Kenapa kita perlu buat perjanjian sewa rumah?
Perjanjian sewa rumah adalah amat penting untuk dibuat kerana kita perlu menulis semua yang telah dipersetujui antara tuan rumah dengan penyewa. Perjanjian dibuat adalah untuk melindungi kepentingan tuan rumah agar penyewa bersama-sama bertanggungjawab ke atas maklumat dalam perjanjian tersebut seperti bayaran sewa, tarikh membayar sewa, kepentingan menjaga rumah dan lain-lain yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangi oleh kedua-dua pihak.
Setiap perjanjian hendaklah disediakan 2 – 3 set yang mana setiap pihak perlu ada untuk simpanan selepas ditandatangi dan dimatikan setem hasil. Jika melibatkan agen hartanah maka 3 set perjanjian diperlukan dan jika tuan rumah dengan penyewa maka 2 set sahaja diperlukan.
Perjanjian ini kita boleh disediakan sendiri dengan mengambil contoh sedia ada daripada pihak peguam, agen hartanah atau kawan-kawan yang telah menjalankan sewaan rumah. Selepas pihak tuan rumah dan penyewa tandatangani perjanjian maka untuk pengesahan perlu didaftarkan dan dimatikan setem hasil di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Selepas dimatikan setem pada perjanjian maka ia menjadi sah dan tuan rumah dan serta penyewa perlu bertanggungjawab ke atas semua yang termaktub dalam perjanjian. Bagaimana pun semua kos pengurusan seperti mematikan setem perlu ditanggung oleh pihak penyewa dan boleh dimasukkan di dalam perjanjian yang disediakan.
Setiap perjanjian sewa dibuat adalah untuk melindungi kedua-dua pihak terutama bagi pihak tuan rumah kerana tuan rumah telah mengeluarkan modal besar di dalam menyediakan rumah untuk disewakan iaitu 10% deposit dan lain-lain kos serta bertanggungjawab membayar pinjaman ke pihak bank. Manakala penyewa bertanggungjawab untuk membayar sewa rumah sahaja dan hanya menyediakan modal kecil iaitu deposit masuk rumah.
Maka itu perjanjian sewa rumah perlu dibuat untuk melancarkan proses penyewaan setiap bulan.
No comments:
Post a Comment