4/26/2013

Rumah Lelong Jadi Pilihan Pada Masa Kini

Pada hari ini rumah berstatus lelong menjadi sasaran pembeli atau pelabur hartanah kerana harganya lebih murah dari nilai pasaran. Dengan harga rumah yang tinggi di Sabah ini menyebabkan rumah lelong pula menjadi pilihan. 

Pada 20 April 2013 yang lepas saya telah hadir satu Lelongan Rumah telah dibuka dan sebanyak 9 buah rumah bakal dilelong tetapi 5 buah rumah telah pun "Call Off" dan hanya 4 buah saja yang tinggal untuk dibida. 

Ramai bidder yang datang pada hari tersebut dan hanya 2 orang saja bertuah memiliki rumah yang dilelong. Seorang bidder telah berjaya memiliki 3 buah apartment 2 bilik di Melinsung Resort Beach Apartment walaupun ada saingan dari bidder yang lain. 

Saya ketika itu hanya duduk diam melihat gelagat bidder2 yang bersaing untuk memiliki rumah yang dibida dan nombor yang ditangan hanya dipegang sebagai perhiasan.

Tahniah untuk bidder yang berjaya.





4 comments:

  1. Assalamualaikum... Sy tertarik untuk melabur dalam hartanah ni... Dah lama pasang niat sejak tahun 2010 tp masih blur dan takut untuk mulakan langkah pertama... Lagipun faktor jarak juga memainkan peranan... Saya lebih berminat utk buat pelaburan di SABAH memandangkan saya jg berasal dr sana dan sekarang berkeja di PENANG hampir 7 tahun dah... Ada apa2 tips yg killer x utk sy mulakan pelaburan pada tahun ni????

    ReplyDelete
  2. wa'salam, x ada tips yg killer dlm melabur hartanah cuma perlu mencari dan menambah ilmu pelaburan hartanah seblm mula menceburi bidang ini.

    Banyak rintangan dalam pelaburan hartanah terutama perasaan takut dan x yakin tentang pelaburan ini.

    Mulakan dengan melabur ilmu hartanah dan dapatkn pengetahuan dahulu dr kenalan teman, famili, internet, buku atau seminar tentang pelaburan hartanah.

    saudara yg skg berada d penang pun bole melabur d sabah walaupn jauh, bole gunakn ptolngan dr keluarga terdekat utk memantau rumah yg dibeli utk pelaburan.

    Banyak cara melabur ruma sama ada beli dan sewakan atau bina ruma di tanah di kampung dan sewakan.

    Saya sudah mempunyai beberapa rakan yg seblum ni x yakin untuk membeli ruma tetapi kini telah pun memiliki rumah sewa 1 atau 2 buah.

    Tips yg perlu dimulakan adalah baca dan dapatkn maklumat tentang pelaburan hartanah melalui teman, internet atau buku. Suda saudara faham mengenai hartanah barulah mula buat kajian lokasi dan jenis hartanah yg hendak dibeli..

    selamat berjaya...

    ReplyDelete
  3. salam tuan blog, macamana mau dapatkan maklumat rumah2 yang dilelong ini, mana tau mau mencuba untung2 ada rezki..tq

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom