Membeli rumah taman sebelum dilancarkan memberi keuntungan yang berlipat kepada pembeli pertama yang menempah. Harga rumah yang belum dilancarkan akan lebih murah berbanding jika taman tersebut dilancarkan. Harga rumah sentiasa meningkat dari setiap peringkat dari harga sebelum dilancarkan, kemudian harga pelancaran, harga mengikut proses pembinaan dan akhirnya harganya meningkat naik selepas rumah siap serta mendapat sijil layak menduduki.
Maklumat yang pernah saya perolehi pada satu projek perumahan lepas untuk rumah 2 tingkat yang mana sebelum dilancarkan harga yang ditawarkan bermula RM130,000, selepas dilancarkan harganya telah meningkat ke RM160,000 kemudian harga terus meningkat semasa proses pembinaan untuk peringkat menanam cerucuk (Piling) ke RM180,000. Selepas peringkat pembinaan konkrik harganya naik lagi sekitar RM220,000 dan akhir sekali harga rumah naik lagi selepas taman tersebut mendapat sijil layak menduduki ke harga terakhir RM280,000. Pada ketika saya menulis info ini, harga semasa rumah yang dimaksudkan adalah pada paras RM320,000 keatas.
Untuk makluman para rakan-rakan blog, situasi ini yang saya alami untuk salah sebuah rumah yang saya pernah beli. Saya mendapat harga di tengah semasa membeli rumah tersebut tetapi masih bersyukur kerana nilai semasanya telah pun meningkat naik dan kadar sewanya naik sekitar RM800 - RM1200.
No comments:
Post a Comment