10/19/2014

Kaitan Pekerjaan dengan Otak Kanan Dan Kiri




Kebanyakan orang pada hari ini memilih bekerja dengan makan gaji, bagaimanapun terdapat juga mereka yang menjalankan perniagaan atau pelaburan. Bagaimanakah penggunaan otak seseorang yang lebih aktif sama ada otak kiri atau minda kanan atau kedua-duanya. 

Mereka yang bekerja makan gaji dan bekerja sendiri lebih cenderung menggunakan otak kiri iaitu banyak menggunakan tenaga. Manakala mereka yang memiliki perniagaan atau pelaburan lebih aktif menggunakan otak kanan.

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dan dibayar upah maka ia dinamakan makan gaji manakala bekerja sendiri atau menjalankan sesuatu perniagaan seperti restoran, kedai runcit, gerai burger, kedai gunting rambut dan lain-lain yang memerlukan masa untuk membuka dan menutup permis perniagaan serta tenaga juga tergolong dalam otak kiri.

Pemilik perniagaan adalah golongan yang menggunakan otak kanan seperti hotel, insuran, networking, restoran berfrancise, sewaan dan lain-lain. Manakala golongan yang terlibat dalam pelaburan seperti hartanah, saham, equity, emas dan lain-lain adalah mengaktifkan otak kanan.

Maka itu, menurut beberapa motivator terkemuka menyatakan bahawasanya mereka yang mengaktifkan otak kanan adalah tergolong mereka yang menuju ke arah kekayaan atau jutawan. 

Oleh itu marilah kita sama-sama mengaktifkan otak kanan seperti melabur dalam hartanah atau apa sahaja mengikut keperluan dan minat seseorang yang ingin berstatus jutawan.

-DZR-

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom