12/16/2012

Sektor Hartanah Masih Kukuh Untuk 20 Tahun

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Sektor hartanah tempatan mempunyai prospek yang sangat kukuh bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang didorong antaranya oleh peningkatan populasi serta pertambahan golongan berpendapatan sederhana tinggi dan kaya.

Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama PropertyGuru, Steve Melhuish berkata, ekonomi Malaysia yang mengukuh serta pelbagai inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan sektor tersebut memberi impak positif yang signifikan.

"Ini merupakan pemacu utama kepada pengukuhan sektor hartanah Malaysia dalam tempoh jangka panjang, lebih ramai rakyat Malaysia yang akan membeli hartanah seiring dengan peningkatan gaya hidup dan sebagai pelaburan masa depan.

"Sejak beberapa tahun lalu, sektor hartanah Malaysia melalui fasa yang baik walaupun terpaksa mengharungi ketidaktentuan ekonomi global, ia hanya mencatat pertumbuhan mendatar dan ia sudah mencukupi di dalam situasi seperti ini," katanya Utusan Malaysia di sini.

Katanya, bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang akan terus mendapat perhatian pembeli dan pelabur kerana lokasinya yang strategik.

Tambah beliau, permintaan terhadap hartanah seperti kondominium dan ruang pejabat akan kekal tinggi di Kuala Lumpur manakala Pulau Pinang lebih diminati oleh golongan pesara.

Pembangunan bandar baharu seperti Iskandar Malaysia yang terletak di Johor Bharu katanya, amat diminati oleh rakyat Singapura dan ekspatriat yang bekerja di republik tersebut kerana faktor lokasi yang berhampiran.

Malah harga rumah yang tinggi di negara tersebut memberi kelebihan kepada Malaysia.

" Penduduk Singapura amat berminat dengan projek-projek di Iskandar Malaysia kerana mereka dapat memiliki rumah yang lebih luas pada harga yang kompetitif.

"Kecenderungan mereka adalah kediaman bertanah berbanding strata kerana ia lebih selesa dan berbeza dengan apa yang ditawarkan di Singapura, " ujar beliau.

Bagaimanapun, Melhuish realistik dengan unjuran pertumbuhan sektor hartanah jangka pendek tempatan, terutama pada suku pertama tahun depan yang terpaksa menerima kesan daripada kesuraman persekitaran ekonomi global.

Beliau meramalkan sektor hartanah tempatan mengalami kelembapan yang menyebabkan kadar sewaan kondominium serta pembukaan ruang pejabat baharu merosot.

Namun begitu, situasi tersebut katanya, adalah bersifat sementara dan dijangka pulih semula seiring dengan pemulihan ekonomi global.

Info Artikel : Utusan Melayu (M) Bhd Online

12/10/2012

Peluang Memiliki Rumah PR1MA

Peluang untuk mereka yang mempunyai pendapatan isirumah dari RM2500 hingga RM7500 untuk memiliki rumah di bawah program "Perumahan Rakyat 1Malaysia" atau PR1MA.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.pr1ma.my/


12/09/2012

Muflis Kerana Kad Kredit


Sekadar gambar hiasan

Pada hari ini telah ramai menggunakan kad kredit di dalam transaksi uruniaga di dalam mendapatkan produk dan perkhidmatan. Kemudahan ini memberi kuasa membeli di kalangan pengguna kad kredit dan setiap urusniaga menjadi lebih mudah dan selamat kerana pengguna tidak perlu membawa wang tunai.  

Dengan kecanggihan Teknologi ICT pada hari ini menjadikan setiap urusan lebih mudah dan cepat dengan pembelian atau pembayaran di atas talian menjadi pilihan para pengguna.  

Dengan penggunaan kad kredit yang tidak dikawal menyebabkan ramai telah diisytihar muflis kerana gagal menjelaskan bil kad kredit dalam masa 10 bulan pertama tahun ini. Jika dilihat berita dari utusan di bawah ini, jelas menunjukkan bahawasaya kemudahan kad kredit ini telah memerangkap seramai 6203 orang telah muflis disebabkan oleh kad kredit. 

Siapakah yang bersalah di situasi ini ?

          1. Pengguna Kad Kredit
          2. Pihak Bank (Pengeluar Kad Kredit)
          3. Agen atau Pegawai Bank Kad Kredit
          4. Peniaga atau Syarikat (Menawarkan urusniaga dengan kad kredit)

Tidak ada sesiapa yang bersalah di situasi ini tetapi sikap seseorang individu yang menggunakan kad kredit dengan mengikut kehendak nafsu tanpa mengawal perbelanjaan serta tidak mengukur kemampuan kewangan sebenar

Justeru itu, setiap individu terutama mereka yang baru di dalam alam pekerjaan perlu mencari dan menimbah ilmu pengurusan kewangan individu sebagai pendinding diri di dalam mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan lebih berkualiti untuk masa depan yang lebih cemerlang.   

Kesan Fikiran Negatif

Oleh: Irfan Khairi

Kita sedia maklum bahawa untuk berjaya perlu berfikir positif. Sehingga bagaikan satu cliché sering disebut oleh pakar-pakar motivasi bila berceramah. Namun, berfikir positif setiap masa bukannya perkara yang mudah.
Berfikir negatif  ada tempatnya juga, bukan setiap masa perasaan berfikir negatif seperti marah, sedih, cemburu, duka, bengang dan seumpama dengannya tidak akan terlintas dalam diri kita. Sebagai manusia, pastinya kita akan merasa juga perasaan-perasaan ini.
Image Apa yang penting adalah untuk kita menyedarinya dan dengan pantas, alihkan fikiran tersebut supaya fikiran negatif tidak memakan diri kita sendiri. Dengan menyedari dan mengetahui apakah kesan-kesan negatif yang akan terjadi pada diri kita, ia merupakan langkah awal untuk kita alihkan tumpuan kepada perkara yang lebih positif.

Negatif terhadap diri
Negatif terhadap diri sering dikaitkan dengan perasaan tidak yakin dengan diri sendiri. Kita akan sering melihat orang lain lebih berilmu, lebih berpengalaman dan lebih bagus dari kita, dan sering memperlekehkan kupayaan diri kita sendiri.

Kelemahan utama diri kita sebenarnya bermula dalam minda. Sekiranya minda sudah mengalah pada awalnya, maka, sebelum mengambil apa jua tindakan, badan kita sudah tidak bertenaga kerana tidak yakin dengan apa yang kita boleh lakukan.

Untuk mengubah kejayaan kita, kita perlu mengubah aksi diri kita dan aksi diri kita bermula dengan minda kita supaya tidak berfikir negatif!

Negatif terhadap orang lainTidak cukup dengan negatif pada diri sendiri, sesetengah kita sering memandang negatif terhadap orang lain. Mungkin perasaan buruk sangka, iri hati atau atau tidak puas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain.

Apa yang akan terjadi adalah secara tak sedar, kita akan kaitkan "kejayaan" dengan perkara-negatif oleh kerana itu yang telah dikaitkan pada orang lain. Ertinya, minda kita akan rasa sekiranya kita mencapai kejayaan, orang lain akan buruk sangka pada kita, iri hati dan tidak berpuas hati- dan ini akan menghampakan diri kita untuk mencapai kejayaan sendiri.

Pastinya dengan perasaan sebegini secara tak sedar, kita juga tidak 'mahu' untuk capai kejayaan dan sering menyalahkan orang lain!

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom