Sebarang perancangan kewangan untuk pelaburan perlu bermula dengan ilmu sebelum kita mula melabur.
Bagaimana kita mencari ilmu tersebut ? Dengan perkembangan pada masa kini pelbagai medium yang boleh kita guna untuk menambah ilmu atau mencari ilmu yang dikehendaki.
Bagaimanapun sebelum kita perolehi ilmu tersebut maka perlulah buat perlaburan pertama iaitu mengeluarkan wang poket sendiri. Salah satu medium ilmu yang mudah adalah membeli buku berkaitan kewangan atau pelaburan yang ingin diceburi maka secara tidak langsung duit perlu dilaburkan untuk ilmu.
Maka marilah kita hadir ke mana-mana pameran buku kerana setiap pameran tersebut pasti menjanjikan ilmu baru untuk kita.
No comments:
Post a Comment