anda ada satu konsep lama yang perlu diketahui mengenai simpanan iaitu membayar kepada diri sendiri terlebih dahulu. Kerajaan amat memahami mengenai konsep tersebut, sebab itu kerajaan akan memotong pelbagai cukai sebelum pendapatan diserahkan kepada anda. Konsep ini boleh digunakan dalam bentuk simpanan bagi untuk manfaat diri sendiri. Tidak dinafikan kebanyakan orang akan berbelanja dahulu pendapatan, kemudian lebihan digunakan untuk simpanan. Tetapi pada realitinya, selalunya kita akan berbelanja sebanyak mungkin berbanding menyimpannya. Seharusnya kita perlu 'membayar kepada diri sendiri' - menyimpan peratusan tertentu untuk simpanan sebelum menggunakan wang anda untuk tujuan lain. Percayalah sekiranya konsep 'membayar untuk diri sendiri' dijadikan amalan, anda tidak akan terlupa untuk menyimpan.

Selain itu, menyimpan wang dalam akaun berbeza juga merupakan idea yang baik kerana ia mengekang untuk kita berbelanja lebih. Sebenarnya tiada satu masa yang boleh dianggap terbaik untuk membuat simpanan, jadi belajar untuk 'membayar kepada diri sendiri'.

2. Berbelanja mengikut kemampuan.

Adakah anda akan menerima gaji untuk kali pertama? Terasa sudah berkemampuan untuk membeli? Kebanyakan golongan muda berbelanja lebih daripada pendapatan. Mereka mahu menggunakan wang untuk membeli kereta, pakaian, makan di luar dan terperangkap dalam kehendak kehidupan. Memenuhi kehendak dalam perbelanjaan akan memberi tekanan kepada kewangan anda. Anda perlu belajar untuk membezakan keperluan daripada kehendak anda. Contohnya pinjaman rumah, bil elektrik dan makanan. Adakah anda perlu menikmati kopi berharga RM15 secawan, telefon baru serta membuat rawatan kuku? Bukan anda mampu menjalani kehidupan tanpa semua itu? Sebenarnya, Sarah, tidak ada penyelesaian mudah bagi menyeimbangkan jaminan kewangan masa depan dan menikmati gaya hidup semasa.

Beberapa disiplin fiskal mungkin diperlukan dan anda akan mendapati ia berbaloi untuk masa depan. Sekiranya anda menyukai sesuatu, paksa diri anda untuk menangguh memilikinya dalam masa dua minggu sebelum terus membelinya. Ini kerana selepas tempoh itu anda akan mendapati anda sebenarnya tidak memerlukannya. Cara lain ialah membelinya secara tunai supaya dapat merasai berbelanja sebenar.

3. Elak daripada terjerumus dalam hutang.

Anda perlu mengelakkan diri daripada membuat hutang yang tinggi. Ia sama seperti meletakkan perbelanjaan sebagai keutamaan, kuasa berbelanja boleh meningkatkan hutang. Oleh itu, membayar kad kredit perlu diletakkan sebagai keutamaan. Syabas kepada Arianna kerana ia tidak memiliki kad kredit. Sekiranya anda mempunyai hutang kredit kad yang tertangguh, elak membuat bayaran minimum. Ia kerana jika anda terikat dengan amalan itu, anda sebenarnya akan menanggung hutang dalam jangka panjang. Mempunyai hutang yang banyak pada usia muda merupakan satu kesilapan besar bagi golongan berumur 20an. Jangan kerana anda layak untuk mendapat pinjaman yang besar, bermakna anda menggunakan seluruh kapasiti untuk membuat hutang. Perlu diingatkan sekiranya anda tersalah membuat keputusan - anda akan menghabiskan usia muda anda dengan membayar hutang. Dalam usia 20an anda perlu mempunyai sejarah kredit yang baik untuk digunakan pada masa depan.

Selain itu, saya turut menasihatkan golongan muda supaya menghindarkan diri daripada terjebak sebagai penjamin. Anda hanya boleh lakukan sekiranya cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk akan berlaku. Kalau tidak bersedia, jangan sesekali melakukannya!. Yang penting hindarkan diri daripada menjadi 'perangkap wang' yang kerapkali menjadikan golongan muda sebagai mangsa. Sebaliknya dalam usia 20an, anda memiliki banyak peluang untuk menyimpan kerana belum mempunyai tanggungjawab besar dalam kewangan, berbanding ketika usia 30an dan 40an. Ini kerana, pada usia itu anda perlu membayar rumah dan menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Dengan memiliki asas simpanan kukuh yang dibuat pada usia 20an, anda akan melalui kehidupan dengan penuh keyakinan.

Sumber Info : Utusan Online

3/18/2011

Jutawan Malaysia 2011

Mereka telah pun bergelar jutawan dan mempunyai kejayaan yang amat dibanggakan. Mereka sentiasa berlumba-lumba mengejar matlamat dengan mengisi setiap ruang dan peluang dalam mencapai cita-cita serta mencipta nilai kekayaan.
Bagaimana dengan kita yang masih tercari-cari peluang macam mereka untuk mencapai status jutawan ? Tepuk dada tanya diri sendiri.

3/17/2011

Ruang dan Peluang Di Depan Mata

Nasib dan rezeki semua sudah ketentuan atau takdir menurut orang yang malas mengejar peluang di depan mata. Bagaimanapun Yang Maha Esa telah memberi kita akal fikiran yang waras untuk kita menikmati setiap ruang dan peluang untuk berubah maju ke hadapan dan mencapai kejayaan.

Tetapi kita sering menyalahkan takdir apabila beroleh kegagalan, wauhal itu adalah cabaran untuk kita tempuhi sebagai dugaan agar kita sentiasa redah dan bersyukur dengan setiap yang diperolehi.

Kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa untuk setiap langkah mencapai ke arah kejayaan dan jangan lupa membantu kepada yang memerlukan bantuan. Sebab itulah orang yang telah berjaya sentiasa akan lebih maju kerana mereka sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian dari Yang Esa.

Maka kita perlu sentiasa memotivasikan diri untuk sentiasa mencari setiap ruang dan peluang yang ada di depan mata kita. Kita perlu sentiasa berfikiran positif di dalam mengejar cita-cita dan matlamat.

Universiti Condo Apartment 2 Di Jalan Bypass Mengatal - Tuaran




Hari ini saya dapat bersembang dengan salah seorang Sales Agent yang telah membuat pameran di depan pejabat untuk Universiti Condo Apartment 2 yang terletak di jalan bypass Mengatal - Tuaran.

Beberapa kemudahan yang akan disediakan di Apartment ini seperti kolam renang, gym, gelangan bola keranjang, sekuriti 24jam, cover car park, pej. management, rental department, internet, perpustakaan, taman permainan, kedai-kedai dan perhentian bas.

Menurut sales agent tersebut bahawa unit untuk 2 bilik telah habis dijual dan ada senarai menunggu. Unit yang masih ada kosong adalah untuk 3 bilik sahaja yang berharga dari RM187,888 hingga RM287,888, setiap unit dijual bersertakan dengan "interior furnishing" bernilai lebih RM18,000.

Di samping itu juga terdapat pakej menarik untuk kakitangan kerajaan persekutuan dan swasta.
Bagaimanapun perkara yang paling menarik untuk membeli apartment mereka ialah untuk kakitangan awam boleh mendapat lebihan tunai.

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Mr. Gary Chin - 019-8099388 / 016-8333384 atau layari www.thewgroup.com.my.

Beberapa pengetahuan baru tentang rumah saya perolehi apabila bersembang dengan Mr. Gary yang boleh saya gunakan pada masa hadapan.

Tindakan BNM berkesan ?


Rumah menjadi semakin mudah dimiliki rakyat berikutan kurangnya berlaku spekulasi harga yang menyebabkan harga melonjak terlalu tinggi. - Gambar hiasan


Tindakan bank pusat mengehadkan pembiayaan pembelian rumah kediaman untuk menyekat berlakunya spekulasi harga, ternyata membuahkan hasil, kata sebuah firma perunding hartanah.

Sebelum ini, pihak-pihak tertentu mudah mendapat pinjaman untuk membeli rumah pada kuantiti yang banyak sehingga 10 buah sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Dasar yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) telah berjaya mengurangkan permainan spekulasi harga oleh individu yang tidak bertanggungjawab, sekali gus mengawal kenaikan harga rumah pada tahun ini.

Menurut kajian firma berkenaan, C. H. Williams Talhar & Wong (WTW), kenaikan harga rumah tahun ini dijangka meningkat sedikit tetapi lebih lebih rendah berbanding kenaikan pada tahun lalu.

BNM, sebelum ini telah mengarahkan semua bank mengehadkan pinjaman perumahan untuk rumah ketiga kepada pembiayaan sebanyak 75 peratus sahaja daripada nilai pasaran mulai November tahun lalu.

Pengarah Urusan WTW, Foo Gee Jen berkata, kenaikan nilai rumah kediaman terutamanya kawasan utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada tahun ini, diramal sekitar 10 hingga 15 peratus berbanding 15 hingga 25 peratus tahun lalu.

Katanya, kenaikan lebih perlahan tersebut disebabkan bilangan pemain spekulasi harga rumah semakin berkurangan selepas undang-undang baharu pinjaman perumahan dikuatkuasa.

''Kurangnya berlaku spekulasi harga telah menjadi nilai rumah tahun ini dijangka mampu dimiliki rakyat dan bilangannya juga kembali stabil,'' kata beliau hari ini pada sidang akhbar tentang tinjauan potensi nilai hartanah 2011, di sini.

Gee Jen juga berkata, persepsi terhadap kemungkinan berlakunya peningkatan harga hartanah secara keterlaluan atau gelembung aset tidak lama lagi oleh penganalisis hartanah telah menakutkan pembeli dan mengurangkan transaksi pembelian rumah.

''Menurut kajian kami, stok rumah kediaman pada tahun ini adalah stabil walaupun tidak banyak projek perumahan baharu dilancarkan kerana masih banyak yang gagal dijual di pasaran pada tahun lalu,

''Tindakan mengurangkan projek perumahan yang baharu ketika ini, sangat baik untuk memastikan nilai rumah kembali stabil,'' jelas beliau.

Gee Jen berkata, untuk mengetahui kenaikan harga rumah stabil setiap tahun atau tidak, peratusannya mestilah tidak melebihi tiga kali ganda nilai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.

Sementara itu, beliau berkata, sektor-sektor lain seperti perumahan jenis kondominium, hotel, pejabat dan peruncitan dijangka kekal kukuh tahun ini kesan pengumuman beberapa projek mega dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Gee Jen berkata, sebanyak 17 juta kaki persegi ruang pejabat dijangka ditawarkan sehingga tahun 2014 manakala sektor peruncitan dijangka menokok 2 juta kaki persegi setahun.

Katanya, kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur juga dijangka berkembang hampir empat kali ganda pada masa depan apabila projek seperti Menara Warisan, Greater KL, pembangunan Kampung Baru dan pembangunan tapak lapangan terbang Sungai Besi berjaya dilaksanakan.

Katanya lagi, Projek Transit Aliran Pantas (MRT) yang dijangka siap pada 2016 akan menjadikan Sungai Buloh sebagai bandar berpotensi besar untuk membangun pada masa depan.

''Selain bakal dihubungkan dengan MRT, hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap hubungan lebuh rayanya juga menjadi faktor penggalak kepada peningkatan nilai hartanah di sana,'' kata Gee Jen.

Sumber Info : Utusan Online

3/15/2011

Reunion 2011 Ex-SJS 1993

Pada malam minggu lepas, saya telah menghadiri ke majlis Reunion Ex-SJS 1993 yang telah diadakan di Hotel Tang Dynasty. Selepas tamat SPM di SJS barulah kami dapat bertemu pada malam tersebut.

Tidak kurang juga ada teman-teman yang hadir ke majlis tersebut datang dari Kuala Lumpur.

Ada dapat dikenali dan tidak kurang juga yang telah berubah seperti saya kerana telah lebih 18 tahun tidak bertemu. Bagaimanapun kami dapat beramah mesra untuk mengenang kisah lama semasa bersekolah dahulu. Ramai yang telah berjaya dalam mencapai matlamat masing-masing seperti menjadi warga pendidik, doktor, jurutera,
usahawan, ahli politik dan bekerja di sektor awam serta telah pun mempunyai keluarga.

Pelbagai acara yang menarik telah diadakan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Alex (Raja Lawak) sebagai pengacara majlis. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah beberapa guru SJS dan ada juga yang telah pencen. Semoga majlis sedemikian akan diadakan pada masa-masa akan datang.

Terima kasih dan tahniah kepada teman-tema
n yang telah berusaha untuk menjayakan majlis ini.

Lokasi Taman Perumahan Yang Strategik


Jalan-jalan mencari kawasan perumahan yang mepunyai lokasi yang strategik sama ada untuk masa sekarang atau untuk masa akan datang. Sebelum membeli rumah atau apartment kita perlu buat beberapa kajian sendiri untuk mengelakkan berlaku sebarang kesilapan ketika membeli. Membeli sesebuah kediaman tidak sama dengan membeli sebuah kereta kerana gadai janji sebuah rumah antara 10 tahun hingga 40 tahun, satu jangka masa yang panjang untuk menyelesaikan pembayaran tersebut.

Manakala proses untuk memiliki rumah juga mengambil masa 2 – 3 bulan berbanding membeli kereta boleh selesai dalam 2 – 3 minggu. Proses urusan pembelian rumah juga perlu pengorbanan duit dan masa atau sebaliknya.

Bagaimanapun dengan pembelian rumah yang mempunyai lokasi atau kedudukan strategik boleh menaikkan nilai semasa rumah dan kadar sewa juga meningkat kerana faktor permintaan. Sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah kediaman kita perlu melakukan beberapa kajian atau selidik dahulu beberapa faktor yang berguna untuk menyakinkan kita bahawa pembelian tersebut adalah berbaloi.

Langkah 1

Lawat lokasi taman perumahan sama ada untuk rumah dalam pembinaan atau sedia siap, selidik semua kemudahan yang berhampiran dan kenalpasti sebarang masalah yang timbul atau wujud di taman tersebut.

Langkah 2

Bertanya pada penduduk setempat atau jiran tetangga tentang harga semasa memiliki rumah di sana atau harga terkini serta permintaan rumah sewa dan kadar sewa di sana atau merujuk iklan seperti suratkhabar serta internet.

Langkah 3

Datang ke taman perumahan sasaran di sebelah malam (7 – 9 malam) atau masa orang balik dari kerja (5 – 7 petang) untuk melihat potensi dan kepadatan penduduk yang mendiami di taman tersebut yang boleh memberi jawapan kepada kita bahawa taman tersebut merupakan taman yang mempunyai permintaan tinggi jika hampir atau semua unit kediaman dipenuhi oleh penghuni.

langkah 4

Berkunjung ke bank atau syarikat penilaian hartanah untuk mengenalpasti tentang lokasi taman yang disasarkan. Mereka akan memberi sedikit maklumat tentang taman tersebut jika kawasan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi atau potensi pelaburan di sana terbaik.

Keputusan kajian

1. Kedudukan taman yang strategik, menarik dan tidak ada sebarang masalah seperti kecurian, air, elektrik dan jalan tidak berturap serta mengikut kata naluri kita menyatakan bahawa taman tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.

2. Harga semasa rumah yang menarik dan mempunyai kadar sewa (Cashflow Positive) atau ROI (Return on Investment 5% - 10%)

3. Mempunyai kepadatan penduduk atau ramai yang tinggal di taman tersebut.

4. Pihak bank atau penilai memberi respon yang positif tentang taman tersebut dan bersedia membantu kita untuk mendapatkan pinjaman rumah.

Untuk bakal pembeli rumah atau para pelabur yang baru menceburi bidang hartanah bolehlah mencuba langkah-langkah tersebut sebagai panduan sahaja. Ini kerana langkah-langkah inilah yang saya gunakan setiap kali mencari rumah untuk pelaburan.

Bagaimanapun ini cuma sekadar cadangan, kalau para pembeli ada cara tersendiri bolehlah gunakannya kerana setiap kita ada teknik tersendiri dalam memiliki rumah idaman.

3/14/2011

Taman Perumahan Baru di Papar

Taman Sayang terletak di sebelah kampung Melugus Papar merupakan taman baru siap iaitu rumah teras 1 tingkat. Semasa promosi taman ini dijual dari harga RM105K lebih sebelum pembinaan dijalankan lagi dan pada hari ini kena beli dari owner tetapi harga lain dari pemaju. Kedudukan lokasi lebih kurang 3KM ke Pekan Papar melalui jalan kampung sebelum sampai ke jalan utama. Bagaimanapun kedudukan taman ini jauh dari suasana kesibukan dan rasa tenang serta aman dapat dirasai jika tinggal di taman ini.
Selamat mendiami kepada semua pemilik rumah Taman Sayang.


Taman Puri Saujana Inanam

Pada Sabtu lepas saya menziarah rumah sepupu di Taman Puri Saujana Inanam untuk menghadiri kenduri selepas Asar. Sebelum itu saya baru balik dari jemputan kahwin di kg. Sapat Papar dan terus ke rumah sepupu saya. Selepas kenduri ini saya akan balik rumah untuk bersiap-siap ke Majlis Reunion Ex St Joseph Papar di Hotel Tang Dynasty pada jam 7.00 malam. Untuk hari ini jadual saya agak penuh dan mengejar masa saja macam tidak sempat.

Mengenai Taman ini berbaloi untuk dibeli kerana ia merupakan rumah teres 2 setengah tingkat tetapi lebar rumah ada kecil sedikit kerana hanya sebuah kereta saiz biasa saja boleh muat. Dulu harga rumah ini semasa dibeli oleh sepupu saya adalah RM180K lebih dalam pembinaan lagi tetapi sekarang mencecah RM250K lebih keatas.



Perlu Bijak Memilih Hartanah

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my




MEMBELI harta khususnya untuk didiami sememangnya satu usaha yang memerlukan banyak masa, tenaga, wang, penyelidikan dan strategi pelaburan yang baik. Apatah lagi jika membeli hartanah sebagai pelaburan untuk masa depan.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Harun pernah berkata, “Jika orang muda diberi pilihan antara memiliki rumah dan kereta pada harga yang sama, selalunya mereka lebih mudah memilih kereta walaupun ia susut nilai.”

Kenyataan yang disampaikan beliau amatlah benar khususnya untuk pemuda bandar yang lebih percaya dengan harta bergerak seperti kenderaan, telefon bimbit atau kamera digital berbanding harta tidak bergerak seperti bangunan dan tanah.

Lazimnya pilihan untuk membeli hartanah berbentuk rumah timbul hanya apabila seseorang itu sudah berumah tangga, tiada tempat tinggal atau sudah lama hidup menyewa.

Biarpun ia satu fenomena yang biasa, namun perunding hartanah, Dr. Wan Shah Razali menganggap tindakan orang muda sekarang terutama mereka yang dihimpit dengan gaya hidup urban sebagai satu tindakan yang kurang bijak.

Beliau yang ditemui di pejabatnya di Bandar Puteri, Puchong menegaskan betapa bernilainya jika harta yang dibeli itu boleh menjana pendapatan daripada terus dibelenggu dengan nilai susut yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Gaya hidup kurang bijak
“Sebaik mendapat pekerjaan yang baik, mereka terus melabur pada kenderaan mewah, pakaian berjenama, kad kredit, menyewa rumah yang luas dan menjalani kehidupan yang selesa. Tetapi mereka mungkin tidak terfikir untuk melabur wang pada rumah atau bangunan kerana ia dilihat sebagai kepentingan selepas berkeluarga atau kepentingan fasa seterus kehidupan,” ulasnya.

Wan Shah berkata, jika pemuda-pemudi bersikap sebaliknya iaitu melabur pada hartanah, ia mungkin satu tindakan paling bijak kerana ia bukan sahaja boleh di jadikan kediaman, malah pelaburan pada hartanah juga boleh menjana pendapatan yang lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun.

“Jika anda membeli sebuah kereta mewah, nilainya susut 50 peratus selepas lima hingga tujuh tahun. Berbeza bagi rumah, nilainya boleh meningkat 50 peratus dalam tempoh masa yang sama. Malah jika anda memilih lokasi yang strategik, kemungkinan nilai bertambah pada 200 hingga 400 peratus,” katanya lagi.

Bagaimanapun Wan Shah berkata, melabur pada hartanah bukanlah semudah yang dibicarakan. Jika tersalah pilih rumah dan lokasi, anda mungkin terpaksa menanggung mimpi ngeri sepanjang hayat.

Kata-kata Wan Shah bukan sekadar nasihat, malah beliau sendiri mempunyai pengalaman memilih rumah yang salah dan lokasi yang salah.

“Kemampuan saya menjadi seorang perunding bukan hanya kerana pendidikan dan pengalaman saya memberikan konsultasi tetapi saya sendiri belajar daripada kesilapan lalu,” katanya yang terus berkongsi kisahnya.

“Beberapa tahun dahulu, selepas tamat pengajian, saya membeli sebuah apartmen di sebuah lokasi di Klang. Sehingga kini, saya dapati ia tidak berbaloi.
“Selepas itu, saya membeli sebuah rumah dua tingkat, juga berdekatan kawasan yang sama. Bukan itu sahaja, saya juga mengubah suai rumah itu. Malangnya ketika itu, saya melabur pada rumah yang salah kerana pendapatan yang dijana hasil sewa tidaklah seberapa. Lokasi rumah kedua baik, cuma rumah yang dibeli (rumah dua tingkat) itu salah,” jelas beliau.

Memilih hartanah

Wan Shah memberitahu, jika seseorang itu mahu membeli hartanah untuk kediaman, mereka harus memilih lokasi dan rumah yang sesuai dengan gaya kehidupan mereka.

Katanya, pembeli boleh memilih apa juga jenis rumah yang sesuai dengan kehendak dan lokasi sama ada lokasi yang sibuk, aman, lengkap dengan fasiliti atau gabungannya.
Namun, jika pembeli mahu membeli harta untuk tujuan pelaburan atau kediaman sementara dan menjual semula, maka terdapat pelbagai elemen yang perlu dititikberatkan.

“Amnya, pembelian hartanah membabitkan empat individu iaitu agen rumah, pihak bank, peguam dan jurunilai. Kesemua empat orang ini mempunyai kepentingan berbentuk komersial ke atas hartanah yang dijual. Tetapi pembeli kerap tidak mempedulikan perunding hartanah yang walaupun bukan orang berkepentingan tetapi boleh menasihati pembeli tentang prospek masa depan lokasi dan nilai bangunan yang dilabur,” kata Wan Shah yang juga selaku seorang perunding.

Tip membeli rumah
Wan Shah turut berkongsi beberapa tip penting membeli hartanah. Beliau yang menamatkan pengajian dalam bidang kewangan percaya setiap hartanah yang dibeli harus memenuhi beberapa kriteria dari aspek pelaburan.

“Sebelum memilih sebuah rumah, aspek cantik atau tidak bukan keutamaan. Ada beberapa perkara lain yang harus diberi penekanan,” katanya sambil menyambung kepentingan itu adalah memastikan pelaburan hartanah itu mempunyai aliran tunai yang positif.

Aliran tunai yang positif bermakna rumah itu mempunyai nilai tinggi dan tidak akan memberi kesan negatif meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak seimbang.

Beliau memberi contoh bagaimana wang tunai dalam bank boleh susut nilai akibat inflasi dan sebagainya akibat ketidakseimbangan ekonomi manakala, membeli hartanah dengan nilai aliran tunai positif masih boleh menggandakan harga rumah.

“Aspek kedua yang perlu diberi perhatian adalah lokasi yang dipilih. Ia bersangkut paut dengan aspek ketiga iaitu merujuk dengan pihak berkuasa tempatan mengenai pembangunan masa hadapan lokasi yang dipilih. Dengan adanya jaminan pembangunan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap, nilai pelaburan pasti akan meningkat,” katanya sambil memberi contoh beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelabur di sekitar Lembah Klang.

“Lihat sahaja kawasan Puchong, dengan adanya pembangunan semasa dan perancangan pembangunan masa hadapan, ia menjadi tarikan pelaburan. Ini satu contoh yang baik. Walau bagaimanapun, pembeli tidak seharusnya terpengaruh dengan satu sumber tetapi memeriksa dengan pihak perunding hartanah dan beberapa pihak lain sebelum membuat apa-apa keputusan,” jelas beliau.

Kata Wan Shah lagi, rumah atau bangunan hartanah yang dibeli itu sebaiknya harus mempunyai nilai pembiayaan semula yang tinggi untuk membantu pelaburan terhadap harta benda lain atau sokongan kewangan. Pemilihan pinjaman kewangan yang selamat dan nilai insurans yang tinggi akan menjadikan pilihan hartanah sebagai satu pelaburan yang sangat kukuh.

Katanya, jika kesemua perkara itu lengkap, maka pembeli boleh membuat penilaian terhadap perkara lain yang boleh diberi kelonggaran.

Apabila ditanya tentang status hartanah iaitu pegangan bebas dan pegangan pajakan, Wan Shah berkata, ia turut mempengaruhi nilai pelaburan namun, ia tertakluk kepada kawasan perumahan yang dibeli.

Jika kawasan perumahan itu mempunyai perancangan dan pembangunan yang sihat, pegangan pajakan masih mempunyai nilai yang tinggi.

“Walau bagaimanapun, pegangan bebas sudah tentu lebih diminati kerana lebih berbaloi. Namun, pegangan pajakan lebih 70 tahun juga dilihat sebagai satu pelaburan yang baik,” katanya.

3/12/2011

Segera Cari Rumah Pertamaku

Sekadar gambar hiasan

Inilah masanya dan peluang untuk memiliki rumah melalui Skim Rumah Pertamaku tanpa deposit untuk rumah berharga bawah RM220,000 bagi mereka yang baru bekerja atau telah lama bekerja tetapi masih lagi menyewa. Kebanyakan orang muda masih dalam proses menstabilkan ekonomi masing-masing, termasuk pasangan yang baru berkahwin.

Bagaimanapun mereka tidak boleh menunggu lebih lama untuk memastikan ekonomi masing-masing stabil kerana harga rumah dari masa ke semasa sentiasa meningkat. Kita tidak boleh mengharapkan pada masa-masa akan datang harga rumah akan turun kerana kadar peningkatan harga rumah adalah disebabkan faktor permintaan, kemajuan dan kos terlibat sentiasa meningkat seperti bahan binaan mengakibatkan harga jualan rumah juga turut meningkat.

Maka segeralah buat pencarian rumah-rumah yang sesuai dengan kemampuan kita sama ada rumah yang telah siap atau dalam proses pembinaan. Untuk membeli rumah yang telah sedia siap mempunyai harga yang mahal berbanding membeli yang sedang dalam pembinaan.

Bagaimanapun rumah dalam proses pembinaan menyebabkan kita perlu membayar faedah pinjaman sehingga rumah siap. Ini menyebabkan seseorang yang menyewa terpaksa mengeluarkan 2 jenis duit keperluan untuk membayar rumah iaitu sewa dan faedah pinjaman bank.

Oleh itu, kita perlu membuat kajian sendiri untuk mengenalpasti yang mana satu rumah yang sesuai untuk dibeli. Semua ini terpulang kepada anda semua kerana kena diingat bahawa harga rumah tidak akan menunggu sehingga kita benar-benar stabil.


Selamat Berjaya Memiliki Rumah Pertamaku

Rumah Bersama Perabot Dicuri


Seorang penduduk, Rasni Putih menunjukkan sebuah rumah papan dua tingkat yang hanya tinggal pelapik tiang dan kayu selepas dilarikan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Bakau, Kangar, semalam.

Lazimnya dalam kes pecah rumah, barang-barang yang akan dilarikan namun di Kampung Bakau di sini, sebuah rumah milik seorang wanita turut 'hilang'.

Zuria Ali, 30, terkejut apabila mendapati rumah papan dua tingkat miliknya hilang selepas dia sendiri pergi ke kampung itu pada Jumaat lalu.

Wanita tersebut yang kini menetap di Perak datang ke kampung itu untuk melihat keadaannya setelah dimaklumkan oleh penduduk bahawa rumahnya yang disewa kepada orang lain 'hilang'.

Zuria pada mulanya tidak mempercayai cakap penduduk kampung tersebut tetapi selepas pergi sendiri ke rumah itu, dia mendapati rumah tersebut dengan perkakas di dalamnya seperti pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti ais telah lesap.

Zuria yang mendakwa tidak mendapat bayaran sewa rumah selama lima bulan hanya dapat melihat 24 pelapik tiang, cebisan kayu dan televisyen rosak di tapak rumahnya itu.

Berikutan itu, Zuria membuat laporan polis mengenai kehilangan rumah pusaka yang dianggarkan berusia lebih 60 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Sumber Info : Utusan Online

3/11/2011

Harta kediaman Dijangka Naik 13% 6 Bulan Pertama 2011

Harga harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara Januari dengan Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael Yam berkata: "Harga harta di lokasi-lokasi tertentu di Lembah Klang akan terus berada pada paras yang amat tinggi disebabkan oleh harga tanah yang mahal”. Dalam suku ketiga tahun lepas, rumah teres di Kuala Lumpur dijual pada harga purata kira-kira RM430,000.

Yam berkata, meskipun usaha kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama melalui “Skim Rumah Pertamaku” akan meningkatkan jualan harta berharga RM100,000 hingga RM220,000, perlu juga disemak had harga kepada RM350,000 bagi harta di Lembah Klang.

"Pemaju juga menghadapi tekanan kos dari segi menyerap kos pembinaan jalan,” kata Michael pada satu sidang akhbar mengenai arah aliran pasaran harta tahun ini.

Ahli majlis REDHA, Anthony Cho Tian Han, berkata pemaju-pemaju menghadapi beberapa kekangan dalam erti kata mereka tidak dapat menjual setiap unit dalam sesebuah projek perumahan kerana mereka perlu menyimpan minimum 30 peratus bagi pemilikan Bumiputera bagi tempoh yang panjang.

Mengenai pembeli asing dalam pasaran harta, kata beliau, mereka tidaklah begitu agresif seperti yang disangkakan oleh banyak pihak.

"Majoriti pembeli masih juga rakyat tempatan,” katanya, sambil menambah bahawa pembeli-pembeli asing terdiri daripada warga Singapura, Eropah, Indonesia dan Korea Selatan.

Sumber Info : Utusan Online

3/10/2011

SPNB Komited Pastikan Skim Rumah Pertamaku Capai Sasaran

Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) komited untuk memastikan Skim Rumah Pertamaku yang menyasarkan golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri tercapai sebelum hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) itu mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga RM200,000 ke bawah yang siap dibina di seluruh negara.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya juga kini sedang membina lebih 3,000 unit rumah yang sama di seluruh negara dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Justeru, katanya, SPNB akan mewujudkan pusat sehenti bagi memudahkan bakal pembeli berurusan dengan bank yang terbabit tidak lama lagi.

"Kita akan wujudkan di setiap kempen beli rumah SPNB dan juga pejabat cawangan di seluruh negara.

"SPNB sedia menjadi pelengkap kepada niat murni kerajaan untuk memastikan golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah memiliki harta kekal.

"Ia juga sejajar dengan usaha SPNB selama ini yang mahu golongan muda atau pasangan baru kahwin memiliki rumah sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.

Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.

Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air.

Sumber info : Utusan Online

Seminar Pelaburan Emas Public Gold

Sekadar gambar hiasan

Malam tadi saya bersama beberapa rakan ke seminar ringkas mengenai Public Gold Sdn Bhd tentang pelaburan emas di Promonade Hotel. Memang nampak menarik pasal pelaburan emas kerana nilai emas setiasa meningkat dari setiap minit. Tetapi Public Gold menggunakan masa dalam 20 minit untuk melihat nilai semasa emas di pasaran dunia.

Secara peribadi, pelaburan emas ini memang bagus tetapi kalau kita hendak melabur dalam emas, sebaiknya kita perlu menjadi dealer dan jangan setakat menjadi pembeli biasa untuk simpan sahaja serta jual semasa harga emas naik.

Banyak keistimewaan apabila kita menjadi dealer seperti mendapat diskaun untuk membeli emas dari Public Gold antara 1% - 2.5% dan menjual emas kepada pembeli dengan harga semasa. Selain itu juga dealer perlu membina rangkaian dalam pelaburan emas ini dan apabila di dalam rangkaian kita juga mempunyai dealer maka kita akan memperolehi pendapatan secara overiding bagi setiap transaksi jualan emas dalam rangkaian kita.

Dealer juga boleh membeli emas dalam rangkaiannya dengan harga semasa tetapi tolak dengan 5% bagi setiap urusniaga. Sementara itu, dealer juga boleh menukarkan emas dengan Public Gold bagi emas yang mengalami kerosakan semasa dibeli dengan ahli dalam rangkaian. Selepas itu dealer boleh menjual balik emas tersebut kepada pembeli yang berminat dengan harga semasa.

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa tugas kita sebagai pelabur emas ialah beli, simpan dan jual emas mengikut harga semasa. Bagi yang berminat dalam pelaburan emas bolehlah dapat info lanjut di http://publicgold.com.my/ saya sekadar ingin berkongsi maklumat.

Mungkin satu hari nanti saya boleh mencuba dalam pelaburan emas apabila ilmu telah cukup.



3/08/2011

Pelancaran Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Miliki Rumah

Sekadar gambar hiasan

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

"Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat," kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

"Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut," kata Perdana Menteri.

"Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia," kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

"Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah," kata Najib.

Sumber Info : Bernama Online

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom