4/21/2011

Mengajar Program Kemahiran 1 Malaysia

Sekarang ni saya busy mengajar Program Kemahiran 1 Malaysia untuk pekerja mahir khususnya dalam bidang Automotif. Program ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kelayakan tahap sijil bagi pekerja automotif yang telah pun mempunyai pengalaman bekerja di industri ini. Program yang dijalankan adalah seperti Asas Penyelenggaraan Kenderaan untuk umum, SKM tahap 1 hingga 3 untuk pekerja yang terlibat dalam industri automotif.

Sudah beberapa modul telah pun disampaikan dengan jayanya walaupun penat tetapi berbaloi. Kelas telah diadakan selepas waktu pejabat seperti hari Sabtu dan Ahad serta sebelah malam selama 3 malam sepanjang Isnin hingga Jumaat.

Hujung bulan ni boleh sudah buat claim......

masyukkk......

alhamdulilah....... rezeki......

Jangan lupa tema ......... "I Love Money"..... sebagai motivasi dan pembakar semangat....

Harga Hartanah Akan Meningkat 10 Hingga 20 Peratus Pada 2011

Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu.

Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.

"Saya menjangkakan hartanah sederhana dan mewah mungkin meningkat lebih tinggi memandangkan hartanah mewah masih dianggap murah oleh rakyat asing berbanding harga hartanah di negara-negara jiran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2010 di sini.

Laporan itu diteritkan oleh Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian Kementerian Kewangan.

Lim berkata negara ini menarik lebih ramai rakyat asing menerusi program transformasi kerajaan serta unjuran bahawa lebih banyak syarikat asing akan disenarai di Bursa Malaysia.

"Kami berjaya menarik nilai pelaburan yang adil tahun lepas dengan pelaburan langsung asing meningkat empat kali ganda berbanding angka yang dicatatkan pada 2009.

"Kami berharap rakyat asing ini akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan kedua atau ibu pejabat dan melihat Asean sebagai pasaran yang berpotensi," katanya.

Beliau berkata walaupun harga hartanah akan meningkat, kerajaan akan memastikan gelombang hartanah tidak berlaku.

"Kami memandangkan berat disebabkan hampir 26 peratus daripada pinjaman bank diberikan untuk tujuan perumahan iaitu sebanyak RM240 bilion.

"Usaha sedang dilakukan untuk menyediakan 70 peratus nilai pinjaman untuk pembeli hartanah ketiga serta inisiatif untuk menyediakan pinjaman 100 peratus untuk pembeli rumah kali pertama," katanya.

Beliau berkata tumpuan utama kerajaan ialah memastikan golongan muda Malaysia disediakan dengan peluang untuk memberli hartanah mengikut kemampuan mereka.

Menurut laporan itu, pasaran hartanah tempatan merekodkan 376,583 transaksi bernilai RM107.44 bilion, dengan jumlah dan nilai pertumbuhan transaksi masing-masing pada 11.4 peratus dan 32.6 peratus berbanding 2009.


Info dari : Bernama Online

Millionaire MindPower di Sabah

2 minggu lepas saya menghadiri seminar Milionaire Mind Power selama setengah hari yang disampaikan oleh Prof. Dato Dr Ibrahim Ahmad, banyak kata-kata pembakar semangat di dalam mencari jalan bagi mencapai kejayaan. Semua orang mau menjadi jutawan tetapi tidak tahu macam mana teknik atau cara yang patut dilakukan.

Seminar yang dihadiri ini hanya sebagai pembuka tirai dan pertama di Sabah diadakan, isi perbincangan lebih cenderung kepada kesedaran diri agar berfikiran positif di dalam mencari duit. Banyak kesilapan yang sering kita lakukan di dalam mengurus kewangan peribadi menyebabkan kita sukar untuk mencapai matlamat.

Bagaimanapun, siri kedua akan diadakan pada 30 Mei nanti yang lebih membincangkan teknik-teknik di dalam merancang dan mencari jalan penyelesaian mencapai kejayaan di dalam mencipta duit dan pendapatan.

Dengan tema pembakar semangat "I Love Money", duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Maka kita perlu cepat mencipta duit untuk mengelak daripada kesempitan dalam menghadapi kenaikan barang keperluan harian dari masa ke semasa.



4/05/2011

Rumah Impian Kalbu

Sekadar gambar hiasan


Semua orang mengimpikan rumah sendiri sama ada di bandar atau di kampung. Kebanyakan kita mengimpikan rumah yang cantik dan tersergam indah tetapi kita sukar untuk memiliki kediaman bertaraf 5 bintang.

Cukuplah seadanya daripada langsung tidak ada, bagaimanapun kita semua layak untuk mengimpikan rumah cantik, indah, selesa dan besar. Semua impian boleh menjadi kenyataan cuma kita perlu merancang untuk mencapai matlamat tersebut dengan beberapa usaha perlu dilakukan. Setiap impian kita mungkin mengambil masa untuk dicapai sama ada lambat atau cepat yang penting kita perlu ada matlamat dan perancangan tersebut.

Bila kita perlu merancang untuk memiliki rumah impian ?

Kita perlu mula dari sekarang iaitu dengan memiliki rumah mengikut kemampuan sedia ada, jangan mudah terpedaya dengan pandangan orang yang hanya pandai berkata-kata seperti jangan membeli rumah di bandar malah bagus buat rumah di kampung, beli rumah bertanah dan jangan beli apartment. Kita boleh mendengar pandangan setiap individu sama ada sahabat atau kaum keluarga tetapi kita perlu membuat penilaian sendiri atau bertanya kepada orang yang mempunyai pendapat terbuka dan positif tentang rumah.

Dengan penilaian atau kajian yang kita buat dapat memberi kita buah fikiran untuk membuat sebarang keputusan yang bernas dan berasas agar pembelian rumah sekarang atau nanti tidak menjadi penyesalan kita di kemudian hari.

Ini kerana kita boleh membeli sekarang kerana harga rumah mungkin masih murah berbanding 5 tahun akan datang. Beli sekarang mungkin kita hanya mampu memiliki apartment kerana pendapatan masih rendah tetapi kita terfikir untuk membeli 5 tahun kemudian kerana pendapatan ketika itu lebih tinggi dari sekarang. Buat rumah di kampung dan jangan beli rumah di bandar sebab mungkin kita boleh beli teres atau apartment manakala di kampung boleh buat banglo.

Semua pemikiran itu ke arah pendapat yang negatif kerana membeli rumah impian boleh bermula dari sekarang kerana mungkin hari ini kita mampu beli apartment dan kemudian pendapatan sudah tinggi kita boleh jual apartment tersebut, hasil jualan apartment tadi boleh dijadikan deposit untuk membeli teres. Beli rumah di bandar kerana kita masih bekerja di bandar dan buat rumah di kampung kemudian sahaja. Ini kerana buat rumah di kampung dahulu menyebabkan kita terpaksa menyewa rumah di bandar. Di kampung masih ada rumah saudara mara atau ibubapa untuk di tumpang, apabila kita hendak bersara baharulah buat rumah di kampung atau jual sahaja rumah di bandar dan hasil jualan tadi buat rumah di kampung.

Beginilah situasi yang dihadapi oleh golongan muda sama ada bujang atau berkeluarga sebab itulah hingga ke hari ini masih ada lagi yang menyewa dan ada yang telah menyewa melebihi 10 tahun serta umur telah lanjut tetapi masih belum memiliki sebarang rumah impian kalbu.

4/02/2011

Bina Rumah Sewa Di Tanah Sendiri

Sekadar gambar hiasan

Membeli rumah atau apartment untuk tujuan pelaburan khususnya bagi tujuan penyewaan tetapi pendapatan cashflow masih rendah selagi kediaman tersebut masih mempunyai pinjaman atau gadai janji.


Bagaimanapun kita masih perlu bersyukur walaupun pendapatan sewa tersebut masih rendah tetapi yang penting rumah sewa tersebut tetap milik kita. Sementara itu juga, rumah atau apartment yang dibeli dengan pinjaman bank perlu ada pembelian bersama insuran yang akan melindungi pinjaman tersebut jika pembeli kediaman tersebut meninggal dunia, secara automatik pinjaman tersebut diselesaikan dengan insuran dan keluarga terdekat pembeli akan mewarisi rumah tersebut.


Selain itu, kita juga boleh membuat rumah sewa di atas tanah sendiri seperti kita membeli tanah dengan luas suku hektar yang boleh memuatkan 5 unit rumah teres satu tingkat. Sebagai contohnya beli tanah dengan harga RM100K dan buat rumah dengan kos RM100K yang berjumlah RM200K. Cara untuk memperolehi kewangan adalah dengan cara buat pinjaman peribadi sebanyak RM200K atau beli tanah dengan pinjaman bank serta jadikan Overdraft tanah tersebut untuk digunakan buat rumah.


Dengan cara ini kita telah memperolehi 5 buah lagi rumah sewa dalam menambah portfolio hartanah.

Pinjaman Rumah CIMB

Sekadar gambar hiasan

Hari ni, petang Jumaat saya pergi ke Bank CIMB di Inanam untuk bertanyakan akaun simpanan lama saya yang telah bercuti lebih dari 5 tahun. Selepas pemeriksaan dibuat, akaun tersebut boleh diaktifkan dan mempunyai baki RM12 tetapi perlu cari buku asalnya yang entah ke mana menghilang. Selepas berbincang dengan pegawai pelanggan bank, dia syorkan saya untuk buka akaun simpanan islamik.

Saya terus uruskan pembukaan akuan tersebut, sambil berurusan di kaunter untuk pembukaan akuan tersebut, sempat juga saya bertanyakan pasal pakej pinjaman rumah yang terbaharu. Pegawai tersebut memaklumkan kepada saya bahawa ada promosi pakej pinjaman rumah islamik yang menawarkan asas keuntungan pada kadar 4.35% dan bayaran bulanan adalah tetap walaupun berlaku turun naik BFR. Pengiraan semula berasaskan BFR dilakukan pada hujung atau tamat pinjaman tersebut. Pinjaman ini juga termasuk tidak ada Lock-in Period dan katanya lagi promosi ini sehingga bulan Jun 2011.

Kepada mereka yang berminat dengan pinjaman rumah Islamik CIMB bank bolehlah menghubungi cawangan terdekat untuk penerangan yang lebih jelas.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom