Untuk mencapai kejayaan dalam hidup maka kita perlu melihat atau berkawan dengan mereka yang telah pun berjaya. Jadikan mereka yang telah berjaya sebagai contoh atau mentor untuk kita mengikut langkah untuk berjaya.
Seseorang sukar berjaya jika tidak melihat kejayaan orang lain kerana apabila kita melihat kejayaan orang lain maka minda separa sedar kita akan meningkatkan minda positif dalam jiwa untuk berusaha untuk mencapai kejayaan.
Melihat mereka yang berjaya juga menjadikan motivasi kita untuk berjaya juga meningkat dan sentiasa mencari langkah atau peluang di dalam mencipta sebarang kejayaan.
Maka untuk berjaya, ikutlah dengan mereka yang telah pun berjaya dengan kejayaan yang dicapai.
No comments:
Post a Comment