4/29/2012

Bolehkah Hidup Dengan Gaji Rendah

Sebagai gambaran untuk mengharungi kehidupan pada hari ini, bolehkah kita hidup dengan gaji RM1,500 sebulan pada hari ini.

Jawapannya "Boleh", jika kita masih bujang dan tidak mempunyai sebarang tanggungan lagi kerna kita yang mencorakkan sebarang perbelanjaan.

Bagaimana jika kita sudah mempunyai tanggungan atau berkahwin, sudah semestinya kos kehidupan secara automatik meningkat naik. Pelbagai cara perbelanjaan dicorakkan tetapi masih juga tidak mencukupi.

Bagaimana untuk menghadapi situasi seperti ini yang menyebabkan kebanyakan individu akan tersepit dalam kehidupan. Oleh itu kita perlu menambah atau meningkatkan ilmu tentang pengurusan kewangan.

Dengan berbekalkan ilmu tersebut barulah kita lebih mudah untuk merancang kawalan kewangan kita atau cuba menambah sumber pendapatan lain.

Kita juga perlu meningkatkan motivasi diri untuk melakukan sebarang pendapatan kedua atau seterusnya yang mana pendapatan tersebut dapat meringan bebanan kehidupan dan menambah sumber simpanan bagi digunakan semasa kecemasan.

4/27/2012

Pameran Buku di PWTC

Sebarang perancangan kewangan untuk pelaburan perlu bermula dengan ilmu sebelum kita mula melabur.

Bagaimana kita mencari ilmu tersebut ? Dengan perkembangan pada masa kini pelbagai medium yang boleh kita guna untuk menambah ilmu atau mencari ilmu yang dikehendaki.

Bagaimanapun sebelum kita perolehi ilmu tersebut maka perlulah buat perlaburan pertama iaitu mengeluarkan wang poket sendiri. Salah satu medium ilmu yang mudah adalah membeli buku berkaitan kewangan atau pelaburan yang ingin diceburi maka secara tidak langsung duit perlu dilaburkan untuk ilmu.

Maka marilah kita hadir ke mana-mana pameran buku kerana setiap pameran tersebut pasti menjanjikan ilmu baru untuk kita.

4/26/2012

Pentingnya Penulisan Dalam Iklan


Sekadar gambar hiasan

Sebagai tuan rumah sudah semestinya ada menjalankan kerja sampingan seperti mengantungkan iklan sama ada untuk disewa atau dijual. Tetapi sebagai tuan rumah kita perlu peka agar tulisan yang diiklankan tidak disalah ertikan.

Oleh itu, setiap yang ditulis perlu dipastikan betul dan tidak dipandang sambil lewa kerana ada kalanya yang dipaparkan nampak sama saja seperti gambar di atas "Condom" tetapi yang sebenarnya adalah "Condo". Kesilapan pada huruf "m" yang di tambah dibahagian belakang menjadikan ia maksud lain.

Maka menjadi tanggungjawab tuan rumah dalam memastikan setiap penulisan tidak silap. Kesilapan kecil menyebabkan iklan yang digantung menjadi sumbang atau digelakkan oleh orang yang melihatnya.

4/24/2012

Bayar Untuk Diri Sendiri

Sekadar gambar hiasan

Kata-kata motivasi sebagai pembakar semangat kita untuk memajukan diri dengan memahami maksud kekayaan untuk diri sendiri.

Secara ringkasnya setiap usaha dan penat lelah kita di dalam menghasilkan pendapatan yang diperolehi seperti gaji atau perniagaan perlu untuk dibayar pada diri sendiri dahulu, kerna jika kita tidak pada diri sendiri dahulu kemungkinan besar pendapatan yang diperolehi akan habis dengan begitu saja.

Bagi memperkayakan diri kita, perlu mengamalkan perbelanjaan seperti membayar zakat serta sedekah (derma) 2.5% - 7.5%, buat dulu simpanan 10% - 20% dan bakinya barulah  di belanjakan secara berhemah dengan mengutamakan keperluan.

Buat dahulu simpanan, barulah baki pendapatan dibelanjakan.

4/23/2012

Jawatan Kosong SPA Negeri Sabah


SPA negeri Sabah telah pun mengeluarkan iklan untuk beberapa kekosongan jawatan, para pencari kerja bolehlah membuat permohonan sebelum 7 Mei 2012 ini melalui online http://www.jawatan.sabah.gov.my/

Selamat berjaya.

4/22/2012

IPEX 2012 Di Sabah Trade Centre

IPEX 2012 telah berlangsung pada 05 - 08 April 2012 yang lepas dari beberapa syarikat termasuk pameran perumahan, dalaman rumah, cat rumah dan banyak lagi berkenaan dengan kelengkapan untuk membina atau ubahsuai rumah.

Beberapa acara juga dijalankan untuk menghiburkan pengunjung yang hadir pada pameran tersebut.









Taman Baru Di Kinarut Selatan


Projek perumahan baru di Kinarut Selatan "LA GLOXINA GARDEN" yang telah dilancarkan pada Expo Hartanah 2011 dengan harga permulaan untuk Bumiputra RM198,800 untuk Fasa 1 dan dijangka siap pada tahun 2014 menurut sumber dari salah seorang jurujualnya.

Manakala pada hari, harganya telah meningkat sedikit untuk Fasa 2 iaitu harga bermula RM238,800 dan dijangkakan perumahan ini akan menjadi taman yang besar dengan beberapa kelengkapan.

Kedudukan taman ini juga strategik dengan terletak berhampiran dengan Sri Pritchard Old Folks Home, MRSM, IKBN, PGA, SMA Toh Pn Hjh Rahmah, SMAK Tun Mustapa dan Pusat Koperasi Malaysia.






4/18/2012

Cukai Pendapatan Sewa Rumah


Setelah tahun 2011 berlalu dengan keuntungan tuai dari pendapatan "Sewa Rumah" selepas ditolak kos keuntungan bank, kos penyelenggaraan, insuran, cukai pintu dan kos berkaitan maka baki pendapatan yang dikira bersih telah menjadi pendapatan bagi mana-mana Tuan Rumah.

Pendapatan yang bersih dari sewa rumah perlu dikira pendapatan peribadi bagi setiap Tuan Rumah yang perlu di dalam taksiran cukai 2011. Menjadi tanggungjawab Tuan Rumah di dalam mengira cukai bagi bahagian pendapatan sewa di dalam Borang "E-Filling" https://e.hasil.gov.my/ sebelum 30 April 2012.

Oleh itu, kepada semua Tuan Rumah perlu menyimpan semua resit yang berkaitan rumah sewa untuk ditolak pada taksiran cukai.

Semoga semua pelabur hartanah akan sukses pada masa-masa akan datang.

4/17/2012

Pameran Minggu Saham di Kompleks Sukan Kota Kinabalu


Jom beramai-ramai datang ke Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada hujung minggu ni untuk melihat peluang pelaburan. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk tetamu yang hadir termasuk peluang untuk memenangi beberapa hadiah yang menarik.

MSAM 2012 memberi pendedahan kepada orang awam betapa pentingnya simpanan dan pelaburan di dalam menjana ekonomi keluarga pada abad ini yang semakin mencabar.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom