2/20/2012

Taman Perumahan Baru di Takis ?

Minggu lepas sempat melawat sebuah Taman Perumahan Baru yang tidak mempunyai "Tanda Nama Taman" yang terletak berhampiran dengan Kampung Takis Papar.

Kedudukan taman ini di sebelah kiri dan sukar dilihat dari jalan utama dari pekan ke kampung tersebut. Terdapat lebih 20 buah unit rumah teres dan sebuah rumah banglo.

Sambil tu tertanya-tanya juga, siapa pemaju taman ini dan adakah lagi rumah yang belum terjual atau baru hendak dilancarkan.

Dari segi rekabentuk rumah seperti di taman perumahan di Kampung Sungai Padang.

Harap-harap ada lagi unit yang mahu dijual.









2/15/2012

Kongsi Pengalaman di Pesta Usahawan



Oleh ADLAN JAAFAR (Kosmo.com.my)

NASRUDDIN berharap pameran yang akan dianjurkan dapat membantu orang ramai yang mahu memulakan perniagaan.

SELAMA 16 tahun, Nasruddin Abdul Ghani bekerja sebagai penjual hartanah menggunakan kaedah konvensional. Malah, sebelum telefon bimbit digunakan secara meluas, lelaki dari Rembau, Negeri Sembilan itu perlu berulang-alik dari pejabat ke lokasi jika mendapat mesej daripada pelanggan berpotensi.

Keluh lelaki berumur 44 tahun itu, kerja-kerja rencam seperti menaikkan sepanduk dan menampal iklan-iklan perlu dibuat sendiri tidak kira keadaan cuaca semata-mata demi premis hartanah terjual.
Kini, dia masih lagi seorang penjual hartanah tetapi dengan cara yang berbeza iaitu menggunakan kaedah dalam talian melalui laman sesawang www.drumah.com.
Masih lagi menggunakan talian telefon sebagai alat komunikasi, namun, penggunaannya telah diminimumkan untuk tujuan pengesahan pemilik premis untuk menjual selain urusan-urusan rasmi yang melibatkan bank dan guaman.

“Orang sekarang lebih suka melihat dahulu premis yang mahu dibeli secara maya dalam Internet, barulah mereka membuat keputusan untuk melihat sendiri,” kata Nasruddin ketika ditemui di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Laman web www.drumah.com mula beroperasi pada bulan Mac 2009 selepas mendapat geran kewangan daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Bermula dengan hanya kurang 10 orang pelayar Internet melawati www.drumah.com, kini secara purata laman web tersebut dilawati seramai 10,000 sehari.

“Masa saya dapat dijimatkan sehingga 80 peratus,” ujarnya kepada Kosmo!
Untuk mendapatkan geran daripada MDeC, Nasruddin berkata, ia amat mudah. Selama ini, rungutan pihak yang mengatakan bahawa sukar untuk mendapatkannya adalah disebabkan oleh syarat-syarat yang tidak ditepati.

Atas alasan tersebut, dia yang bertugas sebagai ketua pengurus Drumah Homely Publication Sdn. Bhd. berkata syarikatnya dengan kerjasama TM Ads Solution Sdn. Bhd, pemilik portal eilmu.my akan mengadakan sebuah pameran yang akan memberi ruang kepada orang ramai memasarkan idea mereka.

Dua bahagian
PENGANJUR menyasarkan lebih 100 produk dan 50 syarikat tempatan menyertai pameran Eilmu. - Gambar hiasan
Eilmu Technopreneurs & Innovations Fair Kuala Lumpur 2012 yang bakal diadakan dari 24 hingga 26 Februari 2012 nanti terbahagi pada dua bahagian.

Bahagian pertama adalah untuk produk-produk MSC dan syarikat ICT tempatan seperti multimedia kreatif, perisian, animasi, e-dagang, aplikasi serta perniagaan berasaskan Internet.
Bertempat di Mid Valley Convention Centre, Kuala Lumpur, pameran itu nanti turut menyediakan slot ceramah selama 18 jam yang diadakan secara berkala sepanjang tempoh tiga hari acara berlangsung.

Antara penceramah yang sudah mengesahkan kehadiran adalah jutawan Internet, Irfan Khairi dan wakil dari Drumah Homely Publication sendiri.

Antara topik-topik adalah cara-cara yang betul dan tepat supaya permohonan pada agensi-agensi seperti MDeC dan Bank Simpanan Nasional dapat diluluskan.
Kepada mereka yang mempunyai idea-idea menarik yang boleh dibangunkan dan direalisasi tetapi mengalami kekangan dari segi kewangan, pameran yang bakal dihadiri oleh 50 syarikat tempatan dan 100 produk itu adalah tempat yang tepat untuk menjual idea-idea tersebut.
Bahagian kedua pula adalah untuk produk-produk jenama Malaysia.

Pihak Drumah menyasarkan pameran itu akan menjadi medan kepada para peserta pameran mencari ejen manakala pengunjung boleh mencari produk yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan daya tarikan kandungan kreatif dan produk kreatif selain menggalakkan e-pembelajaran dan e-dagang, animasi, permainan dan banyak lagi,” kata pengurus pemasaran Drumah, Azali Bakri, 27.

Tambah Azali, sebanyak 70 tapak disediakan dengan 40 peratus daripadanya telah ditempah dengan 4,000 pengunjung telah mengesahkan di laman web www.drumah.org tentang kehadiran mereka pada pameran tersebut.

Pada hari pameran itu nanti, watak popular animasi tempatan, Upin dan Ipin akan hadir membuat penampilan istimewa.

2/07/2012

Siapakah Pemilik Rumah Ini

Cantik dan menarik rumah banglo ini, sungguh teruja apabila melihat rumah seperti ini.

siapakah pemilik mahligai ini?

Rumah ini terletak di kampung kelahiran bapa saya, puas mata memandang dengan seni bina rumah ini. Sempat menanyakan sahabat bapa saya yang juga merupakan jiran rumah tersebut telah memaklumkan saya bahawasaya rumah itu dimiliki oleh seseorang yang berbangsa Bugis dan menjalankan peniagaan teksi sahaja.

Dalam pada itu, saya melihat memang ada 2 buah kereta teksi sebuah baru dan sebuah model lama. Tidak disangka dengan membawa teksi pun boleh membina rumah seperti ini, tahniah untuk pemilik rumah ini.

Inilah dinamakan rezeki, apa sahaja yang diusahakan pasti akan membuahkan hasilnya.

Rumah Baru Teres Setingkat Taman Takis

Projek perumahan baru yang giat dalam pembinaan iaitu teres satu tingkat di Kampung Takis Papar. Kedudukan Taman ini juga strategik berhampiran dengan kemudahan asas sedia ada seperti Hospital, Pekan Papar, Rumah Ibadat, Sekolah Rendah dan Menengah.

Semoga projek perumahan ini siap mengikut tarikh yang disasarkan dan akan menguntungkan kepada kedua-dua pihak pembeli serta pemaju.

Meninjau Rumah di Taman Pengalat Papar

Menjalankan operasi meninjau-ninjau rumah baru di Taman Pengalat Papar yang baru siap. Tujuan operasi ini adalah untuk mencari peluang pelaburan 2012 yang semakin mencabar kerana peraturan Bank Negara dan harga rumah semakin mahal.

Untuk itu kita perlu membuat beberapa tinjauan dan kajian terhadap pasaran hartanah semasa agar memperolehi peluang keemasan. Jangan terburu-buru untuk membeli rumah kerana silap percaturan akan mengalami kerugian. Biar lambat tetapi mendapat rumah yang mempunyai nilai yang terbaik dan menguntungkan satu hari nanti.

Teruskan niat murni ini, mencari rumah untuk pelaburan.




Melabur dan Menambung di Tabung Haji

Pada minggu lepas Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan kadar bonus 6% untuk tahun 2011. Syukur alhamdulliah kadar tersebut telah meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak 0.5%.

Pengumuman itu telah menambah keyakinan kepada para pelabur untuk menambah simpanan mereka di Tabung Haji.

Pada hari ini telah ramai menyedari kepentingan melabur dan menyimpan di Tabung Haji kerana sambil menunggu bonus setiap tahun, kita juga boleh mendaftar untuk mengerjakan haji mengikut masa giliran nanti.

Minimum simpanan perlu ada RM1,300 untuk berdaftar haji dan simpanan tersebut tidak boleh dikeluarkan kerana jika dikeluarkan maka giliran haji kita akan kira batal.

Jom melabur dan menyimpan di tabung haji sambil memasang niat akan mengerjakan haji satu hari nanti apabila giliran kita tiba.

Bertindaklah dari sekarang jangan tunggu umur lanjut barulah hendak daftar haji.

Baiki Lampu Rumah Sewa



Hari Jumaat lepas terima sms dari penyewa di Taman Ketiau Putatan yang telah memaklumkan saya mengenai kerosakkan lampu dapur.

Sebelah malamnya saya datang untuk tukar mentolnya tetapi malang sekali kerna tapak "bracket" mentol tersebut juga turut rosak terpaksa kerja membaiki ditangguhkan. Dalam pada masa yang sama penyewa memaklumkan ingin menyambung kontrak penyewaan, satu berita gembira buat saya.

Petang kelmarin saya datang balik ke rumah sewa dengan membawa sekali tapak mentol dan melakukan kerja-kerja membaiki dalam masa 5 minit. Syukur alhamdulliah kerja selepas dengan baik dan lampu pun dapat digunakan. Dalam masa yang sama juga mentol bilik mandi juga saya tukar kerna hampir rosak.

Jika ikut perjanjian penyewa yang bertanggungjawab mengenai kerosakkan kecil tetapi apakan daya jika penyewa orang perempuan terpaksalah juga ditolong.

Sebagai tuan rumah kita terpaksa juga bertanggungjawab memastikan rumah sewa dalam keadaan baik. Lagi pun penyewa telah pun menyatakan harsat untuk menyambung kontrak sewa, jadi kena jagalah kebajikan penyewa.

Sentiasa menjaga kebajikan penyewa kerna mereka yang membantu di dalam membayar pinjaman bulanan rumah sewa kita.

2/06/2012

Pzeeaura Homestay di Melaka

Homestay seorang sahabat saya yang baru diusahakan mulai November 2011 lepas yang terletak di Taman Krubung Jaya Melaka. Kadar sewa semalam adalah RM150, untuk tempahan sila hubungi 019-6295646 (Mr.Rafizi) atau layari http://pzeeaurahomestay.blogspot.com/




Perkhidmatan Pengurusan Kewangan AKPK

“Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup” adalah misi AKPK.

AKPK adalah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara di dalam memberi bantuan kepada orang awam di dalam pendidikan kredit dan kewangan terutama bagi mereka yang mempunyai banyak masalah kewangan pada masa kini.

Dengan itu, adalah menjadi matlamat AKPK untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangka khas untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka lalu mendapatkan ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

AKPK juga menyediakan bahan-bahan pendidikan kewangan tentang penggunaan kredit yang wajar dan pengurusan wang asas selain tip-tip berkaitan penggunaan kredit secara lebih bertanggungjawab.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.akpk.org.my

Tewas Memiliki Apartment di Melinsung



Dua tahun lalu saya pernah mencuba nasib Auctions sebuah apartment di Melinsung Resort Apartment 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan harga rezab RM42,000 selepas sepuluh kali dilelong tetapi tidak ada pembida sebelum itu kerana permintaan apartment di kawasan tersebut menurun menyebabkan banyak unit telah dilelong sebelum itu.

Bagaimanapun saya tewas di dalam bidaan tersebut dari seorang pembida orang tempatan yang mana beliau wakil untuk seorang Mat Salleh yang berminat dengan apartment tersebut.

Tetapi kini sukar untuk memperolehi harga rezab yang rendah kerana selepas projek Terminal Petronas di Kimanis mula di buka menyebabkan permintaan rumah sewa termasuk di Melinsung Apartment meningkat.

Maka ramai pelabur mula berlumba-lumba untuk memiliki apartment di sana pada setiap hari lelong.

Transformasi Minda Sukses


Ramai di antara kita sangat teruja dan bersemangat untuk berjaya serta mencapai kejayaan tetapi kita lupa tentang ciri-ciri yang perlu ada di dalam diri sendiri.

Sebelum kita hendak melangkah mencapai status kejayaan melalui pelaburan hartanah, perniagaan, pekerjaan dan sebagainya maka kita wajib mencipta "Minda Sukses" dalam diri kita.

Minda kita merupakan aset yang paling penting dan bernilai kerana dengan minda yang positif serta sukses boleh mengubah budaya kehidupan seseorang untuk mencapai kejayaan.

Untuk mengekalkan dan mengembangkan "Minda Sukses" maka kita harus sentiasa melabur ke atas diri sendiri melalui pembacaan sumber motivasi seperti buku, internet, seminar serta mewujudkan hubungan dan rangkaian bersama individu yang berfikiran sukses.

Dengan mencipta "Minda Sukses" secara tidak langsung akan membawa diri kita untuk mencari peluang dan langkah menuju kejayaan di dalam bidang kita ceburi termasuk di dalam pelaburan hartanah, perniagaan, pekerjaan atau apa sahaja di dalam mencapai kejayaan.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom