Inilah waktu terbaik untuk beli rumah / hartanah- bila ekonomi jatuh!
Walaupun ramai “jutawan” akan menjadi “bukan jutawan” bila ekonomi jatuh, di waktu yang sama, ramai juga yang “bukan jutawan” akan menjadi “jutawan” oleh kerana bijak mengambil peluang ekonomi jatuh.
The simple formula: Bila ekonomi jatuh, harga rumah akan jatuh. Harga rumah jatuh oleh kerana akan terdapat ramai “distress” seller atau mereka yang memiliki rumah, terpaksa jual rumah mereka pada harga rendah kerana tak mampu membayar balik bank. Sebagai pelabur bijak, kita perlu cari rumah-rumah begini (yang mempunyai lokasi yang baik), dan tawarkan harga terbaik untuk membeli.
Beri masa, dan ekonomi pastinya akan perbetulkan sendiri, rumah yang kita beli pada harga murah, akan menjadi mahal dengan lebih cepat. Bila kita jual balik, keuntungan pun berganda-ganda!
Ini adalah salah satu cara Azizi Ali menjadi jutawan bertahun-tahun yang lalu. Ketika sekitar 1990-an Malaysia mengalami krisis ekonomi. Beli pada harga “bargain”, dan jual bila ekonomi naik semula.
So, bagi mereka yang mempunyai wang lebih, this is the best time untuk membeli rumah dan melabur pada hartanah!
Soalan: Er… camne kalau takde wang? IK & Azizi boleh la sebab ada sen…
Bagi yang takde simpanan, jangan dijadikan alasan untuk tidak buat apa-apa. 10 tahun lalu ketika krisis ekonomi, saya sendiri pun takde wang dan tak boleh beli sebarang rumah. Duduk pun di flat takde bilik! tetapi, waktu itu, saya kata pada diri sendiri, krisis ekonomi seterusnya, I must have money to buy houses!
Jadi, 10 tahun lepas, saya “melepas” daripada mengambil tindakan kerana takde wang. Tidak lagi sekarang oleh kerana saya telah sediakan diri untuk mengambil peluang ini.
Jadi nasihat saya, bagi anda yang tidak berpeluang membeli rumah kali ini, anggap ini sebagai satu “panggilan” untuk tidak melepaskan peluang membeli rumah ketika krisis ekonomi yang akan datang. Mana tahu, 10 tahun… 15 tahun akan datang. So, mulakan perniagaan (perniagaan Internet menjual informasi is a good one!), mulakan simpanan… perlu prepare for that seperti mana saya prepare myself sejak 10 years ago
ps: Baru semalam saya beli satu lagi rumah di KL. Yea…
No comments:
Post a Comment