5/12/2011

Apartment di Lokkawi Naik 10%

Sekadar gambar hiasan

Tengahari tadi saya menerima panggilan dari seorang jurujual pemaju SUDC untuk meminta saya memaklumkan kepada seorang kawan yang berminat bagi membeli apartment jenis penthouse kerna terdapat sebuah lagi tinggal yang mana sebelum ini telah di booking oleh seorang pembeli tetapi pinjamannya tidak lulus.

Jurujual cuba menghubungi kawan saya tadi tetapi tidak dapat, maka dia menelefon saya untuk memaklumkan kepada kawan saya tentang apartment tersebut dan membuat keputusan segera dalam minggu ini kerna pada Isnin depan pihak syarikat akan menaikkan harga apartment tersebut sebanyak 10% untuk semua jenis apartment.

Dengan ini harga apartment penthouse tersebut akan meningkat dari RM96700 kepada RM106370. Ini menunjukkan bahawa tanda-tanda harga hartanah mula naik sebanyak 10% dalam tahun 2011 ini seperti yang telah dilaporkan awal tahun ini.

Dalam hal ini kawan saya mula pening memikirkan tentang apartment ini kerna saya memaklumkan dia juga tidak ada lagi apartment jenis ini berharga bawah harga RM100K di sekitar Kota Kinabalu.

Saya juga mencadangkan kepada kawan tersebut untuk pergi ke bank pagi esoknya (Jumaat) untuk menilai kemampuan pinjaman dan hari Sabtunya tengok apartment tersebut kalau ok buat bayaran booking untuk mendapatkan harga sebelum dinaikkan.

Harap-harap dia berjaya........

3 comments:

  1. Tuan, silalah update sikit tentang perumahan Taman Papar Jaya yang sekarang start construction..komen sikit tentang isu harganya yg agak tinggi sedangkan lokasi cuma di Papar..Tp xda pilihan..Saya dalam proses utk. membeli, tp tak tau lagi kelulusan bank mcmna..

    ReplyDelete
  2. ni yg seblh jabtn air baru tu ka? memang sy tengok hargany mengejutkn, lokasi papar tp harga mcm di bandar besar. Susah utk diramalkn situasi dengn hargny kerna hrga rumah kadng kalany bergantung pada saiz rumah iaitu tnah, makin luas tnahny maka makin mahal harga rumahny, bgaimnpun pekan papar akan berkembng pesat satu hari nanti dgn kemajuan di Kimanis, malah kimanis dlm pebinaan pun menybbkn apartment di melinsung suda mula mendpt permintan. dr kabar urg, pemaju wong kok telah pun membeli tanah di area benoni utk mbina perumahn di sana bg menampung permintaan di kimanis pd satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ulasan mu, bro..agaknya pasal kemajuan yg dijangka melonjak di Kimanis yg membuatkan tanah2 d Papar semakin melambung2 harganya..Menurut developer tue, 5 tahun dr. skrg..lot intermediate pun mencecah setengah juta pada masa depan..

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom