7/29/2011

Zakat dan Sedekah Dengan Keuntungan Perniagaan

Sekadar gambar hiasan

Dalam setiap perniagaan atau pelaburan yang dijalankan adalah untuk mencapai keuntungan sama sikit atau banyak. Tidak ada sesiapa pun yang ingin berniaga mengalami kerugian kerna adat perniagaan, keuntungan adalah asas perniagaan tersebut dijalankan. Dengan keuntungan yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa membolehkan perniagaan dapat dikembangkan dan berdaya maju. Walaupun persaingan hebat dalam sesuatu perniagaan namun ia dapat bertahan jika seseorang perniaga dapat mengatur dan menjalankan perniagaan dengan bijaksana.

Bagaimanapun jangan kita lupa untuk menunaikan kewajipan selepas menerima keuntungan di dalam perniagaan atau pelaburan. Kewajipan yang dimaksudkan adalah Zakat Pendapatan yang mana selepas kita memperolehi keuntungan maka ditolak Zakat Pendapatan sebanyak 2.5%. Kemudian barulah kita memikirkan untuk bersedekah dengan keuntungan tadi tetapi harus diingat bahawasanya utamakan dahulu Zakat. Jika kita ikhlas mengeluarkan zakat atau sedekah, perniagaan yang kita jalankan akan lebih dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Maksud “Zakat” :-

Bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerna dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih. Bersih daripada sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan perdapatan tersebut akan diberkati ALLAH.

7/26/2011

Menjadi Bos Rumah Sewa

Sekadar gambar hiasan

Kita seorang kuli atau orang yang sentiasa menurut perintah kerna kita bekerja makan gaji. Maka sebagai seorang pekerja yang menerima gaji bulan2 maka kita akur untuk menerima sebarang arahan kerja sama rela atau paksa rela.

Bagaimanakah kita boleh menjadi bos? sama ada mempunyai syarikat atau perniagaan yang besar dengan mempunyai orang bawahan yang taat menerima arahan kerja. Tetapi agak sukar untuk kita membangunkan atau menubuhkan sebuah syarikat kerna kita masih lagi dalam dunia makan gaji dan terikat dalam perkhidmatan terutama mereka yang bekerja di sektor awam atau syarikat-syarikat besar.

Kita masih boleh menjadi bos besar tanpa berhenti bekerja kerna dengan memiliki rumah sewa maka kita telah pun menjadi bos. Rumah yang dimiliki telah disewa oleh penyewa dan mereka bekerja makan gaji di mana-mana sektor pekerjaan tetapi dalam masa yang sama mereka umpama bekerja untuk kita kerna mereka yang membayar sewa rumah dan hasil sewa tersebut digunakan untuk membayar hutang bank serta rumah tersebut tetap kekal menjadi aset kita. Jika pendapatan sewa tersebut positif maka ia telah menjadi pendapatan sampingan untuk kita.

Oleh itu boleh ditaksirkan secara tidak rasminya kita telah menjadi bos dan pekerja kita adalah penyewa yang telah menyewa rumah kita.

7/21/2011

Bersama-sama Membantu Wakaf Masjid Penampang

Kaedah Sumbangan
Tunai / Cek, Pemindahan wang bank, Memasukkan terus ke akaun bank “Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang” Bagi tujuan pembelian tapak menggunakan Wang Pos/Cek/Akaun Bank Islam, sila bayar atas nama JAWATANKUASA WAKAF MASJID PENAMPANG dan faks salinan resit transaksi bank untuk rekod.

No Akaun Bank Islam
10016010074517

Harga Tapak Wakaf
1 Lot Tapak Wakaf bersamaan 1 kaki persegi bernilai RM100.00

http://wakafmasjidpenampang.blogspot.com


Amalan Wakaf Menjana Kemajuan Umat

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Amalan wakaf memainkan peranan penting dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf.

Bahkan wakaf ini diinstitusikan untuk menyusun masyarakat dan telah terbukti melalui sejarah betapa institusi ini berperanan penting dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan umat Islam sejak berzaman.Muhammad Abu Zahrah dalam bukunya Muhadarat fi al-Waqf ( Perbahasan Mengenai Wakaf) menyebutkan bahawa pembinaan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa adalah sebahagian daripada usaha kerja amal wakaf yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Sifat naluri manusia juga mahu memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain selepas ia meninggal dunia.

Oleh itu, agama Islam menggalakkan umatnya melakukan amalan wakaf supaya pahala tersebut akan berterusan walaupun ia telah meninggal dunia selagi mana harta wakaf itu digunakan untuk kepentingan umum.Rasulullah merupakan orang yang pertama mewakafkan hartanya selepas peperangan Uhud apabila baginda mewakafkan harta yang diberikan oleh sahabat yang bernama Mukhairiq daripada hasil habuan perang.

Kemudian perkara tersebut diikuti oleh para sahabat seperti Umar bin al-Khatab.Amalan tersebut terus subur dalam masyarakat Islam sehingga kini. Begitu juga, pembinaan Masjid al-Nabawi adalah hasil daripada harta wakaf. Amalan jariah mendirikan bangunan masjid tersebut menjadi amalan keseluruhan umat Islam. Antara masjid-masjid yang masyhur adalah masjid al-Azhar,Masjid al-Husain di Mesir, Masjid Umawi di Syria dan Masjid al-Qairawan di Tunis. Di Malaysia, amalan tersebut bermula sejak kurun ke 15, apabila Islam mula bertapak di sini dengan pembinaan masjid di seluruh Tanah Melayu.

Wakaf merupakan sebahagian daripada bentuk amal jariah yang ganjaran pahalanya akan terus menerus berlaku hingga wakafnya berakhir atau musnah, walaupun pewakaf itu telah meninggal dunia. Hukum mewakafkan harta adalah sunat kerana ia merupakan perbuatan yang baik daripada kerja kebajikan yang sangat dituntut. Abu Hurairah telah menjelaskan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :“ Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim).

Imam al-Rafi’i menjelaskan perkataan bersedekah jariah dalam hadith tersebut dengan maksud wakaf kerana pahala sedekah jariah wakaf terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain pahala tidak berpanjangan mengalir seperti wakaf.Antara tujuan wakaf adalah untuk mendekatkan seorang hamba dengan Allah.

Oleh itu, wakaf hanya dibolehkan kepada perkara kepentingan umum umat Islam dan bukan kepada tempat ibadat orang-orang kafir, atau disalurkan ke dalam aktiviti yang haram atau maksiat atau yang bertentangan dengan ajaran Islam.Muhammad Abu Zahrah menyatakan amalan wakaf tidak terhad kepada pembinaan masjid, bahkan merangkumi semua bentuk amalan yang berlaku pada sedekah seperti amalan mewakafkan harta benda, tanah, wang sewaan tanah, pembinaan hospital, rumah-rumah anak yatim dan fakir miskin.

Salah satu contoh harta wakaf umat Islam yang kekal sehingga kini ialah pembinaan Universiti al-Azhar semenjak 1000 tahun lalu. Sehingga kini pembiayaan dikendalikan daripada harta wakaf yang memberi khidmat percuma pengajian kepada pelajar Islam dari seluruh dunia.

7/20/2011

Bebaskan Diri Dari Hutang

Sekadar gambar hiasan


Bebaskan diri anda dari hutang untuk menikmati hidupyang lebih baik. Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkahberikut dan matlamat anda untuk bebas daripada hutangpasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apayang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyatabank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahajarekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawabuku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaananda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Sayatelah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, denganmencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupamasukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidakpasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemaskinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukansetiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapanbahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatassekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupasenaraikan semua hutang anda.

Contohnya:

1)Hutang Tv plasma RM2000

2)Hutang kad kredit RM5,000

3)Hutang kereta RM50,000

4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutangyang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutangyang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agakbesar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minimahutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untukmembayar hutang.Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yangperlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalumakan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkanpaling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelumini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habishutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepadahutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutangkedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertamahabis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikanhutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga kesenarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Dan janganbiarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggungsemua beban hutang anda nanti.


Info dari email saya....

7/18/2011

Rahsia Kejayaan Berkaitan Dengan Hukum Tarikan

Sekadar gambar hiasan


Rahsia Kejayaan "Anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan" ( Law of attraction ) maka sentiasa fikir dan fokus kepada perkara-perkara yang anda inginkan dan perkara yang kita suka, jangan fikirkan perkara negatif, sebab tu dalam Islam melarang kita prasangka buruk dan membuat fitnah kerana akan mengundang dosa dan perkara yang tidak baik kepada diri sendiri.

Ramai orang menggunakan kuasa pemikiran positif dan kuasa hukum tarikan untuk mengubah kehidupan mereka. Dalam era teknologi ini, terdapat kehidupan yang penuh dengan kekalutan dan tekanan di dalam kesibukan harian. Kejayaan adalah formula yang mempunyai banyak faktor, namun ramai yang tidak tahu dan tidak faham akan hukum ini. Dengan menggunakan hukum ini dalam kehidupan seharian, ia membantu ramai orang ke arah kejayaan serta kekayaan dan ia pasti akan membantu anda juga.

Salah satu manfaat terbesar hukum tarikan adalah bahawa anda akan mendapat lebih lagi apabila anda bersyukur terhadap sesuatu. Berterima kasih membawa emosi yang positif dan menarik energi yang positif. Mudah sahaja dengan berkata “Terima kasih” kepada sesiapa sahaja, boleh menyebabkan kesan yang kuat kepada seluruh mood harinya serta sentiasa bersyukur dengan apa saja yang kita perolehi. Mulakan sekarang juga dan ubahlah hidup anda ke arah pemikiran positif. Anda perlu tahu berkenaan dengan hukum tarikan supaya anda mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup anda daripada pelbagai aspek – kejayaan, kekayaan, kebahagian, perhubungan, kesihatan dan apa saja impian anda.

Apakah Pencapaian Kita Perolehi Setakat Pertengahan 2011

Sekadar gambar hiasan

Apakah pencapaian yang kita perolehi setakat pertengahan 2011, 6 bulan telah berlalu tetapi apa yang telah kita capai dalam mengharungi kehidupan ini.

Bila ditanya pada diri sendiri? ada yang telah dicapai, ada dalam proses, ada dalam perancangan dan ada yang belum dapat dicapai kerna tahun 2011 belum berakhir lagi.

Baki 6 bulan 2011 adalah satu masa yang singkat untuk kita mencapai sebarang yang telah dirancang. Bagi mereka yang benar-benar untuk mencapai kejayaan akan berusaha keras bagi merialisasikan impian mereka walaupun banyak cabaran dihadapi.

Oleh itu kita perlu tetapkan satu matlamat yang mesti dicapai dalam tahun ini. Bagi mencapai satu-satu matlamat memerlukan kita merancang dan fokus di dalam menyusun langkah-langkah atau strategik agar matlamat tersebut dapat dicapai dengan jayanya.

Projek Rumah Sewa Lok Kawi Height

Projek rumah sewa di Lok kawi height telah pun selesai selepas iklan telah di muat naik ke dalam Mudah.my pada 12 Julai 2011 dan telah ditempah pada sebelah malamnya. Apartment ini mula disewa mulai 18 Julai 2011 oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

Dengan kadar sewa sebulan RM700 bersamaan keuntungan ROI (Return On Investment) 6.8% setahun.

Penyewaan apartment ini membawa pulangan yang berbaloi yang mana cashflow juga positif selepas ditolak mainteanance fee.

Kepada mereka yang berkira-kira untuk melabur di dalam industri ini, jangan tunggu lama-lama kerna permintaan industri ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun dan harga rumah juga turut meningkat naik.

7/08/2011

Apa Itu Pendapatan Aktif & Pasif

Sekadar gambar hiasan


Apakah yang dimaksudkan dengan "Pendapatan Aktif & Pasif"

Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
(Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk: melihat anak-anak membesar, menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks, sarapan pagi & baca harian metro diwarung, bersantai dipantai tanpa gangguan dan shopping tanpa perlu beratur!


Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang di sekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya manaseperti yang anda lihat.

Doktor pakar dan doktor gigi tidakmempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita. Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif ?

Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah kita perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gaya pos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini: "Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?"

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.

Jika anda kini masih bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif seperti yangtelah disenaraikan diatas tadi.

Selamat Berjaya

Info yang saya perolehi melalui Email

7/04/2011

Beli Rumah di Sabah Dengan Skim Rumah Pertamaku


Beli rumah melalui program rumah pertamaku di Sabah untuk pekerja swasta dan kerajaan, terdapat beberapa taman perumahan baru yang telah dirancang dan akan dimajukan. Untuk yang berminat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jacky Ting (012-8336848). Jangan lepaskan peluang ini kerana harga rumah sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Adakah Hartanah Asset Atau Liabiliti

Semua orang layak untuk membeli atau memiliki sesebuah kediaman sama untuk tinggal sendiri atau sebagai pelaburan. Bagaimanapun segelintir orang akan memikirkan bahawa membeli rumah merupakan aset tetapi tidak juga kurangnya yang memikirkan bayaran pembelian rumah adalah tanggungan berat atau liabiliti kerana jangka pinjaman yang lama sehingga 30 tahun. Mereka tidak memikirkan bahawa pembelian rumah ini boleh membawa keuntungan yang sebenar dan pelbagai strategik orang jalankan untuk menjana keuntungan yang maksima melalui pelaburan hartanah. Renung2 kan bersama....




7/03/2011

Pemaju Di Sabah Disaran Bina Hartanah Kediaman Untuk Pasaran Lebih Luas

Pemaju hartanah disaran membina rumah untuk pasaran lebih luas memandangkan rakyat, terutamanya dalam kumpulan berpenapatan rendah mendapati sukar untuk membeli rumah memandangkan harga terus meningkat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata keluarga berpendapatan sederhana mendapati sukar untuk membeli rumah yang besar dan selesa.

"Di samping untung menjadi keutamaan, adalah menjadi tanggungjawab pemaju terutama yang melaksanakan projek-projek di Sabah, menyumbang kembali kepada rakyat dengan menawarkan perumahan yang berkualiti dan mampu milik serta berkemungkinan di kawasan yang boleh diakses dengan pengangkutan awam," kata beliau pada majlis pecah tanah Jesselton Residences di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri dan juga Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata pemaju perlu menyediakan hartanah berkualiti dan landskap terbaik memandangkan beberapa pembangunan mewah bertujuan menarik pembeli di bawah program 'Malaysia Rumah Keduaku'.

"Reputasi adalah segalanya kepada pemaju dan mereka yang dapat menawarkan rumah berkualiti sedemikian secara konsisten akan mendapat kepercayaan pembeli," katanya.

Beliau berkata pemaju hartanah di Sabah perlu mengekalkan penanda aras dan sentiasa menyiapkan projek mereka mengikut masa yang ditetapkan.

"Ini akan memastikan pembeli akan dapat berpindah sebagaimana yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli. Adalah suatu yang tidak boleh diterima untuk membiarkan projek siap separuh jalan kerana tindakan sedemikian akan menjadikan pembeli dalam kesusahan dan menjejaskan bukan sahaja reputasi pemaju tetapi juga negeri," kata beliau.

Beliau memberi jaminan yang kerajaan negeri akan mendengar segala isu yang bangkitkan pemaju hartanah.

Musa berkata Sabah memerlukan pelbagai jenis pembangunan dan industri untuk menasik asas pelabur yang bermacam-macam.

Info dari BERNAMA online

7/02/2011

Pastikan Keluarga Gaji Rendah Miliki Rumah

Datuk Seri Najib Razak mahu semua keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini dapat memiliki rumah mampu milik yang bukan saja selesa serta mapan, tetapi turut dilengkapi tenaga alternatif boleh diperbaharui.

Perdana Menteri berkata, seboleh-bolehnya kemudahan tenaga alternatif itu disediakan di rumah mampu milik supaya dapat mengurangkan bebanan bil yang ditanggung oleh rakyat, sekali gus memperbaiki standard kehidupan mereka.
Justeru, beliau berkata, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia kerana sumbangan minda paling kreatif dan berbakat negara ini diperlukan untuk mencapai wawasan itu.
“Dalam landskap sosioekonomi kita sekarang, perumahan kekal menjadi isu kritikal kepada semua rakyat Malaysia dan untuk menangani perkara ini, saya akan melancarkan satu skim perumahan mampu milik yang baru, lusa.

“Skim perumahan ini akan menyediakan pinjaman 100 peratus pada harga mampu dimiliki oleh pembeli yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya ketika berucap merasmikan Datum: KL Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2011 di sini, malam tadi.

Datum: KL Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung selama sebulan.

Pada majlis itu, Najib juga dianugerahkan Ahli Kehormat PAM. Najib juga melancarkan penerbitan baru PAM bertajuk ‘30 Under 40’ yang memaparkan 30 arkitek Malaysia yang sedang meningkat naik dan berusia di bawah 40 tahun.

Najib berkata, seni bina mampu menyumbang kepada kejayaan ekonomi serta daya saing negara selain berperanan penting bukan saja dalam projek mercu tanda seperti Menara Petronas, tetapi dalam bangunan lebih kecil dan sederhana seperti sekolah, pusat komuniti serta ruang berkaitan agama.

Sumber info Berita Harian online

7/01/2011

Muka-muka Jutawan Hartanah

Membina portfolio melalui pelaburan hartanah secara tidak langsung telah membuka ruang untuk membina jalan ke arah "Jutawan". Ramai telah memilih hartanah sebagai salah satu pelaburan wajib dalam membina pemilikan aset dan nilai sebenar kekayaan. Inilah Sebahagian Dari Mereka yang menceburi Bidang Hartanah lantas menjadikan Mereka JUTAWAN HEBAT dan boleh menjadi contoh untuk kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan hartanah sama ada baru bermula atau sudah melaluinya dan sedang menuju ke puncak kejayaan.




Donald Trump merupakan otai hartanah Dunia




Dr Sulaiman Al-Fahim (Donald Trump dari Abu Dhabi yang memiliki Abu Dhabi Hyda Properties)





Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar (siapa tak kenal MK Land)




Azizi Ali (Penulis 'Bestseller' dan Mentor Jutawan Hartanah Malaysia)

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom