6/29/2011

Harta Pusaka RM42b Dibeku

PUTRAJAYA 28 Jun – Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat negara ini mengenai wasiat menyebabkan kira-kira RM42 bilion wang tunai dan aset milik individu yang meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, bagi memastikan situasi itu tidak berterusan, institusi kewangan di negara ini disaran mengambil bahagian dalam mendidik dan menawarkan kaedah penyelesaian terbaik kepada masyarakat.

Menurutnya, situasi tersebut berlaku kerana tiada perancangan masa depan yang mampu menjamin kestabilan ekonomi untuk jangka masa panjang di kalangan masyarakat di negara ini.

“Wang tunai dan aset itu masih dibekukan sehingga kini kerana tiada waris tampil menuntut hak mereka. Dalam kes harta orang Islam, pembekuan harta itu berlaku kerana kebanyakan umat Islam masih kurang pengetahuan mengenai perancangan dan penulisan wasiat kepada waris.

“Urusan wasiat akan lebih terancang jika individu tertentu menulis wasiat dan tidak akan timbul pembekuan wang tunai atau aset si mati yang disimpan di dalam bank,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Perancang Kewangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini.

Menurut Awang Adek, perkhidmatan perancang kewangan yang diperkenalkan oleh BSN itu merupakan salah satu inisiatif terbaik untuk menggalakkan masyarakat di negara ini menyimpan dan melabur untuk masa depan yang lebih terjamin.

“Pengetahuan dalam pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan kerana ia merupakan asas untuk pelaburan yang bijak dan menepati objektif perancangan persaraan.

“Produk perancangan kewangan BSN menawarkan produk meliputi perlindungan takaful dan insurans pelaburan seperti Dana Al Jadid dan pengagihan seperti wasiat,” katanya.

6/27/2011

Kekayaan Menurut Islam Bersama DDFK

Temuramah Irfan Khairi dengan Dato Dr Fadzilah Kamsah














Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama' mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.

So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masuk kubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi

6/24/2011

Buy Property Fair 2011


For Sales atau Buy Property Fair iaitu pameran yang telah berlansung di Lower Centre Antrium 1 Borneo dari 24 hingga 26 Jun 2011 yang dianjurkan oleh ESM Exhibitor Relations. Beberapa pemaju telah menyertai pameran ini dan terdapat juga projek perumahan baru. Skim rumah pertama juga menjadi tarikan pameran ini yang dikelola oleh pihak SPNB. Jom pi 1 Borneo...



6/22/2011

Rumah Sewa di Putatan - Kinarut (Lok kawi Height)

*(APARTMENT TELAH PUN DISEWA MULAI 18 JULAI 2011)

*Apartment Seri Kayangan, Lok kawi Height sesuai untuk 4 orang bujang
* Akan mula disewakan dalam awal atau pertengahan bulan Julai 2011
* Kadar sewa RM700 sebulan
* Status apartment dalam proses pembersihan dan persediaan
* 2 bilik tidur dan 1 bilik air (707 sqft)
* Berperabot lengkap seperti TV, rak TV, coffe table, sofa, meja makan, peti ais, almari dapur, dapur gas, tong gas, mesin basuh
* Setiap bilik dilengkapi dengan A/cond, 2 katil bujang termasuk tilam & bantal, almari baju, meja cermin, kipas
* Untuk pertanyaan boleh emailkan ke paparian4660@yahoo.com

6/20/2011

Banglo Untuk Dijual Di Kota Kinabalu

Sebuah rumah Banglo 6 bilik untuk di jual

Harga = RM1 juta

Lokasi = Kepayan, Kota Kinabalu

Geran Tanah = Jenis NT

Luas Tanah = 1/2 ekar

Untuk keterangan lanjut hubungi : En. Tahir (019-8728000)




6/19/2011

Hindari Tempias Bulan Tua Dengan Pendapatan Sampingan

Sekadar gambar hiasan


Apakah itu bulan tua? Apakah maksud bulan tua?

Bagi mereka yang bekerja terutama yang makan gaji tahu dan faham apa yang dimaksudkan dengan bulan tua. Ramai akan mengalami bulan tua untuk setiap bulan dan sepanjang tahun atau selama bekerja sebagai makan gaji.

Bulan tua merupakan satu waktu yang mana kita terpaksa menunggu gaji dihujung bulan dengan keadaan mengawal kewangan kita dengan lebih ketat. Tetapi selepas kita menerima gaji, kita akan lupa tentang bulan tua malah kita berbelanja dengan tidak dirancang atau gaji diterima digunakan untuk membayar segala-gala bil dan hutang sedia ada seperti kad kredit.

Kadang kala kita cuba berjimat cermat selepas menerima gaji tetapi kita tetap akan menerima tempias suasana bulan tua. Kebanyakkan orang akan menerima situasi bulan tua adalah antara 1 ke 2 minggu sebelum menerima gaji atau bermula di pertengahan bulan iaitu 15 haribulan ke atas.

Mengapa ini terjadi? kerana kita tidak pandai mengurus wang, gaji diberi tidak cukup, banyak hutang, harga barang mahal dan bermacam lagi alasan akan diberikan oleh setiap orang.

Untuk menghindari bulan tua maka kita tidak perlu memberi sebarang alasan kerana setiap alasan yang diberikan tidak membantu untuk kita mengelak bulan tua. Lebih baik kita memikirkan bagaimana untuk mencipta pendapatan tambahan dan jangan memikirkan masalah bulan tua.

Bagaimana hendak bermula untuk mengelak bulan tua, langkah pertama kita perlu mendisiplinkan diri untuk berjimat cermat selepas menerima gaji dan cuba belajar menabung. Langkah kedua cuba cari peluang menambah pendapatan dengan membuat beberapa "study case". Langkah seterusnya cari kawan-kawan yang sentiasa mencipta pendapatan sampingan dan cuba berbual-bual dengan mereka untuk mencari peluang yang sesuai dengan kita sendiri.

Selepas kita jumpa peluang pendapatan sampingan yang sesuai dengan kita maka kita cuba dahulu perlahan-lahan. Jika pendapatan sampingan tersebut sesuai dengan kita maka pertingkatkan lagi langkah atau strategik seterusnya. Selepas berjaya pendapatan sampingan pertama maka bolehlah kita memikirkan untuk mencipta pendapatan kedua pula tetapi terpulang pada seseorang individu yang ingin mempelbagaikan pendapatan sampingan.

Bagaimanapun kita perlu sentiasa berhati-hati di dalam membelanjakan pendapatan yang diperolehi. Dengan pendapatan sampingan yang berjaya menyebabkan kita memperolehi 2 pendapatan sebulan. 2 pendapatan ini membolehkan kita bernafas sepanjang bulan atau tahun seterusnya dan kita dapat hindari dari bulan tua.

Kesimpulanya, jika kita termasuk atau tergolong di dalam kelompok yang akan mengalami bulan tua maka kita perlu mengatur langkah atau mencari peluang mencipta pendapatan sampingan.

6/14/2011

Hadapi Cabaran Kehidupan Dengan Langkah Strategik

Sekadar gambar hiasan





Dalam kehidupan seharian banyak cabaran atau rintangan perlu kita tempuhi sebelum mencapai status kejayaan. Setiap cabaran ada hikmah disebaliknya tetapi kita perlu harus sentiasa berusaha menghadapi cabaran tersebut dengan tabah.


Bagaimanapun ilmu dalam diri kita perlu sentiasa ditambah dan dijanakan agar dapat dimanafaatkan di dalam mengharungi kehidupan saban hari semakin mencabar. Kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam apa sahaja tindakan yang hendak dilakukan agar setiap langkah dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan mencapai kejayaan yang diimpikan.


Lapangkan minda dan tenangkan jiwa dari sebarang tekanan yang menganggu emosi kita sebelum merancang membuat sesuatu tindakan atau jalan penyelesaian. Emosi yang menerima tekanan menyebabkan kita sukar mencari jalan penyelesaian dan akhirnya kita menghadapi jalan buntu.


Kebanyakan orang tidak tahu untuk menggunakan potensi yang ada di dalam diri menyebabkan mereka tertinggal di belakang dari harus kemajuan di dalam diri sendiri. Rakan-rakan mereka telah pergi jauh ke depan di dalam merancang strategik kehidupan dan menggunakan potensi diri yang banyak membantu dalam mencapai kejayaan. Mereka tidak kenal erti kepenatan dan kebosanan di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mencabar.


Banyak orang lebih rela duduk di dalam "Zon Selesa"dari berusaha meningkatkan taraf hidup masing-masing kerana tidak ada motivasi di dalam diri mereka. "Zon Selesa" memberikan seseorang itu lebih senang dengan kehidupan yang seiring dengan keadaan semasa dan sentiasa menerima sahaja sebarang perubahan ekonomi atau kehidupan tanpa bercita-cita meningkatkan dan memertabatkan diri ke peringkat lebih tinggi.


Biar "Papa Asal Bergaya" inilah slogan yang sentiasa digunakan oleh kebanyakan orang kita, biar wang di poket sikit janji boleh bergaya. Ada di antara mereka ini lebih suka bekerja dan menghabiskan wang selepas gaji untuk bergaya tanpa memikirkan keperluan hari esok. Pemikiran mereka juga sempit dan kerap melemparkan pandangn negatif di dalam merancang dan menyusun keperluan strategik di dalam mengejar kejayaan hidup sebenar.


Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari jalan dan menyusun segala strategik di dalam diri bersama fikiran positif untuk merancang jalan ke arah "Kejayaan Kehidupan".

6/11/2011

Apartment Taman Ketiau di Putatan

Status : Apartment ini telah selamat di sewa mulai 18 Jun 2011
Apartment Kos Sederhana sedia untuk disewa
3 bilik & 2 bilik Mandi (750 sqft)
Blok MC tingkat 3,
Sewa RM650 sebulan termasuk Yuran penyelenggaraan
Diskaun RM50 diberikan kepada penyewa yang bayar awal seperti hanya bayar RM600 bagi awal 5 hari dari tarikh pembayaran
Deposit 2 + 1 (RM1300+RM250)
Fully Grill & tiles
Master room with toilet c/w air-cond, stand fan & Set Bedroom
Room 2 with stand fan & Single Set Bedroom
Room 3 with stand fan & Single Set Bedroom
Perabot penuh termasuk Peti sejuk, mesin basuh, dapur gas, sofa, meja makan, rak TV dan TV
Kemudahan di Taman Ketiau seperti Klinik 1 Malaysia, Mini market dan restoran, public transport tiada masalah, dekat dengan Sek. Men. Tansau dan SK. Tansau Putatan
10-15minit to KKIA & 15-20minit to Kota Kinabalu

















6/08/2011

Bijak Wang EP08 Pinjaman Perumahan Bah 1 - 03

Apartment Taman Wangsa Telipok

STATUS RUMAH : TELAH DISEWA

Apartment Taman Wangsa Telipok sedia untuk di sewa lengkap dengan perabot

Kadar Sewa Sebulan RM650

Diskaun sewa sebanyak RM50 untuk bayaran awal dari tarikh yang ditetapkan

Kedudukan taman bersebelahan Pekan Telipok - Bypass jalan KKIP Sepanggar

Luas Apartment - 1009sqft (3 bilik & 2 bilik air)

Deposit 2 + 1 = RM1600

Kemudahan Fully Furnished, Fully Grilled, Gimnasium, 24jam security, Satu Parking Lot Berbumbung, Taman Permainan.

Kedudukan Taman Wangsa yang strategik terletak bersebelahan dengan Pekan Telipok, 15minit - 20minit ke UMS, 1 Borneo, TLDM, Kompleks Kerajaan Persekutuan, & Hospital Likas. 10minit - 15minit ke Uitm, ILP, IKM, MARDI, Politeknik & KKIP. 2minit - 3minit ke Lembaga Koko, MTIB, SIRIM





Strategik Pelaburan Emas




Sana sini orang bercerita mengenai pelaburan emas, kita yang belum terjun dalam bidang ini sekadar menjadi pendengar setia dari cakap2 para pelaburan emas. Pelbagai strategik yang mereka gunakan untuk multifly pendapatan dengan pelaburan emas.


Saya mempunyai teman yang telah pun menceburi diri dalam pelaburan emas, apa yang boleh saya simpulkan di sini bahawa pelaburan emas ini boleh diumpamakan sebagai simpanan seperti di ASB, TH atau lain-lain dan tidak berlaku pendapatan Cashflow seperti pelaburan hartanah. Bagaimanapun pelaburan emas yang diceburi ini sebagai salah satu alternatif menjana pendapatan peribadi.


Kebanyakkan pelabur emas akan multifly emas yang mereka beli seperti membeli emas dengan berat 10gm berharga RM16xx mengikut harga pasaran semasa.


Kemudian mereka akan mencagar emas tersebut di Ar- Rahnu seperti di Bank Rakyat, Bank Agro dan lain-lain dengan mendapat tunai sebanyak 65% dari nilai emas. Dengan duit yang diperolehi tadi digunakan lagi untuk membeli emas dengan proses yang sama dilakukan sehingga setakat yang dikehendaki atau duit tersebut disimpan terus di ASB, TH, Akaun Emas dan lain-lain.


Setiap emas yang dicagarkan tersebut perlu dibayar perkhidmatan penyimpanannya lebih kurang RM1XX untuk setiap 6 bulan bagi satu ketul emas.


Pelabur emas akan membiarkan emas tersebut sehingga nilai pasaran meningkat tinggi. Selepas pelabur mengaut keuntungan dari dividen di ASB, TH, Akaun Emas atau lain-lain, barulah mereka akan mengeluarkan duit untuk menebus emas yang dicagarkan tadi kemudian menjualkan emas tersebut mengikut nilai pasaran emas dunia yang membawa pulangan keuntungan dari pembelian asal emas tersebut.


Maka pelabur emas akan memperolehi 2 keuntungan melalui dividen simpanan dan jualan emas dengan harga semasa yang meningkat saban tahun.


Ini adalah salah cara di dalam multifly pelaburan emas dan banyak lagi cara yang digunakan oleh para pelabur emas.


Saya setakat ni belum lagi menceburi bidang emas kerna masih lagi dalam proses mengenal.


Kalau tak kenal maka tak cinta.........

6/02/2011

My mpv vs My apartment

Kereta atau rumah merupakan keperluan dalam kehidupan harian kita. Setiap yang hendak dimiliki perlu dibeli mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun harga kereta sentiasa menyusut setiap tahun manakala harga rumah sentiasa meningkat dari masa ke semasa mengikut faktor insflasi semasa.

Dua tahun yang lalu (2008) saya berjaya membeli sebuah MPV dan sebuah apartment, di sini bukan saya hendak menunjukkan kemampuan saya memiliki kedua-duanya sekali. Tetapi saya ini berkongsi perbincangan tentang perbezaan kedua-duanya.

Dulu saya membeli Toyota Wish dengan harga RM100K lebih, memandu MPV ini sungguh selesa dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja destinasi. Maklumlah MPV ini yang boleh diketegorikan sebagai kereta mewah. Bagaimanapun selepas 2 tahun ini, nilai semasa MPV ini telah pun jatuh sekitar RM80K lebih. Ini menunjukkan bahawa macam mana mewahnya kereta yang dibeli ia tetap menyusut setiap masa dan faktor pengenalan model-model terbaru kereta di pasaran.

Manakala apartment yang saya beli 2 tahun lalu dengan harga RM80K lebih (Kos Sederhana) di Taman Ketiau Putatan telah meningkat nilai semasanya ke RM100K lebih. Sementara itu juga kadar sewa di sekitar apartment tersebut juga meningkat sehingga ada pemilik rumah menyewakannya dengan kadar RM750 sebulan. Dengan kemajuan dan pembangunan taman-taman perumahan baru menyebabkan nilai rumah sentiasa meningkat dari masa ke semasa serta faktor permintaan yang berterusan saban tahun.

Moral of story ini, adalah untuk diri saya sendiri dan juga teman-teman di luar sana atau pembaca blog ini. Lebih baik beli rumah daripada beli kereta kerna rumah merupakan keperluan utama dan kereta keperluan sampingan yang boleh kita membuat pemilihan.

Maka belilah rumah dan beli kereta atau pilih mengikut keperluan, jangan fikir untuk glamour. Tapi ikut kemampuan masing-masing, tepuk dada tanya selera.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom