5/16/2012

Selamat Hari Guru 2012


Selamat menyambut "Hari Guru 2012" kepada semua warga pendidik dari peringkat tadika hingga ke pusat pengajian tinggi. Dengan adanya warga pendidik inilah yang menjadi tonggak utama negara di dalam melahirkan modal insan. Kelahiran modal insan yang berkualiti dapat membantu negara ke arah negara maju secara amnya dan kemajuan untuk insan serta keluarga khususnya.

"SELAMAT HARI GURU 2012"



5/09/2012

Kelebihan Membeli Rumah Dalam Pembinaan


Membeli rumah taman sebelum dilancarkan memberi keuntungan yang berlipat kepada pembeli pertama yang menempah. Harga rumah yang belum dilancarkan akan lebih murah berbanding jika taman tersebut dilancarkan. Harga rumah sentiasa meningkat dari setiap peringkat dari harga sebelum dilancarkan, kemudian harga pelancaran, harga mengikut proses pembinaan dan akhirnya harganya meningkat naik selepas rumah siap serta mendapat sijil layak menduduki.

Maklumat yang pernah saya perolehi pada satu projek perumahan lepas untuk rumah 2 tingkat yang mana sebelum dilancarkan harga yang ditawarkan bermula RM130,000, selepas dilancarkan harganya telah meningkat ke RM160,000 kemudian harga terus meningkat semasa proses pembinaan untuk peringkat menanam cerucuk (Piling) ke RM180,000. Selepas peringkat pembinaan konkrik harganya naik lagi sekitar RM220,000 dan akhir sekali harga rumah naik lagi selepas taman tersebut mendapat sijil layak menduduki ke harga terakhir RM280,000. Pada ketika saya menulis info ini, harga semasa rumah yang dimaksudkan adalah pada paras RM320,000 keatas.

Untuk makluman para rakan-rakan blog, situasi ini yang saya alami untuk salah sebuah rumah yang saya pernah beli. Saya mendapat harga di tengah semasa membeli rumah tersebut tetapi masih bersyukur kerana nilai semasanya telah pun meningkat naik dan kadar sewanya naik sekitar RM800 - RM1200.

5/05/2012

Villa Anggun Papar Bakal Dilancarkan


Saya menerima mesej melalui facebook tentang projek baru perumahan di Papar dengan menawarkan kadar pinjaman 100% untuk golongan pekerja swasta dan kerajaan. Ini peluang terbaik sebelum pelancaran untuk sesiapa sahaja membuat tempahan dengan bayaran tempahan sebanyak RM1000.

Harga sebelum dilancarkan RM238,800 dan akan naik semasa pelancaran. Manakala saiz tanah agak kecil sedikit iaitu 16' X 70'.






5/04/2012

Fasa Dua Taman Takis Papar


Rumah teres 2 tingkat akan dilancarkan untuk fasa kedua Taman Takis Papar dan untuk keterangan lanjut boleh layari http://tamantakis.hpage.com/ 

Pada masa ini projek perumahan fasa satu sedang giat dijalankan untuk disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

5/02/2012

Sifu dan Mentor Hartanah Tn Azizi Ali


Nama Sifu Azizi Ali tidak asing di kalangan pelabur-pelaburan hartanah di Malaysia. Beliau merupakan seorang pelabur hartanah dan penulis buku motivasi tentang pelaburan hartanah.

Beberapa buku tentang pelaburan hartanah ditulis oleh beliau yang menjadi panduan terutama untuk pelabur baru. Setiap isi buku yang disampaikan pasti memberi kefahaman dan kepuasan untuk setiap orang lebih memahami tentang teknik sebenar pelaburan hartanah diurus.

Sesetengah pihak menyalahkan pelaburan hartanah tidak baik kerana mereka mengalami kerugian dalam pelaburan tersebut. Hakikatnya mereka tidak mempunyai ilmu dan mendalami teknik pelaburan hartanah sebenar.

Oleh itu untuk para pelabur yang baru berkecimpung perlulah membeli dan membaca buku yang ditulis oleh Sifu Azizi Ali atau hadir ke seminar yang dianjurkan oleh beliau. Setiap ilmu disampaikan pasti memberi banyak teknik dan pengajaran tentang pelaburan hartanah yang lebih strategik serta membawa kejayaan kepada setiap orang.

Untuk keterangan lanjut bolehlah layari  http://www.millionairesplanet.com/index.asp 



5/01/2012

Selamat Hari Pekerja 2012


Selamat Menyambut Hari Pekerja 2012 untuk golongan pekerja di Malaysia.

Sempena hari pekerja tahun ini telah membawa berita gembira kepada semua pekerja sektor swasta dengan berita gembira yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pelaksanaan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung. Manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Pengumuman ini merupakan hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja dan akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Semoga pengumuman ini meningkatkan motivasi dan produktivi pekerja seterusnya meningkatkan operasi syarikat serta membawa negara ke negara maju dengan jayanya.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom