Showing posts with label PINJAMAN. Show all posts
Showing posts with label PINJAMAN. Show all posts

12/24/2013

BLR Bakal Naik: BNM Rumus Ukuran Baharu Bagi BLR Tahun Depan

interst-image

Sekadar gambar hiasan

Bank Negara Malaysia (BNM) akan merumuskan satu rangka kerja bagi pengukuran Kadar Pinjaman Asas (BLR) tahun depan untuk memperkasakan lagi sistem kewangan negara.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata bank pusat itu akan mengeluarkan satu kertas perundingan yang menggariskan rangka kerja kadar rujukan baharu kepada industri awal Januari tahun depan, kerana ia perlu melaraskan dan bergerak ke arah kebaikan ekonomi selanjutnya.

“Kebelakangan ini, terdapat tanda-tanda bahawa BLR, sebagai satu kadar rujukan, telah menjadi kurang relevan.

“Justeru itu ia menjadi kurang bermakna sebagai asas bagi penetapan harga pinjaman. Kadar pinjaman runcit ke atas pinjaman-pinjaman baharu yang ditawarkan oleh industri berada pada diskaun yang besar berbanding BLR,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Sekolah Perbankan Asia di sini Rabu.

Zeti berkata BLR adalah unsur penting dalam proses pengantaraan kewangan dan perlu ditambah baik dari segi kecekapan, agar industri perbankan terus menepati matlamat mutakhir kewujudannya.
“Selama dua tahun kebelakangan ini, kadar pinjaman purata jauh lebih rendah daripada BLR. Ini kerana komponen BLR bukan sahaja mencerminkan kos pembiayaan, malah juga kos-kos lain seperti overhead.

“Rangka kerja baharu ini akan lebih berhubung kait dengan kos pembiayaan, terutamanya kos pembiayaan marginal, yang merupakan cara bank-bank menetapkan harga pinjaman masing-masing dan itulah sebabnya kadar pinjaman kurang daripada BLR yang sepatutnya merupakan kadar terbaik yang ditawarkan,” katanya.

Ditanya sebab BLR sebagai rujukan telah menjadi kurang relevan, Zeti berkata bank memasukkan semua kos lain di dalamnya, sedangkan kadar yang digunakan sebenarnya adalah kos pembiayaan marginal, yang bererti kos dana yang digunakan bagi pinjaman.

“Dalam persekitaran kadar faedah yang agak rendah sekarang, kos pembiayaan kurang daripada BLR. Justeru itu, BLR tidak digunakan sebagai kadar rujukan dan kita perlu menyemaknya, memandangkan ia kini kurang relevan,” tegas beliau.

Tentang kemungkinan kadar pinjaman berkesan bagi peminjam runcit dinaikkan ekoran rangka kerja baharu itu, Zeti berkata ia tiada kena mengena dengan paras kadar faedah.

“Cuma kita tidak mahu ada rangka kerja yang tidak relevan kerana ia harus mencerminkan kos dana dan menjadi asas bagi penetapan harga pinjaman kadar apung,” katanya.

Sementara itu, tentang inflasi, Zeti berkata bank pusat itu akan membuat penilaian ke atas kadar inflasi bagi tahun depan, disebabkan oleh kemungkinan berlaku kenaikan harga-harga lain.

“Dengan penilaian ini, ia juga akan memberi sebab kenapa harga telah meningkat. Kita perlu lakukan penilaian yang amat sukar.

“Seperti saya pernah kata sebelum ini, beberapa kenaikan harga mempunyai hubung kait dengan harga makanan. Tindakan amat perlu diambil untuk menambah baik pengeluaran dan pengagihan makanan,” tegas Zeti.

Beliau berkata perniagaan perlu benar-benar meningkatkan kecekapan untuk mengurangkan kos dan memastikan peningkatan input tidak dipindahkan kepada pengguna akhir dan pelanggan.

“Pelanggan dan pengguna juga perlu berjimat dan mengelakkan penggunaan tenaga dengan berlebihan.

“Jadi, kita juga perlu mengubah perilaku kita seiringan kenaikan harga minyak dan bahan api antarabangsa. Kita tidak boleh mengekalkan pemberian subsidi harga. Jadi, negara perlu menghadapi keadaan-keadaan ini, kata Zeti.

– BERNAMA

8/17/2012

Cadangan Imbuhan Perumahan Diselaras


Tahniah untuk Cuepacs dalam usaha murninya untuk membuat cadangan tentang pelarasan Imbuhan Tetap Perumahan bagi kakitangan awam termasuk faedah pinjaman rumah ke paras 1% sahaja yang sebelum ini sebanyak 4%.

Cadangan Cuepacs ini sudah pasti membawa berita gembira kepada majoriti kakitangan awam dan secara tidak langsung memberi peluang mereka untuk merancang atau memiliki rumah sendiri termasuk bayaran bulanan pinjaman akan murah dengan kadar faedah sebanyak 1% seperti yang dicadangkan.

Selain itu juga, Cuepacs mencadangkan elaun COLA juga turut diselaraskan kerana faktor ekonomi pada masa kini begitu mencabar terutama bagi mereka yang memperolehi pendapatan rendah atau sederhana yang bertugas di bandar-bandar utama.

Semoga cadangan Cuepacs ini dapat dipertimbangkan di dalam membantu kakitangan awam yang lebih dari separuh di seluruh Malaysia yang belum memiliki sebarang kediaman.

Cadangan Cuepacs, pelarasan :
Imbuhan Tetap Perumahan RM450
Elaun Bantuan Sara Hidup RM400
Kadar pinjaman perumahan 1%


8/16/2012

Bayar Pinjaman Rumah Untuk 10 Bulan Dalam Setahun


Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Adilfitri, sudah pasti pelbagai persiapan telah dilakukan. Pelbagai perancangan telah dibuat bagi mengelak sebarang pembaziran berlaku dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengatur bajet dengan tersusun mengikut keperluan yang utama.

Dalam pada itu, berita gembira kepada mereka yang berhajat membeli atau membuat pinjaman semula rumah kerana Bank Islam masih mengekalkan promosi yang dinamakan "Holiday Payment" kepada peminjam. 

Setiap peminjam untuk pembiayaan rumah layak untuk memohon pakej ini yang memberi kelonggaran dengan membayar untuk tempoh 10 bulan sahaja kecuali November dan Disember dalam setahun sepanjang tempoh pinjaman.

Ini adalah peluang untuk mereka berhajat mencari pinjaman perumahan yang sesuai kerana ia dapat membantu di dalam mengatur bajet di hujung tahun. Kebanyakan para peminjam memerlukan bajet lebih sedikit di hujung tahun sebagai persiapan untuk persekolahan anak-anak pada tahun depannya.

Terpulang kepada para bakal peminjam sama ada melihat pinjaman ini sesuai atau ingin mencari pinjaman lain, info ini sekadar perkongsian.

11/22/2011

Syarat Bank Ketat Tahun 2012

Oleh Shahrizan Salianshahrizan@bharian.com.my
Berkuat kuasa 1 Januari 2012

Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia semalam, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar.

Bagi memastikan seseorang pemohon pinjaman benar-benar memahami implikasi tanggungan pembiayaan yang bakal diambil, seterusnya membantu mereka membuat keputusan yang betul, garis panduan itu turut menetapkan supaya institusi kewangan memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon.

Ia termasuk jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil.

Garis panduan itu akan digunakan institusi kewangan bagi semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pembiayaan rumah, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pembiayaan peribadi termasuk overdraf serta pembiayaan untuk membeli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia.

Bagi pembiayaan kereta, selain penilaian kemampuan bayaran balik pemohon yang lebih ketat, garis panduan itu turut mengehadkan tempoh pembayaran balik maksimum sembilan tahun.

Syarat yang berkuat kuasa serta-merta itu dibuat kerana Bank Negara berpendapat, tempoh pembiayaan maksimum itu adalah sesuai dengan jangka hayat purata sesebuah kenderaan.

Ketika ini ada institusi kewangan yang menawarkan tempoh bayaran balik yang lebih panjang. Bank Negara dalam kenyataannya semalam berkata, garis panduan baru itu diperkenalkan bertujuan menggalakkan amalan memberikan pembiayaan secara berhemah, bertanggungjawab dan telus di kalangan institusi kewangan tempatan.

Bank pusat itu berkata, selain institusi kewangan yang diletakkan di bawah skop Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi akan turut melaksanakan garis panduan itu ke atas semua koperasi yang menyediakan pembiayaan kepada ahlinya.

Setakat akhir tahun lalu, pinjaman yang dikeluarkan kepada isi rumah berjumlah RM74.4 bilion dengan majoritinya adalah bagi tujuan membeli aset seperti rumah dan kenderaan.

10/10/2011

MBSB Lancar Pakej Baharu Pinjaman Peribadi Dan Perumahan



Malaysia Building Society Berhad (MBSB) melancarkan pakej baharu pinjaman peribadi dan perumahan dengan kadar tetap serendah 3.5 peratus.


Ketua Perniagaan Runcitnya, Azman Aziz berkata, sebagai sebuah institusi kewangan, MBSB sentiasa berusaha mempelbagaikan produk yang ditawarkan kepada pelanggan dan pelancaran pakej baharu itu adalah khas untuk kakitangan kerajaan dan orang ramai.


“Selain menawarkan pembiayaan dengan kadar berpatutan, peminjam juga berpeluang mendapat hadiah lumayan berupa Sijil Simpanan Tetap bernilai RM260,000.


“Malah, melalui pakej baharu ini mereka juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM100,000 melalui cabutan pada Jun 2012,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Pembiayaan Peribadi MBSB di sebuah pusat membeli belah di sini, semalam.


Menurut Azman, pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan MBSB juga menawarkan hadiah menarik iaitu peminjam berpeluang memenangi sebuah kondominium A’ Famosa, Melaka yang dilengkapi dengan perabot.


“Justeru, melalui pendekatan turun padang seperti ini dengan mengadakan karnival di beberapa negeri diharap dapat mendekati pelanggan dengan lebih mudah terutama dalam memberi informasi dan khidmat nasihat,” jelasnya.



Selain itu, Azman berkata, produk utama pembiayaan runcit MBSB iaitu Pembiayaan Peribadi-i menjadi penyumbang utama kepada peningkatan aset peminjam.


“Malah, pinjaman ini boleh juga digunakan untuk tujuan pendidikan, pelaburan dan perubatan,” katanya.


Sumber info : Utusan Online

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom