7/14/2012

Melabur Dalam Hartanah Tapi Tunggu Dan Lihat

Sekadar gambar hiasan

Ramai orang ingin memiliki rumah sama ada untuk tujuan tinggal sendiri atau pelaburan. Tetapi masih ramai orang teragak-agak untuk membeli sebarang jenis hartanah kerana masih lagi risau tentang komitmen bulanan untuk bayaran pinjaman bank. Namun mereka tidak risau tentang bayaran komitmen bulanan sewa rumah kerana tidak ada sebarang ikat janji pinjaman yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun.

Bagaimanapun ramai mereka yang ingin membeli rumah akan menyatakan tunggu dulu gaji naik kerana jika pendapatan bertambah maka bolehlah membeli rumah lebih besar, walhal pendapatan yang diterima semakin mengecil kuasa membelinya kerana faktor insflasi yang setiasa meningkat setiap tahun.

Malah ada individu yang menunggu harga rumah akan turun kerana ada khabar yang menyatakan harga rumah akan turun tetapi sehingga hari ini tidak ada menunjukkan harga rumah akan turun termasuk rumah kos rendah untuk subsales.

Oleh itu, untuk melabur dalam hartanah kita tidak boleh tunggu dan lihat sahaja kerana apa yang ditunggu-tunggu tidak akan dapat memberi sebarang jawapan yang tepat dalam menentukan keputusan untuk membeli rumah.

Apa yang penting kita perlu merancang dan buat sedikit kajian tentang pelaburan hartanah kerana dengan ilmu pelaburan hartanah sahaja dapat memberi kita idea tentang keputusan untuk membeli atau memiliki hartanah sama ada untuk sendiri dan pelaburan.

Dapatkan ilmu pelaburan hartanah barulah melabur jangan tunggu dan lihat sahaja.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom