1/04/2011

7 prinsip utama menjalankan perniagaan

Salam sejahtera dan salam tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan perniagaan.

Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga yang usahawan yang Berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun baru 2011 ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan saya yang lepas mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat saya senaraikan.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.

Izal, antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

Perkara KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Salam hormat!

-Irfan Khairi
Damansara, KL

(Sumber yang diterima melalui email saya)

Rumah Lelong di Taman Pengalat Besar Papar

Pelaburan hartanah boleh dilihat dari pelbagai sudut atau ruang sama ada dibeli melalui pemaju, individu ataupun lelongan. Pada hari ini saya hendak berkongsi mengenai rumah yang akan dilelong di Taman Pengalat Besar, Papar untuk fasa 5. Taman ini terdiri daripada jenis rumah teres kos rendah dan sederhana. Rumah yang akan dilelong ini adalah berjenis kos sederhana iaitu rumah yang boleh dikatakan mempunyai kedudukan strategik dengan beberapa kemudahan yang berhampiran.

Dengan Reserve price iaitu RM70,000 adalah harga yang menarik kerana pada hari ini susah untuk memperolehi harga rumah teres dibawah RM100,000 terutama di pantai barat sabah ini. Kepada yang berminat bolehlah mencuba nasib di hari lelong nanti dan untuk keterangan lanjut silalah layari www.auctions.com.my

Kepada rakan-rakan cepat ambil peluang ini, kalau ada kelebihan saya sendiri akan masuk auctions nanti.... tengok la kalau ada rezeki.

1/02/2011

Rumah Sewa Taman Sungai Wang Kinarut

Tahun 2011 telah menjelang tiba dengan harapan segala azam dan perancangan tahun ni dapat dicapai. Kita semua mempunyai cita-cita yang mungkin belum dicapai tahun lepas dan perlu dirancang dengan lebih terapi semoga matlamat dapat dicapai dalam tahun ni.

Bagaimanapun permintaan industri rumah sewa sentiasa meningkat dari tahun ke tahun yang mana setiap tempat atau daerah di Sabah ini menerima arus pembangunan dan kemajuan. Sementara itu kadar sewa juga sentiasa meningkat dari masa ke semasa mengikut arus kemajuan di sesuatu tempat.

Tidak terkecuali permintaan rumah sewa di Pekan Kinarut juga sentiasa meningkat yang kedudukannya lebih kurang 15-20minit dari Bandaraya Kota Kinabalu. Saya bersyukur kepada yang Esa kerna dengan limpah kurniaNya rumah sewa di Taman Sungai Wang Kinarut telah pun di tempah pada 31 Disember 2010 selepas saya memuat naik iklannya di mudah.my pada 30 Disember 2010. Terima kasih kepada bakal penyewa ku yang akan mengikat kontrak sewa selama 3 tahun.



Taman ini mempunyai kedudukan yang strategik dengan beberapa kemudahan yang berhampiran seperti SMK Kinarut, SK Kinarut, G-Mart Supermarket, Klinik Kesihatan Kinarut, Pekan Kinarut, Pekan Lok kawi, beberapa resort serta 10-15minit ke Pekan Papar, 7-10minit ke Pekan Putatan dan 15-20minit ke Bandaraya Kota Kinabalu.

1/01/2011

Cara Iklan Yang Termurah

Pelbagai cara kita boleh mengiklankan produk atau perkhidmatan sama ada berbayar ataupun percuma. Pada masa kini salah satu cara pengiklanan yang lebih efektif adalah melalui internet. Kita boleh mengiklankan apa-apa saja sama ada produk, perkhidmatan atau perniagaan melalui dengan lebih berkesan dan termurah ataupun percuma melalui www.mudah.my .




Pada hari ini laman web www.mudah.my adalah antara laman pengiklanan yang popular yang mempunyai pelawat yang ramai. Maka kita bolehlah memasukkan iklan di laman web ini kerana ia mudah dan murah ataupun percuma. Saya telah mengunakan laman ini sebagai salah satu alternatif untuk mengiklankan Rumah Sewa atau menjual produk. Banyak manafaat yang boleh diperolehi daripada laman web ini.

Terima kasih MUDAH.MY

11/22/2010

KINARUT RIVER PARK HOMESTAY

Projek Homestay ini telah pun ditutup pada tahun 2011 kerna cuti persekolahan telah pun habis dan rumah ini telah menerima tempahan sewa secara bulanan mulai Januari 2011


LOKASI STRATEGIK

> 15-20 minit ke Bandaraya Kota Kinabalu
> 7-10 minit ke Airport KKIA
> 5-7 minit ke Pekan Putatan
> 12-18 minit ke Pekan Papar

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

1. Ruang Tamu

> Set Sofa "L" & Permaidani
> Rak, DVD Video & Television
> Rak Pembahagi Tengah

2. Ruang Makan
> Set Meja Makan - 6 orang
> Almari Pinggan Mangkuk

3. Ruang Dapur
> Dapur gas & peralatan masak
> Peti Sejuk, Periuk Nasi & Cerek Air Elektrik
> Pinggan & Mengkuk
> Mesin Basuh


4. Bilik Utama (Master)
> Katil Queen, Almari & Rak Tuala
> Bilik Mandi & Water Heater
> Kipas Angin & A/Cond


5. Bilik Kedua
> Katil Queen & Rak Tuala
> Kipas Angin & A/Cond


6. Bilik Ketiga
> Katil Queen & Rak Tuala
> Kipas Angin



KEMUDAHAN KINARUT RIVER PARK HOMESTAY



TAMAN SUNGAI WANG KINARUT, PAPAR

12-18 minit ke Bandaraya Kota Kinabalu
7-10 minit ke Airport KKIA
5-7 minit ke Pekan Putatan
12-18 minit ke Pekan Papar


PLAN KE TAMAN SUNGAI WANG


BAHAGIAN HADAPAN, LORONG 2, LOT 48



RUANG TAMU


RUANG MAKAN


RUANG DAPUR (VIEW 1)


RUANG DAPUR (VIEW 2)


RUANG DAPUR (VIEW 3)


BILIK UTAMA


BILIK KEDUA


BILIK KETIGA









Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom