2/20/2012

Taman Perumahan Baru di Takis ?

Minggu lepas sempat melawat sebuah Taman Perumahan Baru yang tidak mempunyai "Tanda Nama Taman" yang terletak berhampiran dengan Kampung Takis Papar.

Kedudukan taman ini di sebelah kiri dan sukar dilihat dari jalan utama dari pekan ke kampung tersebut. Terdapat lebih 20 buah unit rumah teres dan sebuah rumah banglo.

Sambil tu tertanya-tanya juga, siapa pemaju taman ini dan adakah lagi rumah yang belum terjual atau baru hendak dilancarkan.

Dari segi rekabentuk rumah seperti di taman perumahan di Kampung Sungai Padang.

Harap-harap ada lagi unit yang mahu dijual.









4 comments:

  1. Syabas kpd saudara Rizal kerna memberi byk info ttg perumahan di papar or sekitar dgnya kpd org ramai..saya ingin menanya kpd saudara Rizal ttg Perumahan Tmn Seri Alam Papar sekira saudara tau bagaimana hendak membeli atau menyewa di kawasan tersebut. Saya sgt tertarik dgn sebuah lot corner di sana yg mana saya nampak mcm tidak ada pembeli atau ntah memang kosong barangkali kerna sa nampak tidak ada sambungan letrik pada rumah tersebut..saya sangat berminat untuk mengetahui siapa kah owner/ developer/ or mcmna hendak membeli or menyewa ruham di sana. Sekarang ni rumah saya adalah daripada Govt loan dan saya jg ingin tahu manalah tau sekiranya Rizal boleh memberi tahu kpd saya apa cara utk memiliki lg sebuah rumah atau ada mana2 peruntukan yg boleh digunapakai utk memiliki rumah kedua..Saya sgt la tidak tau mcmna caranya. sila bantu saudara rizal

    ReplyDelete
  2. salam sukses dan terima kasih kerna mejadi pembaca blog ni, saya sekadar utk perkongsian umum kerna ramai lagi yang masih kabur tentang pelaburan hartanah.

    Untuk makluman tuan, kebiasany rumah yg kosong suda dibeli cuma kadang kala pelabur yang berduit ini, diorg simpan dahulu rumah tersbut sebelum dijual semula selpas nilai semasa meningkat.

    sila rujuk untuk pemaju taman sri alam
    http://www.shareda.com/members_kk_view.cfm?mem_id=60

    untk loan seterusny bolelah cuba guna bank terutama yang menyediakan loan pakej islamik

    Sekian, tq

    ReplyDelete
  3. encik rizal boleh inform sy rumah teres utk di sewa d papar

    ReplyDelete
  4. saya dari Perbendaharaan, mungkin boleh jawab sikit tentang pemilikan rumah kedua melalui govt loan.

    kalau mau beli rumah kedua, rumah pertama hendaklah habis bayar dahulu dan kelayakan untuk loan rumah kedua adalah baki daripada kelayakan ppinjaman terdahulu (kelayakan - nilai pinjaman pertama yang diluluskan = jumlah pinjaman kedua)

    tq. apapun, boleh berhubung dengan Unit PInjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia Sabah di Wisma Persekutuan

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom