8/31/2012

Bayar PTPTN RM50 Sahaja

PTPTN telah mengeluarkan kenyataan untuk membenarkan para peminjam yang kurang berkemampuan dengan hanya membayar serendah RM50.  Ini sudah pasti berita gembira untuk para peminjam untuk menunaikan kewajipan mereka di dalam membayar balik pinjaman.

Pihak PTPTN telah banyak membantu para graduan di dalam membiayai pengajian mereka di IPT sehingga tamat dan memperolehi Ijazah. Kini giliran para graduan pula untuk menunaikan janji untuk membayar pinjaman selepas memperolehi pekerjaan.

Usaha PTPTN ini adalah untuk membantu mereka yang mungkin tidak mampu untuk membayar semula pinjaman secara tetap kerana pelbagai masalah yang dihadapi seperti menjalankan tanggungjawab untuk menanggung keluarga, tidak mendapat pekerjaan tetap dan ada yang masih melanjutkan pelajaran.

Bagaimanapun, diucapkan syabas usaha murni PTPTN ini.

Salam Kemerdekaan 2012

Selamat menyambut hari Kemerdekaan 31 Ogos 2012.

Marilah kita mentadahkan tangan untuk mengsyukuri nikmat kemerdekaan yang kita warisi hingga ke hari ini. Ambillah peluang yang ada ini untuk sama-sama memerdekaan diri sendiri dengan berusaha untuk mencapai kejayan di dalam meneruskan kehidupan ini. 

Kita perlu meneruskan perjuangan seiring dengan kemerdekaan negara kita agar kehidupan lebih bahagia dan sukses.

Sekadar gambar hiasan

8/23/2012

Cabaran Kos Hidup Pada Hari Ini

Dalam keadaan global ekonomi yang semakin mencabar dengan kos sara hidup sentiasa meningkat saban tahun serta cabaran negara kita dalam usaha untuk menjadi negara maju dalam 2020. Situasi ini sudah pasti memberi impak pada gaya hidup harian kita yang mana nilai pendapatan kita mengecil secara perlahan dan kuasa beli juga menurun.


Dalam pada itu, kita terpaksa sentiasa menjadi perancang ekonomi untuk diri sendiri dan keluarga agar kita dapat menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini. Kenaikan harga pelbagai barang pada hari ini menyebabkan ramai orang akan menghadapi tekanan hidup terutama di bandar-bandar dan tidak terkecuali di kawasan pekan serta pendalaman.

Kehidupan mereka yang mempunyai pendapatan tinggi tidak menjadi masalah sangat berbanding mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah serta yang tidak mempunyai pendapatan tetap sudah pasti mengalami tempias yang sangat besar dengan kenaikan kos pada hari ini.

Bagaimanapun terdapat segelintir orang yang suka bergaya ala-ala orang berduit atau biar papa asalkan bergaya. Mereka inilah menyebabkan corak kehidupan menjadi tidak terancang dan tidak mempunyai simpanan untuk kegunaan akan datang.

Tetapi tidak juga terkecuali mereka yang benar-benar berusaha untuk mencari pendapatan dan mengurus hal ehwal keluarga namun masih hidup umpana kais pagi makan pagi. Golongan ini merupakan mereka yang sentiasa berusaha untuk maju tetapi tidak mempunyai ilmu strategik perancangan kewangan yang berkesan dan terdapat juga mereka mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian yang diperolehi.

Bagaimana kita ingin hidup selesa dengan faktor kos hidup yang sentiasa meningkat saban tahun dan pendapatan sedia ada yang diperolehi juga tidak mampu menampung keperluan hari ini. Langkah kebiasaan yang dilakukan oleh mereka yang menghadapi keadaan ini akan cuba mengawal atau mengurangkan perbelanjaan harian tetapi  kadang kala masih juga tidak mencukupi untuk menangkis kos sara hidup.

Tetapi pada hari ini juga terdapat golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana boleh meneruskan kehidupan dengan selesa dan seolah-olah mereka tidak merasa kesan kenaikan kos sara hidup.


Kenapa ini boleh terjadi ? kerana mereka telah pun bertukar cara berfikir iaitu dengan sentiasa mancari ilmu strategik kewangan untuk digunakan pada kehidupan mereka dan bergaul dengan mereka yang telah dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat kejayaan.

Mereka sentiasa berusaha merancang pengurusan kewangan dan mencari peluang atau berniaga untuk menambah pendapatan tanpa bergantung hanya pendapatan sedia ada. Dengan sentiasa berfikir positif dan bermotivasi untuk mencapai kemajuan menyebabkan kehidupan mereka dipenuhi dengan minda kejayaan.

Ini menyebabkan jiwa mereka sentiasa kental dan tabah di dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Dalam diri mereka, setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya maka walaupun kos sara hidup meningkat sudah pasti ada cara atau teknik penyelesaian di dalam menghadapinya dengan tenang.

Oleh itu marilah "Transformasi Minda" untuk berfikir positif dan kejayaan.

8/22/2012

Ubahsuai Dalaman Rumah Dengan Sarang Interiors

 Dapatkan khidmat ubahsuai dalaman rumah atau apartment dengan "Sarang Interiors Design" www.saranginteriors.blogspot.com. Pelbagai rekabentuk moden dan terkini yang sangat menarik serta mencipta ruang dalaman kediaman yang idea yang memenuhi ciptarasa pemiliknya.
 









8/21/2012

Mari Berwakaf Secara Online

Salam semua,

Sempena Bulan Ramadhan ini saya nak share something yang saya baru terbaca dan terdengar mengenai
"wakaf online". Saya pasti ramai saudara seislam di sana, ramai nak wakafkan sesuatu. Tapi tidak tahu dimana dan bagaimana kan.


Laman web ini "Al- Waqf Lil Hayah" membolehkan kita berwakaf secara "online"

Kelebihan Al- Waqf Lil Hayah

Antara kelebihan Al -Waqf Lil Hayah adalah seperti berikut:-

1. Kemudahan pembayaran secara online melalui laman sesawang rasmi Al Waqf Lil Hayah yang berintegrasi dengan kebanyakan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).
2. Pewakaf boleh melihat jumlah wakaf yang telah dibeli melalui laman sesawang rasmi Al Waqf Lil Hayah pada bila-bila masa sahaja.
3. Nilai minimum hanya RM50 bagi setiap kaki persegi.
4. Wakaf boleh dibeli untuk diri sendiri, ahli keluarga, saudara mara atau untuk individu yang telah meninggal dunia.
5. Kemudahan pembayaran secara online melalui laman seSawang rasmi Islamic Aid Malaysia (IAM) yang berintegrasi dengan kebanyakan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).
6. Pewakaf boleh melihat jumlah wakaf yang telah dibeli melalui laman sesawang rasmi Al- Waqf Lil Hayah pada bila-bila masa sahaja.
7. Resit dan sijil Al-Waqf Lil Hayah akan diposkan ke alamat yang didaftarkan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
8. Resit Al -Waqf Lil Hayah yang dikeluarkan oleh Islamic Aid Malaysia adalah sah untuk pelepasan cukai pendapatan. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN (no.Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7040, Tarikh Kuatkuasa : 1 Julai 2011 , No Warta Kerajaaan : 25848, Tarikh Warta Kerajaan : 25 September 2011).

Insya’ALLAH akan mendapat RAHMAT & BERKAT daripada ALLAH S.W.T.


Laman web ini "Al- Waqf Lil Hayah"

Tolong forward kan kepada rakan anda, semoga kita semua mendapat rahmat bersama dari ALLAH

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom Google PageRank
Checking tool
Sumber: Farred Property (Pakar Rumah)

Mentor Transformasi Kejayaan




Siapa dia "Dr. Azizan Osman", beliau tidak asing di kalangan mereka yang ingin menuju kejayaan. Beliau seorang Mentor Transformasi Minda ke arah Kejayaan yang banyak memberi motivasi dan teknik-teknik untuk mencapai kejayaan melalui penganjuran seminar yang dijalankan.

Kejayaan beliau di dalam penganjuran seminar telah terbukti hebat dengan kehadiran peserta-peserta yang ramai di setiap seminar yang dijalankan. Setiap seminar yang di adakan sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada setiap peserta yang hadir dengan kandungan modul yang banyak membantu dan teknik di dalam transformasi minda ke arah kejayaan serta sudah pasti luar biasa.

Untuk info lanjut bolehlah layari www.richworks.com.my

8/20/2012

Kenapa Perlu Buat Simpanan Dahulu


Selepas menerima gaji atau pendapatan, langkah pertama yang perlu dibuat adalah membuat simpanan secara tetap sebanyak 10% dari gaji yang diterima. Tetapi pada hari ini ramai orang yang mengamalkan sikap belanja dahulu barulah buat simpanan selepas itu. 

Walhal wang yang tinggal menyebabkan keinginan untuk menyimpan telah pun tidak timbul kerana baki yang ada tinggal sedikit atau cukup-cukup untuk belanja kehidupan seterusnya. Jika kita mengamalkan sikap belanja dahulu kadangkalanya gaji yang dilihat masih banyak menyebabkan kita gairah berbelanja sehingga barang tidak dalam senarai pun akan dibeli. 

Cuba kita tukar langkah buat dahulu simpanan barulah berbelanja, ini sudah pasti kita berjaya menyimpan untuk setiap bulan. Ini kerana kita melihat baki gaji yang tinggal kurang dari asal, secara automatik minda kita akan cuba mengawal perbelanjaan termasuk tidak membeli barang yang bukan dalam senarai atau cuba mengelak barang yang bukan keutamaan. 

Untuk kesejahteraan hidup, kita perlu mengubah disiplin berbelanja dan pengurusan kewangan diri dengan membuat simpanan dahulu sekurang-kurangnya 10% dari gaji yang diterima dan barulah berbelanja. Dengan minda separa sedar kita akan membawa ke arah berbelanja dengan lebih disiplin.


8/19/2012

Selamat Hari Raya Adilfitri 2012


Kepada semua tetamu blog ini, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri 2012. Semoga Hari Raya tahun ini membawa kesejahteraan dan kegembiraan bersama keluarga dan teman-teman yang dikasihi. Marilah kita saling kunjung-mengunjung dan bermaafan untuk mengeratkan silaturahim serta perpaduan.

 "SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI 2012"

Geram Tengok Iklan Alphard di Mudah



Nilai semasa kereta sentiasa jatuh dari saat hingga ke tahun selepas ia didaftarkan. Membeli kereta merupakan satu pelaburan yang tidak berbaloi malah ia merupakan pelaburan ke arah besi buruk walaupun harga asalnya mencecah RM beratus ribu. Ini kerana membeli kereta merupakan liabiliti dan tidak mendatangkan sebarang keuntungan malah merupakan hutang negatif jika kita dibebani oleh hutang yang perlu dibayar setiap bulan sehingga ke tahun 9 tempoh matang pinjaman tersebut. 

Bagaimanapun selepas sahaja kita menghabiskan duit untuk kereta tersebut dan dihujung akhir bayaran pinjaman maka secara automatik nilai kereta yang asalnya RM beratus ribu telah pun turun lebih dari separuh dari harga beli. Begitu juga harga Toyota Alphard yang dulu harganya dalam lingkungan RM200K dan kini banyak untuk dijual diiklankan di www.mudah.my dalam lingkungan RM100K-RM120K. Geram juga tengok harga terkini Alphard ni kerana ada juga impian untuk memilikinya tapi apakan daya hutang kereta sedia ada pun belum selesai. 

Ini menunjukkan kepada kita bahawasanya membeli kereta merupakan pelaburan besi buruk. Semewah mana pun kereta tersebut tetap akan jatuh juga nilai semasanya yang usianya semakin meningkat. 

Impian untuk memiliki kenderaan seperti Toyota Alphard ini boleh dicapai tetapi perancangan kewangan perlu dibuat dengan teliti dan terancang dari sekarang. Buatlah impian untuk memilikinya agar ia menjadi pencetus motivasi untuk menambah pendapatan dan mengawal kewangan dengan lebih strategik dan tersusun agar kita tidak dibebani oleh hutang yang tidak terkawal. Tetapi harus diingat bahawasaya pelaburan kereta merupakan pelaburan besi buruk. 

8/17/2012

Cadangan Imbuhan Perumahan Diselaras


Tahniah untuk Cuepacs dalam usaha murninya untuk membuat cadangan tentang pelarasan Imbuhan Tetap Perumahan bagi kakitangan awam termasuk faedah pinjaman rumah ke paras 1% sahaja yang sebelum ini sebanyak 4%.

Cadangan Cuepacs ini sudah pasti membawa berita gembira kepada majoriti kakitangan awam dan secara tidak langsung memberi peluang mereka untuk merancang atau memiliki rumah sendiri termasuk bayaran bulanan pinjaman akan murah dengan kadar faedah sebanyak 1% seperti yang dicadangkan.

Selain itu juga, Cuepacs mencadangkan elaun COLA juga turut diselaraskan kerana faktor ekonomi pada masa kini begitu mencabar terutama bagi mereka yang memperolehi pendapatan rendah atau sederhana yang bertugas di bandar-bandar utama.

Semoga cadangan Cuepacs ini dapat dipertimbangkan di dalam membantu kakitangan awam yang lebih dari separuh di seluruh Malaysia yang belum memiliki sebarang kediaman.

Cadangan Cuepacs, pelarasan :
Imbuhan Tetap Perumahan RM450
Elaun Bantuan Sara Hidup RM400
Kadar pinjaman perumahan 1%


8/16/2012

Bayar Pinjaman Rumah Untuk 10 Bulan Dalam Setahun


Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Adilfitri, sudah pasti pelbagai persiapan telah dilakukan. Pelbagai perancangan telah dibuat bagi mengelak sebarang pembaziran berlaku dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengatur bajet dengan tersusun mengikut keperluan yang utama.

Dalam pada itu, berita gembira kepada mereka yang berhajat membeli atau membuat pinjaman semula rumah kerana Bank Islam masih mengekalkan promosi yang dinamakan "Holiday Payment" kepada peminjam. 

Setiap peminjam untuk pembiayaan rumah layak untuk memohon pakej ini yang memberi kelonggaran dengan membayar untuk tempoh 10 bulan sahaja kecuali November dan Disember dalam setahun sepanjang tempoh pinjaman.

Ini adalah peluang untuk mereka berhajat mencari pinjaman perumahan yang sesuai kerana ia dapat membantu di dalam mengatur bajet di hujung tahun. Kebanyakan para peminjam memerlukan bajet lebih sedikit di hujung tahun sebagai persiapan untuk persekolahan anak-anak pada tahun depannya.

Terpulang kepada para bakal peminjam sama ada melihat pinjaman ini sesuai atau ingin mencari pinjaman lain, info ini sekadar perkongsian.

8/05/2012

Persiapan Raya 2012

Sekadar gambar hiasan

Begitu pantas bulan rahmadan berlalu, sedar tak sedar sudah lebih 15 hari kita menjalani ibadah puasa. Dalam pada itu juga kebanyakan peniaga dan kedai menjalankan pelbagai promosi termasuk diskaun harga sehingga 80% sempena jualan sambutan Hari Raya. 

Kita sebagai pengguna perlu bijak memilih produk yang dijual di pasaran agar tidak terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Majoriti pengguna membeli produk untuk Raya tanpa kawalan kerana beranggapan pada masa kinilah sesuai untuk membeli belah dengan diskaun yang diberikan. Jika tidak ada kawalan, kemungkinan besar akan berlaku pembaziran dan menjejaskan bajet untuk meneruskan kehidupan harian selepas Hari Raya. 

Oleh itu, buatlah pilihan bijak di dalam berbelanja sempena Hari Raya ini.   

"Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Hari Raya 2012"

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom