Showing posts with label KEWANGAN. Show all posts
Showing posts with label KEWANGAN. Show all posts

12/09/2012

Muflis Kerana Kad Kredit


Sekadar gambar hiasan

Pada hari ini telah ramai menggunakan kad kredit di dalam transaksi uruniaga di dalam mendapatkan produk dan perkhidmatan. Kemudahan ini memberi kuasa membeli di kalangan pengguna kad kredit dan setiap urusniaga menjadi lebih mudah dan selamat kerana pengguna tidak perlu membawa wang tunai.  

Dengan kecanggihan Teknologi ICT pada hari ini menjadikan setiap urusan lebih mudah dan cepat dengan pembelian atau pembayaran di atas talian menjadi pilihan para pengguna.  

Dengan penggunaan kad kredit yang tidak dikawal menyebabkan ramai telah diisytihar muflis kerana gagal menjelaskan bil kad kredit dalam masa 10 bulan pertama tahun ini. Jika dilihat berita dari utusan di bawah ini, jelas menunjukkan bahawasaya kemudahan kad kredit ini telah memerangkap seramai 6203 orang telah muflis disebabkan oleh kad kredit. 

Siapakah yang bersalah di situasi ini ?

          1. Pengguna Kad Kredit
          2. Pihak Bank (Pengeluar Kad Kredit)
          3. Agen atau Pegawai Bank Kad Kredit
          4. Peniaga atau Syarikat (Menawarkan urusniaga dengan kad kredit)

Tidak ada sesiapa yang bersalah di situasi ini tetapi sikap seseorang individu yang menggunakan kad kredit dengan mengikut kehendak nafsu tanpa mengawal perbelanjaan serta tidak mengukur kemampuan kewangan sebenar. 

Justeru itu, setiap individu terutama mereka yang baru di dalam alam pekerjaan perlu mencari dan menimbah ilmu pengurusan kewangan individu sebagai pendinding diri di dalam mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan lebih berkualiti untuk masa depan yang lebih cemerlang.   

8/31/2012

Bayar PTPTN RM50 Sahaja

PTPTN telah mengeluarkan kenyataan untuk membenarkan para peminjam yang kurang berkemampuan dengan hanya membayar serendah RM50.  Ini sudah pasti berita gembira untuk para peminjam untuk menunaikan kewajipan mereka di dalam membayar balik pinjaman.

Pihak PTPTN telah banyak membantu para graduan di dalam membiayai pengajian mereka di IPT sehingga tamat dan memperolehi Ijazah. Kini giliran para graduan pula untuk menunaikan janji untuk membayar pinjaman selepas memperolehi pekerjaan.

Usaha PTPTN ini adalah untuk membantu mereka yang mungkin tidak mampu untuk membayar semula pinjaman secara tetap kerana pelbagai masalah yang dihadapi seperti menjalankan tanggungjawab untuk menanggung keluarga, tidak mendapat pekerjaan tetap dan ada yang masih melanjutkan pelajaran.

Bagaimanapun, diucapkan syabas usaha murni PTPTN ini.

8/23/2012

Cabaran Kos Hidup Pada Hari Ini

Dalam keadaan global ekonomi yang semakin mencabar dengan kos sara hidup sentiasa meningkat saban tahun serta cabaran negara kita dalam usaha untuk menjadi negara maju dalam 2020. Situasi ini sudah pasti memberi impak pada gaya hidup harian kita yang mana nilai pendapatan kita mengecil secara perlahan dan kuasa beli juga menurun.


Dalam pada itu, kita terpaksa sentiasa menjadi perancang ekonomi untuk diri sendiri dan keluarga agar kita dapat menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini. Kenaikan harga pelbagai barang pada hari ini menyebabkan ramai orang akan menghadapi tekanan hidup terutama di bandar-bandar dan tidak terkecuali di kawasan pekan serta pendalaman.

Kehidupan mereka yang mempunyai pendapatan tinggi tidak menjadi masalah sangat berbanding mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah serta yang tidak mempunyai pendapatan tetap sudah pasti mengalami tempias yang sangat besar dengan kenaikan kos pada hari ini.

Bagaimanapun terdapat segelintir orang yang suka bergaya ala-ala orang berduit atau biar papa asalkan bergaya. Mereka inilah menyebabkan corak kehidupan menjadi tidak terancang dan tidak mempunyai simpanan untuk kegunaan akan datang.

Tetapi tidak juga terkecuali mereka yang benar-benar berusaha untuk mencari pendapatan dan mengurus hal ehwal keluarga namun masih hidup umpana kais pagi makan pagi. Golongan ini merupakan mereka yang sentiasa berusaha untuk maju tetapi tidak mempunyai ilmu strategik perancangan kewangan yang berkesan dan terdapat juga mereka mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian yang diperolehi.

Bagaimana kita ingin hidup selesa dengan faktor kos hidup yang sentiasa meningkat saban tahun dan pendapatan sedia ada yang diperolehi juga tidak mampu menampung keperluan hari ini. Langkah kebiasaan yang dilakukan oleh mereka yang menghadapi keadaan ini akan cuba mengawal atau mengurangkan perbelanjaan harian tetapi  kadang kala masih juga tidak mencukupi untuk menangkis kos sara hidup.

Tetapi pada hari ini juga terdapat golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana boleh meneruskan kehidupan dengan selesa dan seolah-olah mereka tidak merasa kesan kenaikan kos sara hidup.


Kenapa ini boleh terjadi ? kerana mereka telah pun bertukar cara berfikir iaitu dengan sentiasa mancari ilmu strategik kewangan untuk digunakan pada kehidupan mereka dan bergaul dengan mereka yang telah dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat kejayaan.

Mereka sentiasa berusaha merancang pengurusan kewangan dan mencari peluang atau berniaga untuk menambah pendapatan tanpa bergantung hanya pendapatan sedia ada. Dengan sentiasa berfikir positif dan bermotivasi untuk mencapai kemajuan menyebabkan kehidupan mereka dipenuhi dengan minda kejayaan.

Ini menyebabkan jiwa mereka sentiasa kental dan tabah di dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Dalam diri mereka, setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya maka walaupun kos sara hidup meningkat sudah pasti ada cara atau teknik penyelesaian di dalam menghadapinya dengan tenang.

Oleh itu marilah "Transformasi Minda" untuk berfikir positif dan kejayaan.

8/21/2012

Mari Berwakaf Secara Online

Salam semua,

Sempena Bulan Ramadhan ini saya nak share something yang saya baru terbaca dan terdengar mengenai
"wakaf online". Saya pasti ramai saudara seislam di sana, ramai nak wakafkan sesuatu. Tapi tidak tahu dimana dan bagaimana kan.


Laman web ini "Al- Waqf Lil Hayah" membolehkan kita berwakaf secara "online"

Kelebihan Al- Waqf Lil Hayah

Antara kelebihan Al -Waqf Lil Hayah adalah seperti berikut:-

1. Kemudahan pembayaran secara online melalui laman sesawang rasmi Al Waqf Lil Hayah yang berintegrasi dengan kebanyakan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).
2. Pewakaf boleh melihat jumlah wakaf yang telah dibeli melalui laman sesawang rasmi Al Waqf Lil Hayah pada bila-bila masa sahaja.
3. Nilai minimum hanya RM50 bagi setiap kaki persegi.
4. Wakaf boleh dibeli untuk diri sendiri, ahli keluarga, saudara mara atau untuk individu yang telah meninggal dunia.
5. Kemudahan pembayaran secara online melalui laman seSawang rasmi Islamic Aid Malaysia (IAM) yang berintegrasi dengan kebanyakan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).
6. Pewakaf boleh melihat jumlah wakaf yang telah dibeli melalui laman sesawang rasmi Al- Waqf Lil Hayah pada bila-bila masa sahaja.
7. Resit dan sijil Al-Waqf Lil Hayah akan diposkan ke alamat yang didaftarkan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
8. Resit Al -Waqf Lil Hayah yang dikeluarkan oleh Islamic Aid Malaysia adalah sah untuk pelepasan cukai pendapatan. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN (no.Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7040, Tarikh Kuatkuasa : 1 Julai 2011 , No Warta Kerajaaan : 25848, Tarikh Warta Kerajaan : 25 September 2011).

Insya’ALLAH akan mendapat RAHMAT & BERKAT daripada ALLAH S.W.T.


Laman web ini "Al- Waqf Lil Hayah"

Tolong forward kan kepada rakan anda, semoga kita semua mendapat rahmat bersama dari ALLAH

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa cari jer 'farid ever rich' mudah jer.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom Google PageRank
Checking tool
Sumber: Farred Property (Pakar Rumah)

Mentor Transformasi Kejayaan




Siapa dia "Dr. Azizan Osman", beliau tidak asing di kalangan mereka yang ingin menuju kejayaan. Beliau seorang Mentor Transformasi Minda ke arah Kejayaan yang banyak memberi motivasi dan teknik-teknik untuk mencapai kejayaan melalui penganjuran seminar yang dijalankan.

Kejayaan beliau di dalam penganjuran seminar telah terbukti hebat dengan kehadiran peserta-peserta yang ramai di setiap seminar yang dijalankan. Setiap seminar yang di adakan sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada setiap peserta yang hadir dengan kandungan modul yang banyak membantu dan teknik di dalam transformasi minda ke arah kejayaan serta sudah pasti luar biasa.

Untuk info lanjut bolehlah layari www.richworks.com.my

8/20/2012

Kenapa Perlu Buat Simpanan Dahulu


Selepas menerima gaji atau pendapatan, langkah pertama yang perlu dibuat adalah membuat simpanan secara tetap sebanyak 10% dari gaji yang diterima. Tetapi pada hari ini ramai orang yang mengamalkan sikap belanja dahulu barulah buat simpanan selepas itu. 

Walhal wang yang tinggal menyebabkan keinginan untuk menyimpan telah pun tidak timbul kerana baki yang ada tinggal sedikit atau cukup-cukup untuk belanja kehidupan seterusnya. Jika kita mengamalkan sikap belanja dahulu kadangkalanya gaji yang dilihat masih banyak menyebabkan kita gairah berbelanja sehingga barang tidak dalam senarai pun akan dibeli. 

Cuba kita tukar langkah buat dahulu simpanan barulah berbelanja, ini sudah pasti kita berjaya menyimpan untuk setiap bulan. Ini kerana kita melihat baki gaji yang tinggal kurang dari asal, secara automatik minda kita akan cuba mengawal perbelanjaan termasuk tidak membeli barang yang bukan dalam senarai atau cuba mengelak barang yang bukan keutamaan. 

Untuk kesejahteraan hidup, kita perlu mengubah disiplin berbelanja dan pengurusan kewangan diri dengan membuat simpanan dahulu sekurang-kurangnya 10% dari gaji yang diterima dan barulah berbelanja. Dengan minda separa sedar kita akan membawa ke arah berbelanja dengan lebih disiplin.


8/17/2012

Cadangan Imbuhan Perumahan Diselaras


Tahniah untuk Cuepacs dalam usaha murninya untuk membuat cadangan tentang pelarasan Imbuhan Tetap Perumahan bagi kakitangan awam termasuk faedah pinjaman rumah ke paras 1% sahaja yang sebelum ini sebanyak 4%.

Cadangan Cuepacs ini sudah pasti membawa berita gembira kepada majoriti kakitangan awam dan secara tidak langsung memberi peluang mereka untuk merancang atau memiliki rumah sendiri termasuk bayaran bulanan pinjaman akan murah dengan kadar faedah sebanyak 1% seperti yang dicadangkan.

Selain itu juga, Cuepacs mencadangkan elaun COLA juga turut diselaraskan kerana faktor ekonomi pada masa kini begitu mencabar terutama bagi mereka yang memperolehi pendapatan rendah atau sederhana yang bertugas di bandar-bandar utama.

Semoga cadangan Cuepacs ini dapat dipertimbangkan di dalam membantu kakitangan awam yang lebih dari separuh di seluruh Malaysia yang belum memiliki sebarang kediaman.

Cadangan Cuepacs, pelarasan :
Imbuhan Tetap Perumahan RM450
Elaun Bantuan Sara Hidup RM400
Kadar pinjaman perumahan 1%


8/05/2012

Persiapan Raya 2012

Sekadar gambar hiasan

Begitu pantas bulan rahmadan berlalu, sedar tak sedar sudah lebih 15 hari kita menjalani ibadah puasa. Dalam pada itu juga kebanyakan peniaga dan kedai menjalankan pelbagai promosi termasuk diskaun harga sehingga 80% sempena jualan sambutan Hari Raya. 

Kita sebagai pengguna perlu bijak memilih produk yang dijual di pasaran agar tidak terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Majoriti pengguna membeli produk untuk Raya tanpa kawalan kerana beranggapan pada masa kinilah sesuai untuk membeli belah dengan diskaun yang diberikan. Jika tidak ada kawalan, kemungkinan besar akan berlaku pembaziran dan menjejaskan bajet untuk meneruskan kehidupan harian selepas Hari Raya. 

Oleh itu, buatlah pilihan bijak di dalam berbelanja sempena Hari Raya ini.   

"Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Hari Raya 2012"

6/13/2012

Panduan Membeli Rumah Untuk Semua

Sekadar gambar hiasan


Membeli atau menyewa? Jika seseorang atau pasangan diberi pilihan diantara membeli atau menyewa, sudah pasti jawapannya adalah membeli. Jawapan ini berdasarkan prinsip jika menyewa, rumah tersebut bukan menjadi milik anda! Jika berkemampuan, pastinya anda akan mencari lokasi kediaman yang sesuai sebelum membelinya.
Artikel ini memberikan sedikit panduan kewangan dan bukan kewangan kepada anda mengenai beberapa pertimbangan rasional yang boleh dilaksanakan untuk memiliki rumah.

Panduan Kewangan
Pertimbangan pertama yang perlu anda lakukan ialah pembiayaan yang perlu dibelanjakan untuk memiliki rumah. Bertanyalah kepada diri anda adakah anda berkemampuan untuk membayar wang pendahuluan dan bayaran bulanannnya?

Contoh: -
Pengiraan bayaran balik pinjaman perumahan (bermula 1 Januari 2003, diandaikan pinjaman dibuat mulai 2003):
Harga rumah RM180,000
Tempoh bayaran balik pinjaman 20 tahun
Jumlah pinjaman bank RM150,000
Baki sebanyak RM30,000 (dari simpanan sendiri atau KWSP)
Faedah pinjaman 6.6% setahun
Pengiran jumlah bayaran balik pokok: RM150,000 x 6.6% x 20 tahun RM198,000
Bayaran pokok (bulanan) RM198,000 = RM825 (12 x 20)
Pengiraan bayaran balik faedah (sehari): RM150,000 x 6.6% x 1/365 = RM27.12


Oleh itu, jumlah bayaran balik pinjaman untuk sebulan (contoh: Januari 2003): RM27.12 x 31 hari = 840.72 + pokok RM825 = RM1,665.82
Bayaran faedah di kira berdasarkan hari dan kaedah yang digunakan ialah baki berkurangan. Ini bermakna, pada peringkat awal pembayaran pinjaman, anda perlu membayar jumlah yang banyak berbanding tahun-tahun terakhir.
Bayaran mulai bulan Januari 2004 hingga Disembar 2004 akan berkurangan. Bayaran pokok masih sebanyak RM825 sebulan. Bayaran faedah = RM150,000 � (RM825 x 12) x 6.6% x 1/365 = (RM150,000 - 9,900) x 6.6% x 1/365 = RM25.33 sehari
Jumlah bayaran balik pinjaman untuk sebulan (Januari 2004) = (RM25.33 x 31 hari) + pokok RM825 = RM785.23 + RM825 = RM1,610.23
Berbincang bersama pasangan (suami atau isteri), cara terbaik membayar ansuran rumah. Tidak salah jika menetapkan gaji siapa yang akan digunakan untuk membayar ansuran rumah. Dicadangkan gaji suami, supaya gaji isteri boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan lain seperti kereta dan perbelanjaan harian.

Contoh: -
Suami
Gaji: RM3,000 (kasar) sebulan
KWSP (9%): RM270 sebulan
Ansuran pinjaman perumahan RM750 sebulan
(25% daripada gaji bulanan)
Gaji bersih bulanan = RM(3,000-270-750) = RM1,980

Isteri
Gaji: RM2,500 (kasar) sebulan
KWSP 9%: RM225 sebulan
Ansuran pinjaman kereta RM400 sebulan
Gaji bersih bulanan = RM(2,500-225-400) = RM1,875

Kesimpulan: Keluarga ini masih ada baki sebanyak RM3,855 sebulan (RM1,980 + RM1,875) untuk dibelanjakan. Belanja-belanja lain yang perlu dibayar ialah utiliti, petrol, pembakan dan penelenggaraa rumah dan kereta, dan perlanjaan persekolahan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa kemudahan pinjaman diberi kepada anda berdasarkan kemampuan anda untuk membayarnya setiap bulan. Buat pengiraan terlebih dahulu sebelum meminjam.

Bincangkan keuntungan membeli rumah sendiri. Walaupun anda harus membayar lebih berbanding dengan menyewa, keuntungan yang akan diperolehi biasanya lebih tinggi berbanding sewa. Selain itu, anda juga boleh menyewakan kediaman itu jika perlu. Contoh: Apabila anda sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat lain atau majikan anda telah menyediakan tempat tinggal secara percuma atau dengan bayaran minimum.

Contoh: -
Rumah disewakan pada kadar bulanan sebanyak RM1,400
Bayaran ansuran pinjaman bank RM750
Cukai tanah dan taksiran RM500
Pembaikan dan penyelenggaraan RM1,000

Keuntungan yang diperoleh daripada penyewaan rumah sendiri:
Sewa RM1,400 x 12 bulan = RM16,800
Tolak:Bayaran ansuran pinjaman bank RM 9,000 (RM750x12)
Pembaikan dan penyelenggaraan RM 1,000
Cukai tanah dan taksiran RM 500
Lebihan RM 6,300

Anda memperoleh pendapatan sampingan sebanyak RM525 (RM6,300/12) sebulan.
- Berbincang berkenaan dengan biaya tambahan yang harus dikeluarkan juga apabila ingin memiliki rumah. (contoh: wang KWSP, jualan saham, pinjaman dari keluarga atau ibu bapa yang mampu)
- Berbincang juga jika anda memerlukan kerja untuk mengubah suai dan membaiki sekiranya rumah tersebut mengalami masalah. Terutama sekali jika anda bercadang untuk menyewakannya.
- Jika kewangan anda terhad, jangan terburu-buru untuk mengubahsuai. Kekalkan rumah mengikut rekaan asal. Apa yang penting, anda perlu menjaganya supaya sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.
- Kos-kos lain seperti belanja gumana, duti setem, dan premium insurans perlu diambilkira

Jadual pertama Solicitors Remuneration Order 1991 telah menetapkan bayaran kepada peguam dalam urusan jual-beli rumah seperti berikut:
- 1 peratus ke atas RM100,000 yag pertama
- 0.5 peratus ke atas RM4,900,000 yang berikutnya
- 0.25 peratus ke atas baki

Pihak peguam hanya boleh mengutip bayaran yuran guaman (fee) sama ada daripada pembeli atau penjual, bukan daripada kedua-duanya.

Duti setem pula dikenakan ke atas dokumen pindah milik berdasarkan harga beli, seperti berikut:
- 1 peratus ke atas RM100,000 yang pertama
- 2 peratus ke atas RM400,000 yang berikutnya
- 3 petatus ke atas RM1,500,000 yang berikutnya
- 4 peratus ke atas baki

Berapakah jumlah yang mampu anda bayar?
Sebagai panduan, lazimnya bayaran pinjaman hendaklah dalam lingkungan 25 peratus hingga 33 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Ini juga bergantung kepada hutang-hutang lain yang anda tanggung (seperti ansuran pinjaman kenderaan).
Apakah had yang dikenakan bagi sesuatu pinjaman?

Contoh: -
Terdapat bank-bank komersil yang menghadkan umur peminjam antara 18 hingga 60 tahun. Jika umur melebihi 50 tahun, biasanya bank akan hanya membenarkan 50 peratus daripada harga rumah. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman perumahan ialah 35 tahun. Jika tempoh bayaran balik singkat, jumlah bayaran balik adalah tinggi tetapi faedah yang dikenakan tidak terlalu tinggi.

Panduan Bukan Kewangan
Berikut pula adalah panduan yang lebih terperinci untuk diambilkira sebelum anda membuat keputusan membeli rumah kediaman. Sebagai pembeli, anda perlu mengetahui aspek yang penting dalam proses untuk memiliki rumah supaya tidak terpedaya dengan taktik-taktik pemaju perumahan yang menawarkan pelbagai umpan untuk memastikan supaya rumah mereka terjual.

Beberapa aspek penting ada dikemukakan oleh Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang perlu diambilkira oleh seseorang pembeli. Diantaranya ialah:
- Pemaju perumahan perlu mempunyai lesen yang sah dan masih berkuatkuasa.
- Pemaju perumahan mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa.
- Kenalpasti jenis rumah yang diiklankan.
- Surat perjanjian jualbeli untuk tanah dan bangunan (Landed Property) ialah 24 bulan, seperti rumah berkembar, rumah teres dan rumah banglo. Surat perjanjian jualbeli untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided building) ialah 36 bulan. Bangunan ini termasuk rumah pangsa, apartment, kondominium dan rumah bandar (town house).

Pembeli dinasihatkan supaya mendapatkan risalah secara percuma dari pemaju perumahan untuk mengetahui semua maklumat penting mengenai projek tersebut seperti lesen, permit, kawasan, pejabat pemaju dan sebagainya.

Selain fakta di atas, bakal pembeli perlu mengambilkira hak milik tanah iaitu:
1) Hak milik perseorangan
2) Hak milik perkongsian
3) Hak milik syarikat
4) Hak milik strata

Status tanah juga perlu diketahui ialah:
1) Rizab Melayu (Malay Reserve)
2) Hak milik kekal (Freehold)
3) Pajakan 99 tahun (99 years lease)

Apabila anda mendapat maklumat berhubung pembukaan kaunter jualan rumah yang diiklankan, anda perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada pemaju perumahan dengan mengambilkira langkah berikut:
- Brosur projek perumahan secara percuma.
- Luas bangunan (rumah).
- Kedudukan rumah yang akan dibina.
- Tarikh rumah dijangka siap.
- Keadaan permukaan tapak di mana bangunan yang akan didirikan (seperti permukaan tapak yang berbukit, tanah bekas lombong, tanah paya)
- Contoh surat perjanjian jual beli.
- Teliti spesifikasi bahan pembinaan (tidak terlalu ramai pembeli yang prihatin tentang perkara ini)
- Rujukan nombor kelulusan pelan bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Anda perlu mengetahui hak dan kepentingan sebagai pembeli yang terdapat dalam surat perjanjian jual dan beli rumah. Maklumat tersebut haruslah yang mudah difahami.

Perkara-perkara berikut perlu diambil kira dalam proses membeli rumah:
- Isi perjanjian jualbeli rumah dirujuk menerusi Jadual G dan H di dalam Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.
- Pembeli perlu menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli pada masa pembayaran pertama iaitu 10% harga rumah dibayar kepada pemaju.Anda harus memastikan bahawa tarikh pembayaran pertama dan Surat Perjanjian Jualbeli adalah tarikh yang sama.
- Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran pun tanpa Surat Perjanjian Jualbeli.
- Anda pastikan tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh arkitek atau jurutera yang bertauliah.
- Jika anda (pembeli) atau pembiayaan (end financier : contoh bank) anda gagal membayar ansuran dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, anda sebagai pembeli boleh dikenakan faedah oleh pemaju. Ianya dikira dari hari atas kadar 10 peratus setahun ke atas ansuran tidak berbayar.
- Anda sebagai pembeli perlu diingatkan bahawa kegagalan anda untuk membayar ansuran dan faedah dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, ia membolehkan pemaju menamatkan perjanjian jualbeli.
- Pembeli diingatkan supaya membayar bayaran untuk perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan longkang, potongan rumput di rizab jalan hanya akan dibuat mulai tarikh pemilikan kosong untuk tanah dan bangunan.
- Pembeli bertanggungjawab membayar cukai tanah, cukai taksiran serta caj lain ke atas harta yang dibeli mulai tarikh Perjanjian Jualbeli.
- Semasa penyerahan pemilikan kosong rumah dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Menduduki Bangunan (CF) daripada pihak berkuasa tempatan.
- Pembeli hanya boleh menduduki rumah tersebut apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CF) dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
- Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, ianya boleh dilakukan selepas mendapat CF dan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.
- Jika pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan, pemaju hendaklah membayar gantirugi kepada pembeli. Gantirugi dikira dari hari ke hari dengan kadar 10 peratus setahun daripada harga beli rumah.
- Pembeli boleh menuntut bayaran gantirugi daripada pemaju berkenaan sebelum tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (serah kunci) yang disebut dalam Perjanjian Jualbeli.

Kesimpulan: -
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah, cuba buat sedikit perbandingan mengenai semua segi. Terutamanya harga rumah tersebut. Pemaju yang berlainan akan menawarkan harga yang berlainan. Mahal atau murah bergantung kepada lain-lain kemudahan yang disediakan. Dinasihatkan jangan sekali-kali anda terburu-buru dalam membuat keputusan. Pembelian rumah merupakan pelaburan besar dan lama. Proses yang terlibat dalam pembelian adalah rumit jika hendak dibandingkan dengan proses membeli sebuah kereta.

Oleh : Prof. Madya Faridah Ahmad, FCCA

Link http://puspanita.motour.gov.my/panduan-kewangan/137-panduan-membeli-rumah-.html

6/12/2012

Info Wang Hantaran Perkahwinan Terkini


Zaman sekarang penuh dengan cabaran yang mendatang termasuk kenaikan kos sara hidup. Dengan peningkatan kos sara hidup ini menyebabkan kos wang hantaran perkahwinan juga meningkat naik. Info nilai wang hantaran perkahwinan ini diperolehi dari laman sosial Facebook.

Jika kenyataan ini dijadikan panduan untuk meletakkan nilai hantaran sudah pasti ia memberi beban kepada bakal pengantin terutama bagi pihak lelaki. Bagaimanapun bagi orang lelaki perlu berusaha untuk membuat simpanan dari mula-mula masuk ke alam pekerjaan. Sesetengah orang tidak pernah membuat sebarang simpanan semasa mula-mula masuk alam pekerjaan, malah mereka lebih utamakan mencipta hutang seperti pinjaman peribadi, kad kreadit dan pinjaman kereta yang lebih banyak menjurus ke arah  situasi negatif.

Maka kesedaran awal perlu ada untuk setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan semasa memulakan kerjaya atau bekerja. Mereka perlu belajar mula menambung atau menyimpan dan menambah ilmu pengurusan kewangan peribadi yang boleh dijadikan asas untuk berjaya di dalam mengharungi kehidupan yang lebih bahagia satu hari nanti.

Simpan biar sedikit tetapi lama-lama menjadi bukit.


6/10/2012

Melangkah Sebagai Jutawan Hartanah

Sekadar gambar hiasan

Ramai orang di luar sana mengimpikan untuk menjadi seorang yang kaya atau jutawan yang sukses. Tetapi kebanyakkan kita membayangkan bahawasanya dengan menjalankan perniagaan sendiri sahaja yang layak untuk bergelar jutawan.

Bagaimanapun bagi mereka yang bekerja atau makan gaji juga layak untuk bergelar jutawan. Gelaran jutawan adalah gelaran milik semua orang tetapi kita perlu merancang dan mencari peluang di dalam mencapai impian tersebut.

Bagi mereka yang bekerja dengan makan gaji boleh melabur dalam bidang hartanah untuk melangkah ke arah Jutawan Hartanah. Bunyinya agak mustahil jika kita tidak mempunyai ilmu pelaburan hartanah tetapi tidak mustahil bagi mereka yang sudah memiliki ilmu tersebut.

Apabila kita melabur dalam hartanah maka dalam masa yang sama kita telah mencipta hutang atau komitmen untuk menbayar pinjaman tersebut. Tetapi harus diingat bahawasanya membeli hartanah kemudian disewakan secara tidak langsung pinjaman tadi menjadi pinjaman baik atau positif kerana  hartanah tadi telah disewakan bertukar menjadi "Mesin Mencipta Wang".

Membina portfolio hartanah menjadikan seseorang tersebut melangkah untuk bergelar sebagai seorang Jutawan. Tetapi bagaimana ? Jawapannya mudah sahaja, kita melangkah untuk membeli sebarang hartanah yang menpunyai nilai semasa RM100K-RM150K kemudian disewakan untuk mendapatkan pendapatan pasif yang digunakan untuk membayaran pinjaman hartanah tadi. Selang beberapa tahun nilai hartanah tersebut meningkat ke paras RM200K. Dalam masa yang sama kita mencari dan membina portfolio hartanah yang sama dengan nilai yang sama sehingga hartanah yang dimiliki sebanyak 5 unit. Apabila setiap hartanah bernilai RM200K seunit maka untuk 5 unit hartanah menjadikan nilai keseluruhan adalah RM1 juta lebih.

Secara tidak langsung sebelah kaki kita sebagai pelabur hartanah telah melangkah ke arah status jutawan dan sebelah kaki lagi berada disebelah kerana hartanah tersebut masih lagi mempunyai pinjaman atau gadai janji. Jika hartanah ini dikekalkan di dalam portfolio kita sehingga pinjaman tersebut diselesaikan dengan pendapatan sewa yang diperolehi.

Satu hari nanti selepas pinjaman hartanah tersebut selesai maka secara rasminya kita boleh bergelar atau memiliki status "Jutawan" secara penuh kerana memiliki aset yang bernilai melebihi RM1juta ke atas. 

Untuk mereka di luar sana, mulakan dengan langkah pertama di dalam membina portfolio hartnah dan selamat melangkah sebagai "Jutawan Hartanah".

4/29/2012

Bolehkah Hidup Dengan Gaji Rendah

Sebagai gambaran untuk mengharungi kehidupan pada hari ini, bolehkah kita hidup dengan gaji RM1,500 sebulan pada hari ini.

Jawapannya "Boleh", jika kita masih bujang dan tidak mempunyai sebarang tanggungan lagi kerna kita yang mencorakkan sebarang perbelanjaan.

Bagaimana jika kita sudah mempunyai tanggungan atau berkahwin, sudah semestinya kos kehidupan secara automatik meningkat naik. Pelbagai cara perbelanjaan dicorakkan tetapi masih juga tidak mencukupi.

Bagaimana untuk menghadapi situasi seperti ini yang menyebabkan kebanyakan individu akan tersepit dalam kehidupan. Oleh itu kita perlu menambah atau meningkatkan ilmu tentang pengurusan kewangan.

Dengan berbekalkan ilmu tersebut barulah kita lebih mudah untuk merancang kawalan kewangan kita atau cuba menambah sumber pendapatan lain.

Kita juga perlu meningkatkan motivasi diri untuk melakukan sebarang pendapatan kedua atau seterusnya yang mana pendapatan tersebut dapat meringan bebanan kehidupan dan menambah sumber simpanan bagi digunakan semasa kecemasan.

4/24/2012

Bayar Untuk Diri Sendiri

Sekadar gambar hiasan

Kata-kata motivasi sebagai pembakar semangat kita untuk memajukan diri dengan memahami maksud kekayaan untuk diri sendiri.

Secara ringkasnya setiap usaha dan penat lelah kita di dalam menghasilkan pendapatan yang diperolehi seperti gaji atau perniagaan perlu untuk dibayar pada diri sendiri dahulu, kerna jika kita tidak pada diri sendiri dahulu kemungkinan besar pendapatan yang diperolehi akan habis dengan begitu saja.

Bagi memperkayakan diri kita, perlu mengamalkan perbelanjaan seperti membayar zakat serta sedekah (derma) 2.5% - 7.5%, buat dulu simpanan 10% - 20% dan bakinya barulah  di belanjakan secara berhemah dengan mengutamakan keperluan.

Buat dahulu simpanan, barulah baki pendapatan dibelanjakan.

4/18/2012

Cukai Pendapatan Sewa Rumah


Setelah tahun 2011 berlalu dengan keuntungan tuai dari pendapatan "Sewa Rumah" selepas ditolak kos keuntungan bank, kos penyelenggaraan, insuran, cukai pintu dan kos berkaitan maka baki pendapatan yang dikira bersih telah menjadi pendapatan bagi mana-mana Tuan Rumah.

Pendapatan yang bersih dari sewa rumah perlu dikira pendapatan peribadi bagi setiap Tuan Rumah yang perlu di dalam taksiran cukai 2011. Menjadi tanggungjawab Tuan Rumah di dalam mengira cukai bagi bahagian pendapatan sewa di dalam Borang "E-Filling" https://e.hasil.gov.my/ sebelum 30 April 2012.

Oleh itu, kepada semua Tuan Rumah perlu menyimpan semua resit yang berkaitan rumah sewa untuk ditolak pada taksiran cukai.

Semoga semua pelabur hartanah akan sukses pada masa-masa akan datang.

4/17/2012

Pameran Minggu Saham di Kompleks Sukan Kota Kinabalu


Jom beramai-ramai datang ke Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada hujung minggu ni untuk melihat peluang pelaburan. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk tetamu yang hadir termasuk peluang untuk memenangi beberapa hadiah yang menarik.

MSAM 2012 memberi pendedahan kepada orang awam betapa pentingnya simpanan dan pelaburan di dalam menjana ekonomi keluarga pada abad ini yang semakin mencabar.

3/13/2012

Mencari Rekabentuk Rumah Banglo

Ramai orang di luar sana mempunyai impian untuk memiliki rumah berstatus Banglo tetapi hanya berapa orang sahaja yang mampu untuk membelinya. Ini kerana harga rumah banglo yang dimajukan oleh pemaju pasti harganya melepasi nilaian jutaan ringgit. Justeru itu hanya mereka yang tergolong dalam hartawan dan koporat sahaja yang mampu untuk memilikinya.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan sederhana hanya mampu untuk membeli rumah teres, apartment atau flat. Bagaimanapun kita masih berpeluang untuk memiliki rumah banglo dengan cara membinanya sendiri melalui tanah warisan atau dibeli sendiri di kawasan kampung halaman  dengan kos tidak sampai pun setengah juta ringgit. Tidak mustahil untuk membina rumah banglo dengan kos yang rendah tetapi dengan syarat kita terpaksa turut berkorbankan masa, tenaga dan lain-lain.

Apabila kita sudah memiliki tanah, sudah pasti pelan atau rekabentuk rumah pula perlu disediakan. Ini pasti mengambil masa sedikit kerana kita perlu mencari design, pelukis pelan dan arketik rumah serta kontraktor. Untuk memudahkan kepada mereka yang ingin membina rumah banglo di tapak tanah sendiri bolehlah layari website ini http://www.pelanbanglo.com/ untuk mendapatkan sebarang info tentang rekabentuk rumah banglo.


Terdapat banyak lagi website yang menyediakan perkhidmatan pelan rumah tetapi yang saya tonjolkan ini sekadar rujukan atau panduan sahaja dan bukan tujuan promosi web tersebut.

Ini hanya sekadar membantu kepada pembaca blog ini untuk mendapatkan maklumat.

3/10/2012

Rancang Kewangan Dengan Pelarasan Gaji


Tahniah untuk semua Kakitangan Awam kerana menerima pelarasan gaji sehingga 13% yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Perhimpunan Khas Bersama Kakitangan Awam.

Pelarasan ini telah menambah pendapatan kakitangan awam disertakan dengan kenaikan elaun COLA dan lain-lain intensif dikekalkan selepas Skim SPBA dimansuhkan.

Ini bermakna kakitangan awam akan menerima tunggakan gaji yang dikira mulai Januari 2012 dan gaji baru dijangka akan diterima pada Mac atau April ini.

Kenaikan gaji ini diterima dengan kesyukuran dan kegembiraan di kalangan kakitangan awam. Tetapi belum lagi kenaikan tersebut diterima, bermacam-macam impian telah pun dirancang terutama pinjaman peribadi dan membeli kereta. Apa pun dirancang harus dilihat kesan dari semua sudut agar perancangan tersebut tidak menjejaskan pengurusan kewangan peribadi.

Dalam pada itu ada yang telah merancang untuk membuat pinjaman untuk membeli tanah, bina rumah, modal perniagaan dan menaik taraf perniagaan sedia ada.

Tahniah untuk yang merancang ke arah yang membuat pinjaman bagi menjana duit masuk yang boleh dinamakan "Pinjaman Baik"

Rancang kewangan peribadi dengan berkualiti agar pelarasan gaji ini tidak menjadi beban untuk anda.

2/07/2012

Melabur dan Menambung di Tabung Haji

Pada minggu lepas Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan kadar bonus 6% untuk tahun 2011. Syukur alhamdulliah kadar tersebut telah meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak 0.5%.

Pengumuman itu telah menambah keyakinan kepada para pelabur untuk menambah simpanan mereka di Tabung Haji.

Pada hari ini telah ramai menyedari kepentingan melabur dan menyimpan di Tabung Haji kerana sambil menunggu bonus setiap tahun, kita juga boleh mendaftar untuk mengerjakan haji mengikut masa giliran nanti.

Minimum simpanan perlu ada RM1,300 untuk berdaftar haji dan simpanan tersebut tidak boleh dikeluarkan kerana jika dikeluarkan maka giliran haji kita akan kira batal.

Jom melabur dan menyimpan di tabung haji sambil memasang niat akan mengerjakan haji satu hari nanti apabila giliran kita tiba.

Bertindaklah dari sekarang jangan tunggu umur lanjut barulah hendak daftar haji.

2/06/2012

Perkhidmatan Pengurusan Kewangan AKPK

“Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup” adalah misi AKPK.

AKPK adalah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara di dalam memberi bantuan kepada orang awam di dalam pendidikan kredit dan kewangan terutama bagi mereka yang mempunyai banyak masalah kewangan pada masa kini.

Dengan itu, adalah menjadi matlamat AKPK untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangka khas untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka lalu mendapatkan ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

AKPK juga menyediakan bahan-bahan pendidikan kewangan tentang penggunaan kredit yang wajar dan pengurusan wang asas selain tip-tip berkaitan penggunaan kredit secara lebih bertanggungjawab.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.akpk.org.my

11/22/2011

Erti Kebebasan Kewangan

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan... atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)

Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000. :-

1. Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.

2. Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000

3. Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan

Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Oleh : Irfan Khairi
(Sumber diterima melalui email Saya)

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom