Mahal la rumah kat PJ..baik ko cari rumah dekat area2 Nilai jer..situ murah2 lagi”
“Aku cadangkan baik ko beli rumah teres yang ada tanah… Kalo ko beli kondo, nanti bulan2 kene bayar maintenance fee..Bukan skali bayar..Setiap bulan kot…”
“Design rumah ni lawa la… Aku suka, tapi lokasi pulak kurang menarik..”
Itulah persoalan yang acap kali timbul dalam minda kita sewaktu memilih hartanah untuk dibeli. Setiap rumah atau hartanah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai contoh; kemungkinan besar rumah A memenuhi spesifikasi yang kita mahukan tetapi malangnya, harga rumah itu terlalu mahal dan di luar kemampuan kita.
Jika dibandingkan pula apartment B yang lebih murah dan mempunyai lokasi bagus, apartment B tidak memenuhi ciri-ciri rumah idaman kerana kita tidak berminat dengan rumah bertingkat atau “non-landed property”. Sesungguhnya, pilihan untuk membeli rumah terletak pada citarasa individu itu sendiri. Tetapi, tahukah anda ciri-ciri yang perlu dititikberatkan dalam setiap ‘survey’ yang telah dijalankan? ikuti artikel ini;
1. Harga
Tidak dapat dinafikan, harga menjadi faktor utama seseorang membeli hartanah. Hal ini kerana harga rumah akan menentukan
1) Jumlah pendahuluan (downpayment) yang perlu dibayar (kebiasaanya 10-20%).
2) Jumlah ansuran bulanan (monthly installment) yang perlu dibayar dan jumlah ini akan menjadi komitmen pembeli untuk tempoh waktu yang panjang.
2) Jumlah ansuran bulanan (monthly installment) yang perlu dibayar dan jumlah ini akan menjadi komitmen pembeli untuk tempoh waktu yang panjang.
Kemampuan untuk membeli rumah yang mahal bergantung kepada tahap kewangan anda dan begitulah sebaliknya. Sebaik-baiknya, bakal pembeli perlulah membuat ‘homework’ sendiri terlebih dahulu tentang pakej pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank kerana setiap bank mempunyai pakej pinjaman yang berlainan.
2. Pemaju (Developer)
Percaya atau tidak, rekod kerja (track record) pemaju dalam pembinaan projek-projek hartanah menjadi kayu ukur nilai hartanah itu tinggi atau tidak pada masa hadapan. Nama-nama seperti UM Land, I&P, SP Setia dan IJM memang diakui mempunyai ‘class’ tersendiri dalam mana-mana projek perumahan. Kebiasaannya hartanah-hartanah daripada pemaju kelas A sedikit tinggi berbanding yang lain, namun mutu dan kualiti projeknya amatlah memuaskan.
Hal ini tidak bermakna pemaju-pemaju yang kurang ‘terkenal’ ini tidak mampu membina rumah-rumah yang bagus. Masih lagi bagus! Cuma rekod-rekod lepas mampu memberi sekelumit keyakinan tentang pelaburan hartanah kita.
3. Lokasi
Lokasi yang berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah, pasaraya, hospital dan klinik kesihatan, balai polis, bank, bengkel kereta, stesen LRT, lapangan terbang, stesen bas, kedai-kedai makanan dan sebagainya menjadi faktor pilihan pada ramai pencari hartanah? Ditambah lagi jika terselit nama-nama seperti Petaling Jaya, KLCC,Mutiara Damansara, dan Shah Alam menjadikan alamat rumah atau pejabat itu lebih menarik. Tetapi perlu beringat, lokasi yang bagus bakal menjadikan kos milikan sedikit tinggi malah mungkin harga hartanah itu di luar kemampuan kita.
4. Pegangan rumah (freehold vs leasehold)
Biasanya, rumah ‘freehold’ lagi mahal dari rumah leasehold. Selain itu, rumah ‘leasehold’ amat sukar untuk dijual apabila jangka masa pajakan semakin berkurangan. Tetapi, disebabkan rumah ‘leasehold’ yang kebiasaanya murah, rumah ‘leasehold’ sesuai untuk pelaburan sewaan malah mampu menyumbang pendapatan pasif (passive income) kepada pemilik. Ia merupakan salah satu jenis pegangan hartanah yang menguntungkan.
5. Jenis rumah
Apartment? Kondominium? Bungalow? Semi-D? Teres? Satu tingkat? Dua tingkat? TIGA tingkat???
Faktor pemilihan hartanah banyak ditentukan oleh citarasa pembeli. Ada juga sesetengah pembeli membeli rumah untuk tujuan persaraan, rumah yang besar dan luas akan dipilih mengikut kemampuan dan jumlah bilik dan bilangan ahli keluarga menjadi panduan semasa membuat penilaian.
Faktor pemilihan hartanah banyak ditentukan oleh citarasa pembeli. Ada juga sesetengah pembeli membeli rumah untuk tujuan persaraan, rumah yang besar dan luas akan dipilih mengikut kemampuan dan jumlah bilik dan bilangan ahli keluarga menjadi panduan semasa membuat penilaian.
Bagi ‘landed property’, saiz kawasan yang luas biasanya memberi nilai tambahan kepada bakal pembeli. Contohnya, saiz 26 x 72 menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan 20 x 68. Tetapi sekali lagi perlu diingatkan faktor ini bergantung kepada kemampuan kita.
6. Lain-lain
Aspek keselamatan perlu dilihat sebelum rumah tersebut dibeli. Sebagai contoh. Jika rumah kondominium itu dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam dan rekod jenayah di kawasan tersebut amat rendah, peluang untuk nilai kondominium itu meningkat amatlah tinggi dan kemungkinan besar, kawasan itu sangat kondusif untuk diduduki.
Potensi pembangunan kawasan sekitar juga boleh meningkatkan nilai hartanah terbabit. Contohnya, banyak pembangunan hartanah di Selangor telah bertumpu pada daerah Bangi. Secara tidak langsung, kawasan seperti Kajang dan Nilai telah menerima impak positif secara tidak langsung melalui projek-projek ini.
Walaubagaimanapun, kriteria-kriteria pemilihan rumah amatlah subjektif dan bergantung kepada prioriti setiap individu. Untuk membantu bakal pelabur memilih hartanah, bersama ini saya sertakan satu senarai semak (checklist) untuk para pelabur membuat pilihan yang tepat dan bijak.
Selamat mencuba!
Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
Sumber:
Farred Property
No comments:
Post a Comment