Pinjaman untuk membiayai rumah adalah langkah kedua untuk difikirkan selepas membuat tempahan untuk membeli sesebuah rumah sama ada menggunakan pinjaman bank atau pinjaman kerajaan bagi yang kerja dalam sektor awam.
Di sini saya ingin berkongsi tentang pinjaman rumah melalui bank. Kadang kala kita perlu bertindak sendiri untuk memilih pinjaman mana yang terbaik. Tetapi kita juga berharap agar semua urusan dilakukan oleh jurujual atau broker rumah tersebut, yang kita tunggu hanya proses tandatangan perjanjian S&P dan pinjaman bank sahaja.
Untuk seseorang pembeli yang bijak dia akan membuat beberapa perbandingan pakej pinjaman walaupun kebanyakkannya mempunyai persamaan tetapi ada juga perbezaan setiap pakej yang ditawarkan. Terdapat dua jenis pinjaman iaitu biasa dan islam yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian dan pakej yang menarik.
Pinjaman bank yang ingin saya syorkan sini adalah secara Islam kerana pakej tersebut telah pun saya pernah ambil iaitu melalui Pembiayaan Perumahan-i (Bank Islam). Apa yang menarik sangat dalam pakej Bank Islam tawarkan adalah bayaran “Rehat” (Holiday Payment) untuk 2 bulan setiap tahun. Ini bermaksud kita hanya perlu bayar bulanan pinjaman untuk 10 bulan sahaja dan 2 bulan ditangguhkan dahulu. Pembayaran “Rehat” ini adalah untuk bulan November dan Disember bagi setiap tahun maka dengan duit lebihan komitmen untuk bayaran rumah itu bolehlah digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak2 untuk bulan Januari tahun berikutnya.
Bagi mereka yang pertama kali membeli rumah boleh mencuba pinjaman ini kerana buat permulaan membayar pinjaman rumah menyebabkan kita sedikit kesukaran untuk mengawal perbelanjaan bulanan kerana bajet kita mungkin tersasar sedikit tetapi selepas beberapa bulan barulah perbelanjaan kita akan stabil.
Tetapi bagi mereka yang ingin membuat pinjaman perumahan melalui bank buatlah pemilihan yang terbaik dan pinjaman yang saya syorkan ini cuma sebagai panduan mungkin ada lagi pinjaman terbaik di luar sana.
Salam Sejahtera saya ucapkan kepada En. Zairizal,
ReplyDeletesaya ingin bertanya, adakah seorang pekerja swasta berstatus kontrak boleh membuat pinjaman perumahan di mana2 bank? Bank mana yang encik boleh cadangkan?
Sekian. Terima kasih.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ini..
ReplyDeleteSemua orang layak untuk memiliki atau membeli rumah, untuk mengesahkan saudara layak memohon pinjaman, datanglah ke mana2 bank serta bawa segala dokumen spt slip gaji, borang pedptn tahunan, surat jawatan dan lain2 berkaitan,katakan kp pgawai bank bahawa saudara mau membeli rumah tp hendak tengok dulu kelayakan, pihak bank akan buat penilaian untuk melihat komitment saudara spt tanggungan atau hutang kereta, tempoh bekerja dan lain2 pendptan (side income), Utk bank yg kira menarik kini mempunyai pakej pinjaman rumah Islamik ialah bank CIMB berdasark keuntungan BFR 4.35% dan tiada Lock-in period, promosi hingga Jun 2011, info ni baru sy perolehi dr pegawai bank di CIMB Inanam dlm minggu lepas.
Salam saya ucapkan dan terima kasih atas cadangan yang Encik berikan.
ReplyDeleteWalaubagaimanapun begitu, saya bukan beragama Islam dan saya berbangsa sino yang mempunyai nama keluarga berbangsa cina. Adakah saya layak mendapat pembiayaan dibawah pakej Islamik?
Salam 1 malaysia,
ReplyDeletepinjaman berlandaskan islamik terbuka untuk semua, bukan untuk orang islam saja, perbezaan pinjaman islamik dengan konvensional adalah bayaran utk islamik adalah tetap, sbgai contoh saya sendiri tahun pertama RM189, tahun kedua RM378 dan tahun ketiga serta seterusnya RM442 hingga akhir bayaran dan dihujung bayaran barulah kira balik yang kurang atau lebih, mcm saya ada sebuah loan dengan bank islam, sy bayar tetap tp skg ni loan saya tu ada 2 bulan advance payment sbb ada rebat, yg penting kita bayar bulanan itu adalah tetap, manakala konvensional byarn turun naik merujuk BLR bank negara,mungkin bulan ni bayar RM450, mungkin bulan depan RM460 atau mungkin tahun depan RM500 atau turun, semua bergantung pada faktor ekonomi negara, jika turun maka interest bank akan naik dan bayaran bulanan mungkin turut naik.... harap membantu saudara... ini cuma skadar cadangan untuk saudara, dapatkan lagi info dr sumber lain...
slmt pagi en. rizal tahir,
ReplyDeletesaya ingin bertanyakan secara lebih mendalam tentang pinjaman perumahan ni..rasa sangat memerlukan bantuan dari orang yang pakar seperti encik..sekarang dalam proses mencari rumah yang sesuai dan mungkin ke bank untuk berurusan dalam masa yang terdekat..harap encik boleh meluangkan sedikit masa kiranya dalam membantu saya..saya tinggalkan no phone sya supaya encik bila2 boleh menghubungi sya nanti...0168138205-rizal judin
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete