5/30/2011

Program Perumahan Mampu Milik diperluas

Sekadar gambar hiasan

Program Perumahan Mampu Milik yang bakal dilancarkan oleh kerajaan pada Julai ini akan diperluaskan secara besar-besaran ke seluruh negara bagi membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Pada masa sama, kerajaan juga akan menyediakan dana khas bagi menaiktaraf kemudahan infrastruktur di rumah-rumah pangsa di seluruh negara yang mengalami masalah pengurusan penyelenggaraan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program perumahan mampu milik itu akan dilaksanakan melalui kerjasama pihak swasta bagi menawarkan harga rumah yang lebih berpatutan kepada golongan berkenaan.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Run Razak sudah bersetuju untuk memperluaskan program tersebut ke seluruh negara dan usaha mencari tapak sesuai bagi pelaksanaan projek berkenaan sudah mula dijalankan.

''Buat permulaan, kita akan mulakan di Wilayah Persekutuan dan kita sudah mengenalpasti dua kawasan dengan kerjasama pihak swasta. Perdana Menteri sudah bersetuju supaya kita perluaskan ke seluruh negara.

''Jadi kalau di Pulau Pinang misalnya, kita akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai dan jika ada pihak swasta mahu bekerjasama, kita akan bina dan bangunkan rumah mampu milik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Najib awal bulan lalu mengumumkan Program Rumah Mampu Milik yang akan dilancarkan selewat-lewatnya Julai ini, bagi memastikan harga rumah untuk Skim Rumah Pertamaku khususnya di Lembah Klang adalah RM220,000 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, program baru tersebut diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai termasuk di laman-laman sosial bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 terutamanya di Lembah Klang.

Mengenai dana khas menaiktaraf rumah-rumah pangsa, Muhyiddin berkata, kos bagi tujuan tersebut belum ditentukan tetapi ia akan menumpukan kepada usaha memperbaiki infrastruktur serta kemudahan-kemudahan seperti lif yang rosak.

''Walapupun rumah pangsa tersebut telah dimiliki tetapi kemudahan seperti lif tidak dijaga kerana pengurusan rumah tidak aktif atau penghuni tidak membayar (kos penyelenggaraan). Ini banyak juga berlaku di bandar-bandar dan kita ambil kira.

''Saya belum nak cerita terperinci tetapi secara prinsipnya satu dana khas akan disediakan walaupun ia (unit rumah pangsa) milik swasta atau individu. Berapa jumlahnya, kita akan tentukan kemudian," jelasnya.

Sumber Info : Utusan Online

5/25/2011

Taman Bayu Idaman Tuaran

Kelmarin seorang jurujual rumah telah datang ke ofis saya untuk mempromosikan Taman Bayu Idaman yang terletak di Tuaran dengan harga permulaan RM191,000 iaitu teres setingkat.

Taman ini baharu sahaja dilancarkan dan masih banyak lagi belum terjual termasuk beberapa lot tepi. Taman ini terletak di Timur-Barat Pekan Tuaran iaitu jalan menuju ke destinasi pusat pelancongan Sabandar Bay Resort.

Tahniah untuk 2 orang rakan sekerja telah pun membuat tempahan rumah di taman tersebut dan tinggal seorang lagi belum memberi kata putus.

Bagaimanapun keputusan untuk membeli rumah merupakan satu perkara yang baik dan salah satu matlamat di dalam hidup sekurang-kurangnya memiliki sebuah kediaman.







5/12/2011

Apartment di Lokkawi Naik 10%

Sekadar gambar hiasan

Tengahari tadi saya menerima panggilan dari seorang jurujual pemaju SUDC untuk meminta saya memaklumkan kepada seorang kawan yang berminat bagi membeli apartment jenis penthouse kerna terdapat sebuah lagi tinggal yang mana sebelum ini telah di booking oleh seorang pembeli tetapi pinjamannya tidak lulus.

Jurujual cuba menghubungi kawan saya tadi tetapi tidak dapat, maka dia menelefon saya untuk memaklumkan kepada kawan saya tentang apartment tersebut dan membuat keputusan segera dalam minggu ini kerna pada Isnin depan pihak syarikat akan menaikkan harga apartment tersebut sebanyak 10% untuk semua jenis apartment.

Dengan ini harga apartment penthouse tersebut akan meningkat dari RM96700 kepada RM106370. Ini menunjukkan bahawa tanda-tanda harga hartanah mula naik sebanyak 10% dalam tahun 2011 ini seperti yang telah dilaporkan awal tahun ini.

Dalam hal ini kawan saya mula pening memikirkan tentang apartment ini kerna saya memaklumkan dia juga tidak ada lagi apartment jenis ini berharga bawah harga RM100K di sekitar Kota Kinabalu.

Saya juga mencadangkan kepada kawan tersebut untuk pergi ke bank pagi esoknya (Jumaat) untuk menilai kemampuan pinjaman dan hari Sabtunya tengok apartment tersebut kalau ok buat bayaran booking untuk mendapatkan harga sebelum dinaikkan.

Harap-harap dia berjaya........

BFR dan BLR mulai naik


Beberapa hari lepas Bank Negara Malaysia mengumumkan menaikkan Kada Dasar Semalamaan (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus selepas melihat perkembangan ekonomi semasa.

Dalam perkembangan terkini menyebabkan beberapa bank telah mula membuat pengumuman untuk menaikkan kadar pembiayaan asas (BFR) atau kadar pinjaman asas (BLR) daripada 6.30 peratus kepada 6.6 peratus. Terdapat beberapa bank telah pun menguatkuasakan kenaikan tersebut dan ada yang akan mula berkuatkuasa pada 16 Mei 2011 ini.

Kenaikkan ini akan memberi kesan kepada semua pemilik rumah atau pelabur yang menggunakan skim pinjaman ini. Sementara itu juga, pelabur hartanah yang menyediakan perkhidmatan sewa akan sedikit kesan seperti pendapatan cashflow yang positif akan menurun.

Bagaimanapun nilai hartanah kita tidak akan turun kerana faktor ekonomi sekarang yang rancak meningkat.

5/09/2011

Tambah Pendapatan Kita

Sekadar gambar hiasan

Jangan kita berserah kepada nasib atau takdir semata-mata sebelum kita membuat sebarang usaha di dalam meningkatkan pendapatan dalam kehidupan. Sama ada bekerja atau berniaga kita perlu sentiasa berusaha di dalam menambah pendapatan bulanan.

Dalam keadaan ekonomi sekarang menunjukkan banyak kenaikan barang keperluan telah pun berlaku. Tetapi kita masih juga dengan pendapatan sedia ada untuk berdepan dengan kenaikan harga barang. Kita berusaha untuk berjimat cermat tetapi masih juga tidak mencukupi dengan pendapatan yang kita perolehi.

Dengan keadaan ekonomi sekarang kita perlu berusaha menambah pendapatan sama ada melalui makan gaji atau pendapatan sampingan. Pendapatan makan gaji adalah tetap yang kita terima di setiap bulan dan pendapatan sampingan boleh kita usahakan tanpa batasan.

Kita boleh berusaha menambah pendapatan sampingan sama ada dengan menjual barangan, MLM, Sewa rumah, pelaburan emas, pelaburan ASB, Ekuiti trush dan bermacam-macam lagi. Ada pendapatan sampingan mempunyai cashflow yang pantas dan ada yang slow.

Kita sendiri buat pilihan yang mana satu pendapatan sampingan yang sesuai untuk kita jalankan kerana setiap pendapatan tersebut perlu diikuti dengan minat untuk dilakukan barulah pendapatan tersebut dapat mencapai kejayaan.

Oleh itu janganlah kita terlalu bergantung dengan pendapatan tetap bulanan kita, berusahalah untuk menambah pendapatan sampingan agar kita mempunyai kebebasan dan dapat mencapai kejayaan dalam taraf hidup yang lebih selesa.

5/08/2011

Tambah Ilmu Pelaburan

Sebelum kita menceburi satu pelaburan atau perniagaan seperti pelaburan hartanah, kita perlu dahulu mencari ilmu tersebut dengan membaca buku-buku dan melalui internet tentang pelaburan atau perniagaan yang hendak kita ceburi.

Jangan buat sesuatu pelaburan tersebut semata-mata ikut kawan atau menjanjikan pulangan keuntungan yang tinggi. Setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri yang boleh dijangka dan tidak boleh dijangka.

Maka kita perlu menambah ilmu pengetahuan pelaburan atau perniagaan sama ada melalui pembacaan atau perbincangan bersama rakan-rakan dan mereka yang telah berjaya.

Setiap penambahan ilmu kepada minda kita maka motivasi dalam diri kita akan meningkat dan memberi sumber inspirasi untuk kita mencari peluang-peluang untuk mencapai kejayaan. Maka carilah ilmu di mana sahaja dan jangan berpendapat ilmu yang ada dalam diri kita cukup untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

5/07/2011

Tunggu Kunci Lokkawi Height

Masih menunggu kunci untuk apartment Lokkawi Height selepas sign S&P dalam bulan Januari lepas. Dalam minggu lepas, saya telah menerima 2 panggilan telefon dari sahabat yang bertanyakan tentang rumah di Lokkawi Height kerna ada kenalan mereka sedang mencari rumah sewa dan berminat untuk menyewa rumah di kawasan tersebut.

Saya cuba follow-up tentang urusan rumah ni tetapi apakan daya terpaksa juga tunggu. Harap-harap boleh dapat cepat dalam minggu depan ni.

5/04/2011

Mengajar Kelas Malam Untuk Pekerja Industri

Menjalankan kelas malam bagi membantu pekerja-pekerja industri untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Mereka terdiri daripada Juruteknik dari syarikat automotif terkemuka di sekitar Kota Kinabalu seperti Proton Edar, Daihatsu, Perodua dan beberapa lagi bengkel automotif. Kelas dijalankan adalah lebih menjurus kepada kemahiran penyeliaan dan pengurusan bengkel. Para peserta diberi peluang serta pendedahan untuk menggunakan komputer di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Kebanyakan peserta mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang tinggi dalam bidang automotif. Kehadiran mereka di dalam program ini adalah bagi meningkatkan tahap sijil ke peringkat yang lebih tinggi.

Toilet di Suria Sabah

Dengan kempen menjaga tandas awam yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan menyebabkan setiap permis atau shopping complex berusaha meningkatkan tahap kebersihan setiap tandas. Minggu lepas saya sempat masuk ke toilet di Suria Sabah yang boleh dikatakan tahap kebersihannya amat memuaskan dan tidak sia-sia membayar 30sen untuk masuk ke toilet tersebut.

Soft Lunching Rumah Teres di Papar

Dua taman perumahan teres akan dilancarkan di Papar iaitu Jalan Buuzut (Vila Mutiara) dengan harga antara RM268,800 - RM298,800 dan Jalan Sapat RM178,800 - RM238,800. Taman ini akan dibangunkan oleh HBA Group www.theHBAgroup.com atau hubungi Miranda 017-8666711 untuk keterangan lanjut.

Pameran Hartanah IPEX 2011

Tinjau-tinjau tentang hartanah di Pameran Hartanah IPEX 2011 yang telah berlangsung di Sabah Trade Centre pada 21 - 24 April 2011 lepas. Terdapat beberapa taman-taman perumahan yang baru dilancarkan "soft lunching" dan juga beberapa hartanah sedia ada. Harga rumah pada tahun ini memang menunjukkan kenaikan yang mendadak. Sempat juga saya meninjau harga beberapa kediaman seperti kodominium yang akan dibina di Suria Sabah dengan harga permulaan melebihi RM setengah juta dan terdapat juga rumah teres yang dijual dengan harga permulaan RM178-238K tetapi saiz rumah dikecilkan. Bagaimanapun kepada semua teman-teman di luar sana segera membeli rumah tidak kira jenis rumah teres atau apartment kerana harga rumah telah meningkat naik pada tahun ini.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom