8/13/2013

Harga Rumah Terus Melambung

 Sekadar gambar hiasan

Peraturan pembiayaan berkhemah dan pengurangan tempoh pembiayaan hartanah tidak akan mengurangkan harga rumah tetapi hanya mengurangkan kadar pertumbuhan tahunannya.

Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker berkata, harga hartanah tidak mungkin akan turun kerana permintaannya sangat tinggi terutamanya bagi rumah mampu milik.

"Peraturan baharu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat berkesan mengurangkan kadar pertumbuhan sebagai contoh pada 2010, nilai hartanah melonjak hingga 35 peratus tetapi berjaya dikawal kepada sekitar 12 peratus tahun lalu.

"Kadar lonjakan nilai hartanah dapat diperlahankan tetapi kenaikan tetap berlaku setiap tahun," katanya, baru-baru ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan yang dilakukan MIEA, hartanah yang dijual semula biasanya akan lebih tinggi daripada harga asal ketika dibeli.

"Untuk mengharapkan harga hartanah jatuh tidak mungkin berlaku ketika ini disebabkan permintaan.

"Di Malaysia, jika permintaan kurang, pemaju hartanah akan mengurangkan bekalan dan mereka tidak terjejas dengan melakukannya. Sebab itu harganya tidak akan turun," jelasnya.

Rekod MIEA menunjukkan transaksi hartanah jenis rumah di Lembah Klang mencatatkan peningkatan sejak 2010 daripada RM30.65 bilion kepada RM37.5 bilion pada 2012.

Permintaan tinggi adalah daripada rumah jenis teres dan peningkatan yang cukup tinggi direkodkan pada jenis pangsapuri.

Ditanya mengenai golongan muda yang semakin terhimpit untuk memiliki rumah, Siva berkata, peranan kerajaan untuk situasi ini sangat penting seperti yang dilakukan di Australia yang mana pembeli pertama diberikan subsidi antara AU$5,000 hingga AU$7,000 untuk rumah pertama.


Menurutnya, di Malaysia projek Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) merupakan cara terbaik tetapi yang menjadi persoalannya adalah perlaksanaan.

"Apa yang saya maksudkan adalah, dominasi pihak tertentu yang membeli rumah berkenaan dalam jumlah yang banyak menerusi proksi mereka dan fenomena ini telah berlaku.

"Akhirnya kerajaan akan menanggung beban masalah ini," ujarnya.

Sumber : Utusan Melayu

1 comment:

  1. Apa kah tiada jalan bagi menyekat kenaikan harga rumah2 ini dari terus naik melambung tinggi? Bagaimana golongan muda yang baru bekerja mendapatkan sebuah rumah mampu milik jika harga bisa mecekek leher sedangkan gaji permulaan golongan muda ini baru berapa??? Satu perkara yg sangat membebankan,,,

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom