Tahniah untuk semua Kakitangan Awam kerana menerima pelarasan gaji sehingga 13% yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Perhimpunan Khas Bersama Kakitangan Awam.
Pelarasan ini telah menambah pendapatan kakitangan awam disertakan dengan kenaikan elaun COLA dan lain-lain intensif dikekalkan selepas Skim SPBA dimansuhkan.
Ini bermakna kakitangan awam akan menerima tunggakan gaji yang dikira mulai Januari 2012 dan gaji baru dijangka akan diterima pada Mac atau April ini.
Kenaikan gaji ini diterima dengan kesyukuran dan kegembiraan di kalangan kakitangan awam. Tetapi belum lagi kenaikan tersebut diterima, bermacam-macam impian telah pun dirancang terutama pinjaman peribadi dan membeli kereta. Apa pun dirancang harus dilihat kesan dari semua sudut agar perancangan tersebut tidak menjejaskan pengurusan kewangan peribadi.
Dalam pada itu ada yang telah merancang untuk membuat pinjaman untuk membeli tanah, bina rumah, modal perniagaan dan menaik taraf perniagaan sedia ada.
Tahniah untuk yang merancang ke arah yang membuat pinjaman bagi menjana duit masuk yang boleh dinamakan "Pinjaman Baik"
Rancang kewangan peribadi dengan berkualiti agar pelarasan gaji ini tidak menjadi beban untuk anda.
No comments:
Post a Comment