12/31/2011

Selamat Tinggal Tahun 2011

Sekadar gambar hiasan

Masa pantas berlalu meninggalkan kita, pejam celik - pejam celik tahun 2011 kini berada di penghujungnya. Beberapa peristiwa telah berlaku sepanjang tahun ini termasuk kejayaan dan kegagalan. Pelbagai rintangan telah dilalui oleh kita dan dugaan yang tidak dijangka juga hadir sebagai cabaran hidup yang perlu ditempuhi.

Sepanjang 2011 ini, apakah pencapaian yang kita kecapi atau hanya ia berlalu begitu saja atau kegagalan yang diperolehi. Tahniah untuk anda yang berolehi kejayaan di tahun ini, tingkatkan usaha anda dengan lebih strategik bagi yang beroleh kegagalan dan bangun dari mimpi untuk anda yang sentiasa berangan-angan menjadi kaya tetapi tidak mahu berusaha.

Setiap kejayaan yang diperolehi perlu ditingkatkan lagi untuk tahun hadapan agar kejayaan yang lebih besar dapat diperolehi.

Setiap kegagalan ada hikmahnya tetapi janganlah kecewa dengan kegagalan tersebut, mungkin ia sebagai pemangki semangat dan motivasi diri untuk berusaha agar berjaya pada tahun depan.

Manakala bagi mereka yang hanya menghadapi sepanjang tahun 2011 tanpa sebarang usaha dan matlamat, maka bangkitlah dari mimpi yang sentiasa mengharapkan sesuatu kejayaan datang bergolek, janganlah bermimpi di siang hari. Tidak ada pun sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha kerna pencapaian atau kejayaan perlu ada usahanya. Jangan berharap rezeki dari Tuhan semata-mata tanpa sebarang usaha memajukan diri dilakukan.

Setiap insan mempunyai peluang dan ruang untuk berusaha lebih maju untuk mencapai kejayaan di dalam hidup ini.

2 comments:

  1. As salam... Saya selalu mengikuti tulisan saudara di blog yang mana memberi sedikit sebanyak input pelaburan terutama dalam bidang hartanah.. Saya pon baru dlm bidang ini dan banyak yang perlu dibelajar... Sekarang ni tgh hot ttg jual beli tanah utk buat banglow yang mana tanah yang dibeli biasanya kongsi nama dalam satu geran yg besar. ini disebabkan membuat rumah dgn tanah sendiri lebih murah berbanding membeli ready made house. Mungkin saudara boleh bagi sedikit sebanyak komen dan input proses pecah geran, penukaran nama, penukaran title tanah, kebaikan dan keburukan membuat rumah sendiri dsbnya.. tq

    ReplyDelete
  2. W'salam kerna menjadi peminat di blog saya ini, Memang membuat rumah d atas tanah yang dibeli lebih murah dan kebiasany semasa urusan membeli tanah tersbut nama pembeli akan dimasukkn kdlm geran bersama. Kelemahan utuk membuat rumah di geran yang ramai pemilikny ialah kita x dpt membuat loan buat rumah kecuali dgn personal loan. Manakal beli tanah dgn geran tunggal akan lebih mahal. Bagaimanapun utk memecah geran perlu merujuk dan permohonan kepada jabtan tanah, bg tanah title NT hanya org bumiputra shj bole mbeliny, utk mempercpatkn proses kita perlu mlantik juru ukur swasta untuk sukat sempadan tanah terutama bhg yg dibeli.
    Untuk perjelasan lanjut bole juga merujuk kpd http://www.mindahartawan.com/ atau saudara Hafizal beliau lebih pakar pasal tanah

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom