9/27/2011

Pendapatan Kecil Pun Boleh Berjaya

Ramai orang pandai cari atau buat duit sama ada melalui pendapatan makan gaji, berniaga dan kerja-kerja sampingan yang penting mendatangkan duit. Kebanyakan kita pantang mendengar cara-cara membuat duit, pasti tidak akan melepaskan peluang tersebut. Biar bekerja siang dan malam yang penting dapat duit.

Bagaimanapun selepas kita memperolehi duit tersebut kita lupa menguruskannya dengan teratur dan duit diperolehi tidak kekal lama. Bagi mereka yang bekerja makan gaji juga turut menerima nasib yang sama, seolah-olah kais bulan makan bulan. Mereka gagal bukan kerana menerima pendapatan kecil tetapi mereka tidak tahu untuk menguruskan pendapatan mereka.

Bagaimanapun tidak dinafikan bahawasanya ada juga golongan yang sangat pintar dalam menguruskan pendapatan mereka walaupun gaji yang di terima kecil sahaja.

Saya mempunyai seorang sahabat yang hanya menerima pendapatan atau gaji sekitar RM1000 sebulan dengan tanggungan 2 orang anak serta isteri sebagai suri rumahtangga sepenuh masa.

Saya kagum dengan beliau dari dahulu lagi yang mana dia dapat menguruskan sumber kewangan yang sedikit tersebut dengan bijaksana. Dalam tahun ini beliau telah pun berjaya membina sebuah rumah setingkat di tanah warisannya dan mempunyai sebuah kereta iswara.

Syabas untuk beliau walaupun rumah yang dibina belum cukup sempurna tetapi hasil usaha gigih merancang kehidupan ini dengan teratur dan dapat mencapai yang diimpikan kebanyakan orang di luar sana.

Maka betapa pentingnya pengurusan kewangan dari sekarang, faktor berjaya bukan terletak pada jumlah pendapatan yang diterima tetapi terletak bagaimana kita menguruskannya dengan bijaksana.




SHAREDA PROPEX'11 - SABAH HOME AND PROPERTY EXHIBITION


Date: 30th September - 2nd October 2011

Time: 10:00 a.m. - 9:30 p.m

Venue: Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

This is the 12th episode of SHAREDA's exhibition will be featuring a total of 105 booths in a 3-day event in bringing potential buyers, housing and property developers, manufacturers and suppliers, home and lifestyle furnishings, bankers and other related services under one roof, thus, creating one-stop centre for all parties to foster their transaction.

9/20/2011

Jalan-jalan & Tinjau-tinjau Rumah

Beberapa minggu lepas saya telah mencari rumah untuk dijual melalui suratkhabar, internet dan kawan-kawan. Tujuan saya adalah untuk melihat potensi dan nilai semasa rumah untuk sekitar Papar. Dalam pada itu saya telah menerima panggilan telefon dari seorang kawan yang memaklumkan ada rumah teres 2 tingkat kos sederhana bersama perabot untuk dijual di Taman Pengalat Papar.

Menurut kawan saya rumah untuk dijual ini tidak diiklankan dan hanya disebarkan melalui kenalan sahaja. Saya cuba menghubungi wakil keluarga yang menjual kerana pemilik asal telah pun balik ke kampung halaman di Tawau. Kami telah set masa iaitu pada sebelah malam hari Ahad lepas untuk meninjau dan melihat rumah tersebut.

Rumah tersebut tidaklah besar sangat dan beberapa renovation telah pun dilakukan tetapi menarik serta bahagian depan rumah boleh memuatkan 2 kereta.

Harap-harap semua urusan berjalan lancar.

Lawat HomeDec di 1 Borneo

Pada Ahad lepas saya dan famili sempat meluangkan masa untuk melawat pameran Homedec yang telah diadakan di 1 Borneo. Banyak syarikat untuk decoration rumah menyertai pameran ini. Terdapat promosi telah dijalankan oleh pihak syarikat kepada orang ramai yang ingin mengubahsuai dalaman rumah dengan produk yang ditawarkan. Dalam pameran itu terdapat juga syarikat yang memberi diskaun yang banyak ke atas produk yang mereka pasarkan. Bagaimanapun enjoy melihat pameran seumpama ini kerana ia dapat memberi kita sumber insprasi untuk mengubahsuai dalaman rumah agar lebih nampak menarik.

Projek SOGT Kimanis Menjana Ekonomi Papar



Sekadar gambar hiasan


Projek "Sabah Oil And Gas Terminal" di kimanis yang sedang giat beroperasi untuk menyiapkan terminal berkenaan. Dalam masa yang sama telah meningkatkan taraf hidup penduduk setempat khususnya serta menjana ekonomi daerah Papar. Peluang pekerjaan juga telah dibuka kepada warga tempatan kerana beberapa syarikat besar yang mendapat projek menyiapkan terminal tersebut telah mengambil ramai pekerja.

Pada masa yang sama juga permintaan rumah sewa di sekitar Papar juga telah meningkat naik termasuk bilik sewa di kedai-kedai pekan Papar. Menurut maklum balas beberapa kenalan yang menyatakan kadar sewa juga telah meningkat naik seperti Taman Nagapas yang sebelum ini kadar sewanya sekitar RM250 - RM350 sebulan tetapi sekarang naik sebanyak RM500 yang telah disewa oleh pekerja SOGT.

Sementara itu, rumah sewa di Taman Pengalat Besar juga telah mendapat permintaan yang mana sebelum ini kadar sewa di lingkungan RM400 - RM600 tetapi pada hari ini ada syarikat untuk projek SOGT telah menyewa untuk pekerja mereka dengan kadar sewa RM1000 sebulan termasuk perabot.

Manakala Apartment di Melinsung yang sebelum ini tidak mendapat sambutan dan banyak unit yang kosong satu ketika dulu, kini telah mendapat permintaan termasuk ada syarikat yang telah menyewa apartment di sana untuk pekerja projek SOGT.

Secara kesimpulannya, selepas Terminal Kimanis beroperasi sepenuhnya maka ekonomi daerah Papar akan meningkat naik termasuk orang perseorangan yang menyediakan rumah sewa atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti gerai makan.

Semoga Papar maju pada masa akan datang dan kepada mereka yang berkira-kira melabur dalam industri hartanah maka inilah masanya untuk melabur di sekitar Papar atau Kimanis.

9/09/2011

Seri Malawa Di KKIP Sepanggar Untuk Dijual

Apartment yang dibina di kawasan KKIP dan telah memperolehi OC. Dengan keluasan 933sqft dari harga RM188,800 serta dilengkapi beberapa perabot dan peralatan elektrik.

Hubungi Jacky Ting untuk keterangan lanjut

9/07/2011

Homedec Exhibition 2011

Exhibition Venue
1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah

Exhibition Date
16 - 18 September 2011
Admission is free and open to public

Exhibition Time
11am - 9pm

Target Audience
Homeowners, General Public


About HOMEDEC Sabah


Spreading its wing for the first time to Sabah this year, HOMEDEC will showcase homeowners here to a complete range of products and services for the home interior, decoration, refurbishment or renovation needs. It lets you source for the best brands, from a huge variety of product category, all under one-roof in this three-day event.

Always creating fresh ideas and new concepts with the aim to educate and inspire homeowners on the homes’ latest, whether in designs, trends, materials, products as well as guides and tips to make your house to home.

So, head on over for a worthwhile experience on the latest in home trends, technology available in the market!

9/06/2011

Deposit Rumah Ketiga Dengan Rumah Sedia Ada


Sekadar gambar hiasan

Untuk membeli rumah ketiga di atas nama pembeli yang telah mempunyai lebih 2 buah rumah merupakan satu cabaran. Ini kerana pembelian rumah ketiga memerlukan seseorang itu mengeluarkan deposit sebanyak 30% dari harga rumah.

Sebagai contoh untuk membeli rumah berharga RM100,000.00 maka itu, kita terpaksa mengeluarkan duit sebanyak RM30,000.00 tidak termasuk kos-kos lain yang berkaitan. Maka itu, cabaran terbesar untuk seseorang menyediakan duit sebanyak 30% untuk deposit bagi sesebuah rumah. Deposit 30% untuk rumah ketiga ini telah dikuatkuasakan oleh pihak Bank Negara pada tahun lepas bagi mengawal spekulasi menaikkan harga rumah. Bagaimanapun bagi pelabur-pelabur yang mempunyai kemampunan kewangan yang kecil akan merasa tempias ini terutama untuk mencari jumlah deposit.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini ?

Pelbagai jalan boleh terbuka untuk mereka yang sentiasa berfikiran positif dan kerap mencari peluang yang ada terutama yang mendatangkan duit. Semakin kita mencari duit maka semakin ia akan menarik ke arah kita. Kita juga akan sentiasa bertemu pelbagai jalan untuk mengumpul duit sebagai deposit membeli rumah ketiga.

Manakala rumah sedia ada juga boleh mendatangkan duit untuk kita seperti pendapatan sewa dan pinjaman semula rumah tersebut mengikut harga nilai pasaran semasa. Sebagai contoh harga rumah dibeli dahulu RM100,000.00 dan kini nilainya mungkin RM140,000.00 selepas 3-5 tahun. Jika dahulu rumah tersebut dibuat pinjaman rumah RM90,000.00 dan baki pinjaman mungkin dalam RM80,000.00.

Jika pinjaman semula dibuat dengan harga semasa iaitu RM140,000.00 ditolak 10% kemudian ditolak baki pinjaman lama maka kita akan perolehi tunai RM46,000. Dengan baki tunai sebanyak RM46,000.00 tersebut bolehlah kita mencari atau membeli rumah ketiga dengan deposit RM30,000.00 untuk rumah berharga RM100,000.00 .

Pelbagai jalan dan peluang yang ada dihadapan kita. fikir-fikirkan la bersama.

9/05/2011

Taman Selagon Beaufort

Dalam perjalanan balik dari Menumbuk ke Papar, saya sempat singgah sebentar di perumahan baharu siap. Taman Selagon Beaufort merupakan perumahan teres setingkat yang baharu siap dan hanya beberapa unit rumah sahaja yang didiami oleh pemiliknya.

Kelihatan rekabentuk rumah ini nampak ringkas dan menarik serta boleh didiami terus. Bagaimanapun bagi pemilik yang kreatif akan mengubahsuai rumah mereka agar lebih cantik dan menarik. Ketika saya pusing-pusing di sekitar taman ini terdapat beberapa unit rumah sedang di renovate dan ada yang telah sedia diubahsuai.

Tahniah untuk semua pemilik rumah di taman ini kerna berjaya membeli rumah.


9/04/2011

Feri Labuan ke Menumbuk

Selepas 4 hari beraya di rumah mentua di Labuan, maka tiba masanya untuk balik ke Kota Kinabalu dengan menaik feri kenderaan menuju ke Menumbuk. Perjalanan feri mengambil masa hampir 2 jam dari Labuan ke Menumbuk. Feri kami bertolak dalam jam 1.30 petang dan cuaca hari ni baik serta cerah.


Rumah di Sekitar Pulau Labuan

Roda-roda di seluruh Labuan dan sempat mengambil beberapa gambar rumah-rumah yang menarik. Kebanyakkan rumah berkenaan mempunyai ciri-ciri moden dan design terkini yang boleh dijadikan panduan untuk kita merekabentuk rumah sendiri atau mengubahsuai rumah sedia ada. Bagaimanapun dengan kenaikan kos binaan menyebabkan nilai rumah di Labuan meningkat naik dengan tinggi.


Taman Pantai di Labuan

Selepas balik beraya di rumah seorang sahabat, saya dan famili pergi ronda-ronda dan sempat melawat sebuah taman perumahan Pantai yang kelihatan begitu menarik. Saya mempunyai seorang sahabat yang telah membeli rumah jenis Semi-D di taman ini tetapi tidak dapat melawat rumahnya kerna beliau balik kampung. Dapat ambil gambar pun jadilah untuk tontonan para pelawat blog ni.


9/03/2011

Homestay Untuk Pelancongan di Labuan

Kampung Patau-patau 2 merupakan salah satu pusat pelancongan yang terdapat di Labuan. Ini kerana kedudukan kampung ini yang strategik dan konsep tradisi rumah dibina di atas permukaan air yang mempunyai daya tarikan untuk para pelancong sama ada dalam dan luar negeri. Kebanyakan penduduknya berbangsa brunei yang telah menetap di perkampungan air ini sejak dahulu lagi.

Untuk menambah lagi tarikan pelancong di kampung ini, beberapa rumah telah dijadikan "Homestay" dan beberapa acara akan diadakan oleh pemiliknya termasuk Ketua Kampung Tn. Hj Sulaiman bin Wanchi terlibat sama di dalam melaksanakan aktiviti "Homestay" di rumah beliau. Setiap aktiviti atau upacara yang diadakan kampung ini pasti meriah serta menarik untuk semua orang hadir sama.



Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom