Jalan-jalan meninjau perumahan baru jenis Semi-D dan teres yang baru siap dibina di Taman Flamingo Mengatal. Rekabentuk rumah sangat menarik dan suasana taman juga aman serta damai kerna kedudukan taman jauh dari kesibukan. Sudah pasti para pembeli rumah tidak sabar untuk memasuki rumah masing-masing.
Perkongsian ilmu dalam pelaburan hartanah dan motivasi ke arah kejayaan kehidupan serta Keusahawanan
9/23/2012
9/20/2012
Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap pembentangan
Bajet 2013 lebih memberi tumpuan terhadap membantu rakyat berpendapatan
sederhana memiliki kediaman sendiri. Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pengumuman bajet yang
memberi keutamaan kepada rakyat memiliki rumah sangat dinanti-nantikan.
Beliau menambah, pembinaan lebih banyak rumah mampu milik dilihat
dapat membantu golongan berpendapatan sederhana RM3,000 hingga RM6,000
sebulan untuk memiliki rumah sendiri.
"Sekiranya pembinaan rumah mampu milik ini dapat ditingkatkan kepada
30,000 hingga 50,000 unit, peluang rakyat yang inginkan kediaman sendiri
akan cerah, sekali gus mengurangkan tekanan kepada keperluan asas itu,"
katanya ketika ditemui selepas menghadiri Golden Bull Award 2012 di
sini hari ini.
Tambahnya, agak mustahil untuk memiliki rumah mampu milik di kawasan berstatus tinggi dan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
"Saya cadangkan agar tanah Kerajaan Persekutuan yang masih terbiar
digunakan untuk membina rumah-rumah tersebut seperti di Sungai Buloh,"
katanya. Bagaimanapun kata beliau, di pinggir bandar pembinaan rumah berharga tidak melebihi RM300,000 masih banyak.
9/17/2012
Lawat Homedec 2012 di One Borneo
Kesempatan cuti hujung minggu diambil dengan melawat pameran Homedec 2012 yang berlangsung di One Borneo Mall. Pelbagai produk rumah dipamerkan untuk menjadi pilihan kepada para pemilik kediaman.
Pameran ini sudah pasti memberi ilham kepada pemilik kediaman yang berkira-kira untuk memberi sentuhan atau make-up agar kediaman menjadi lebih harmoni dan selasa.
9/16/2012
Selamat Hari Malaysia 2012
Selamat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2012 yang penuh makna untuk kita duduk di negara yang tercinta ini. Dengan kedaulatan negara kita pada hari ini memberi semua peluang untuk hidup aman dan damai.
Kesempatan itu juga memberi peluang kita untuk mengorak langkah dan mengatur strategi mencipta kejayaan di bumi tercinta ini. Maka itu kita perlu mempertahankan kedamaian dan kemakmuran yang kita warisi pada hari ini.
"Selamat Hari Malaysia 2012"
9/14/2012
HOMEDEC 2012 di 1 Borneo Mall Sabah
Jom datang beramai-ramai ke 1 Borneo pada hari Sabtu ini untuk melihat Home Decoration Exhibition 2012 yang berlangsung selama 15 - 17 September 2012. Sudah pasti pelbagai ubahsuai yang menarik untuk menjadi pilihan kepada para penghujung.Selain itu juga pelbagai aktiviti akan dijalankan dan para penghujung berpeluang untuk merebut hadiah yang ditawarkan. Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari http://www.homedec.com.my
9/13/2012
Meninjau Taman Baru di Beaufort
Hari ini saya dengan seorang rakan sekerja membuat lawatan dan menilai seorang pelajar yang sedang membuat kerja-kerja pendawaian di sebuah taman perumahan baru di Beaufort. Sambil itu, sempatlah juga saya meninjau persekitaran rumah dan mengambil gambar.
Rekabentuk rumah sangat menarik dengan kelebaran dalam 22kaki dan terdapat 3 bilik di bahagian atas serta family hall. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi, jadi tidak perlu merebut-rebut semasa ingin menggunakan bilik mandi. Dari maklumat diperolehi harga rumah ini semasa perlancaran bermula RM280,000 untuk bahagian tengah tetapi kini tidak dipastikan dengan nilai semasa.
Bagaimanapun bagi pembeli rumah di taman ini sudah pasti tidak sabar menanti siapnya rumah impian mereka.
9/02/2012
Rumah Sahabat Yang Sedang Dalam Pembinaan
Secara kebetulan sempat melawat rumah seorang sahabat di kampung yang sedang
dalam pembinaan. Rumah ini sudah hampir siap 98% dengan rekabentuk yang
sangat menarik dan terpegun apabila melihatnya.
Untuk memiliki rumah
seumpama ini, mungkin hanya mimpi di siang hari atau impian yang mungkin
tidak akan tercapai. Tetapi untuk menyimpan azam untuk memiliki rumah
seperti ini tidak menjadi salah malang ia sebagai pembakar motivasi
untuk sentiasa berusaha.
Tanamkan impian untuk kita berusaha dan berjaya seperti sahabat ini.
9/01/2012
PROPEX SHAREDA 2012
Ekspo Hartanah anjuran SHAREDA sedang berlangsung di Sabah Trade Center dari 30 Ogos - 2 September 2012 dan masa pameran adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
Beberapa pemaju dan syarikat mengambil bahagian di dalam expo ini yang mempamerkan unit-unit hartanah yang hendak dijual seperti rumah teres, apartment, kondominium, lot kedai dan lain-lain. Pelbagai aktiviti juga dijalankan di Expo ini untuk memeriahkan lagi suasana pameran.
Jom ke Expo SHAREDA untuk mencari rumah idaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kalkulator Pinjaman Rumah
Kalkulator Pinjaman
Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank