12/11/2009

Perjanjian Sewa Rumah

Kenapa kita perlu buat perjanjian sewa rumah?

Perjanjian sewa rumah adalah amat penting untuk dibuat kerana kita perlu menulis semua yang telah dipersetujui antara tuan rumah dengan penyewa. Perjanjian dibuat adalah untuk melindungi kepentingan tuan rumah agar penyewa bersama-sama bertanggungjawab ke atas maklumat dalam perjanjian tersebut seperti bayaran sewa, tarikh membayar sewa, kepentingan menjaga rumah dan lain-lain yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangi oleh kedua-dua pihak.

Setiap perjanjian hendaklah disediakan 2 – 3 set yang mana setiap pihak perlu ada untuk simpanan selepas ditandatangi dan dimatikan setem hasil. Jika melibatkan agen hartanah maka 3 set perjanjian diperlukan dan jika tuan rumah dengan penyewa maka 2 set sahaja diperlukan.

Perjanjian ini kita boleh disediakan sendiri dengan mengambil contoh sedia ada daripada pihak peguam, agen hartanah atau kawan-kawan yang telah menjalankan sewaan rumah. Selepas pihak tuan rumah dan penyewa tandatangani perjanjian maka untuk pengesahan perlu didaftarkan dan dimatikan setem hasil di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Selepas dimatikan setem pada perjanjian maka ia menjadi sah dan tuan rumah dan serta penyewa perlu bertanggungjawab ke atas semua yang termaktub dalam perjanjian. Bagaimana pun semua kos pengurusan seperti mematikan setem perlu ditanggung oleh pihak penyewa dan boleh dimasukkan di dalam perjanjian yang disediakan.

Setiap perjanjian sewa dibuat adalah untuk melindungi kedua-dua pihak terutama bagi pihak tuan rumah kerana tuan rumah telah mengeluarkan modal besar di dalam menyediakan rumah untuk disewakan iaitu 10% deposit dan lain-lain kos serta bertanggungjawab membayar pinjaman ke pihak bank. Manakala penyewa bertanggungjawab untuk membayar sewa rumah sahaja dan hanya menyediakan modal kecil iaitu deposit masuk rumah.

Maka itu perjanjian sewa rumah perlu dibuat untuk melancarkan proses penyewaan setiap bulan.

Contoh Perjanjian Sewa Rumah







12/08/2009

Industri Hartanah Terhebat di Sabah



Banyak kebaikan yang kita perolehi apabila menjadikan industri hartanah di Sabah sebagai pilihan untuk pelaburan. Matlamat melabur dalam industri hartanah Sabah adalah untuk mendapatkan pulangan wang yang tinggi. Ini adalah kerana hartanah di Sabah cepat meningkat nilai semasa dari tahun ke tahun. Setiap tahun industri hartanah menjadi kegemaran dan menarik pelabur-pelabur dari pelbagai latar belakang tidak kira berkerja sendiri atau makan gaji.

Pelaburan hartanah di Sabah merupakan perniagaan yang hebat tetapi tidak semua orang berani menceburinya kecuali bagi mereka yang telah bermatlamat dan bermotivasi tinggi sahaja yang dapat menceburinya. Walau bagaimana pun kita perlu mencari dan mendapatkan ilmu mengenai industri hartanah sebagai persediaan awal sebelum menceburi bidang ini. Kita boleh mendapatkan maklumat dengan membaca buku mengenai hartanah, online internet dan kawan-kawan yang telah dahulu menceburi industri hartanah. Pelaburan hartanah di Sabah ini memang berisiko tetapi hartanah boleh diinsurankan bagi menghadapi sebarang peristiwa yang tidak diingini berlaku.

Perkara yang paling menarik mengenai pelabutan hartanah di Sabah ini adalah industri ini berpotensi menjana pendapatan dari masa ke semasa. Kita boleh menaikkan nilai sewanya atau nilai hartanah dengan menambah baik hartanah atau memasang kelengkapan baru. Kita juga perlu mengetahui pulangan bagi sesuatu lokasi dan harga pasaran bagi meraih pulangan yang lumayan di dalam menceburi industri hartanah di Sabah ini.

11/10/2009

Rumah Sewa di Sabah

Harga rumah di sabah semakin meningkat tinggi dari masa ke semasa menyebabkan ramai di kalangan pekerja swasta atau kerajaan memilih untuk tinggal di rumah sewa. Harga sewa rumah juga pada masa kini turut meningkat naik seperti kawasan-kawasan sekitar Kota Kinabalu termasuk Sepanggar, Telipok, Inanam, Putatan, Penampang serta Kinarut.

Kenapa penyewa memilih untuk menyewa rumah, adakah ia berdekatan dengan tempat kerja? adakah ini berdekatan dengan rumah mertua? berdekatan dengan sekolah bistari? berdekatan dengan universiti? berdekatan dengan kawasan kilang? berdekatan dengan pusat pelancongan? atau pun ia berdekatan masjid?

Jadi sebelum membeli rumah pasti kan dahulu apakah aktiviti pekerjaan di sekitar kawasan perumahan. Pastikan rumah berdekatan dengan zon industri atau sekurang-kurangnya ada aktiviti komersial seperti kompleks membeli-belah. Ini kerana jika tiada aktiviti sosial seperti itu memungkinkan rumah sukar untuk disewa atau mencari penyewa.

Sebagai contoh sewa rumah di Grace Court Apartment Sembulan sahaja mencecah RM900 sebulan tanpa perabot tidak kira tingkat. Manakala sewa rumah di kawasan Sepanggar juga meningkat naik dalam lingkungan untuk Flat RM500 – RM650 (tanpa perabot) dan Apartment RM700 – RM1300 (Berperabot) serta rumah teres RM 900 – RM1500. Sementara itu, kawasan Kinarut juga meningkat naik seperti Taman Limauan, rumah teres kos rendah dengan kadar sewa RM500 – RM600 (tanpa perabot) dan RM700 – RM800 (Berperabot) serta Apartment sekitar Lokawi Height juga meningkat dengan kadar sewa sekitar RM600 – RM750.

Ini menunjukkan bahawa industri rumah sewa adalah perlaburan yang menarik untuk diceburi. Lokasi yang strategik berdekatan pula dengan tempat kerja penyewa pasti menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi terdapatnya aktiviti sosial di kawasan sekitar pasti kadar sewaan meningkat naik setiap tahun.

Selain itu, jika punyai wang yang banyak boleh juga kita membeli rumah yang sedia ada. Hanya tukar hak milik rumah dan penyewa itu boleh terus menyewa dengan kontrak baru dari anda. Selain dari mengurangkan faktor-faktor risiko tiada penyewa, ia lebih mudah dan cepat.

Jangan lepas peluang ini, marilah kita melabur dalam bidang rumah sewa yang menjamin pulangan dan bayaran bank sebenarnya dibayar oleh pendapatan sewaan rumah, cuma kita perlu bekerja sedikit untuk melancarkan perjalanan sewa rumah.

10/08/2009

INDUSTRI HARTANAH

Pelaburan dalam industri hartanah merupakan salah satu peluang pelaburan yang terbaik untuk kita semua. Jika anda bercita-cita untuk industri ini, mulakan dengan mendalami ilmu pendidikan hartanah kerana ia dapat menjamin kejayaan anda didalam perniagaan ini.
Bagaimana memilih hartanah yang sesuai dengan fizikal, lokasi, permintaan dan potensi bagi dijadikan satu pelaburan yang berjaya. Jika anda mendalami ilmu hartanah anda akan berjumpa dengan banyak tip-tip menarik dan semakin lama anda mencarinya semakin ia mengelirukan. Maklumat yang berlebihan adalah satu masalah yang semua orang hadapi. Tidak kiralah jika anda berada di dalam industri hartanah atau mana-mana industri, situasi ini adalah penyakit yang sukar untuk diubati melainkan anda telah melakukan, merasai dan mencipta peluang didalam industri ini. Pernah kah anda terfikir, “mana satu tip yang saya harus ikut?” atau “sesetengah orang kata begini, ada pula yang kata jangan buat begini?” jadi mana satu yang betul?
Kita perlu bertenang dan teruskan proses mencari maklumat hartanah dengan membuat perbandingan. Pelaburan hartanah bersikap “universal” malah setiap keputusan di atas pembelian hartanah akan membawa kesan langsung dan tidak langsung pada persekitaran anda. Malah orang yang berpendapatan biasa atau makan gaji juga boleh dan mampu menceburi bidang pelaburan hartanah.
Sebelum melakukan sebarang pelaburan, tanya diri anda dahulu, apakah yang anda cari sebenarnya? dan apakah matlamat anda sebenarnya? Selepas itu… baru lah anda merancang bagaimana anda ingin merealisasikan matlamat anda. Pelaburan hartanah boleh dipelbagaikan seperti contoh kita beli sebuah apartment dengan bayaran bulanan RM400 selama 30 tahun dan apartment tersebut kita sewakan RM600 sebulan maka kita dapat duit lebihan sebanyak RM200. Bagaimana jika kita mempunyai 10 buah apartment dengan kadar sewa sama maka kita dapat RM2000 sebulan bersih daripada setiap sewaan dan RM24000 setahun serta setiap tahun kadar sewaan akan meningkat. Kita juga boleh menjual apartment tersebut apabila harga pasaran meningkat sebagai contoh kita membeli apartment tersebut dengan harga RM80,000 dan selepas 5 tahun disewakan kita jual apartment tersebut dengan purata harga sekitar RM120,000 bergantung faktor lokasi dan permintaan maka kita mempunyai purata keuntungan RM40,000.
Marilah kita melabur dalam industri hartanah dan dapatkan dulu tips pelaburan dari pelbagai sumber untuk memberikan kita pengetahuan penuh tentang industri ini untuk mengelakkan kita dari mengalami kegagalan.

PELABURAN HARTANAH



Kenapa kita perlu melabur dalam hartanah? Pelbagai hartanah yang terdapat di luar sana seperti rumah teres, apartment, kodominum, kedai dan lain-lain. Kita boleh menceburi bidang ini tetapi kita takut gagal, kenapa?

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom