Sekadar gambar hiasan
Pada hari ini telah ramai menggunakan kad kredit di dalam transaksi uruniaga di dalam mendapatkan produk dan perkhidmatan. Kemudahan ini memberi kuasa membeli di kalangan pengguna kad kredit dan setiap urusniaga menjadi lebih mudah dan selamat kerana pengguna tidak perlu membawa wang tunai.
Dengan kecanggihan Teknologi ICT pada hari ini menjadikan setiap urusan lebih mudah dan cepat dengan pembelian atau pembayaran di atas talian menjadi pilihan para pengguna.
Dengan penggunaan kad kredit yang tidak dikawal menyebabkan ramai telah diisytihar muflis kerana gagal menjelaskan bil kad kredit dalam masa 10 bulan pertama tahun ini. Jika dilihat berita dari utusan di bawah ini, jelas menunjukkan bahawasaya kemudahan kad kredit ini telah memerangkap seramai 6203 orang telah muflis disebabkan oleh kad kredit.
Siapakah yang bersalah di situasi ini ?
1. Pengguna Kad Kredit
2. Pihak Bank (Pengeluar Kad Kredit)
3. Agen atau Pegawai Bank Kad Kredit
4. Peniaga atau Syarikat (Menawarkan urusniaga dengan kad kredit)
Tidak ada sesiapa yang bersalah di situasi ini tetapi sikap seseorang individu yang menggunakan kad kredit dengan mengikut kehendak nafsu tanpa mengawal perbelanjaan serta tidak mengukur kemampuan kewangan sebenar.
Justeru itu, setiap individu terutama mereka yang baru di dalam alam pekerjaan perlu mencari dan menimbah ilmu pengurusan kewangan individu sebagai pendinding diri di dalam mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan lebih berkualiti untuk masa depan yang lebih cemerlang.
No comments:
Post a Comment