4/05/2011

Rumah Impian Kalbu

Sekadar gambar hiasan


Semua orang mengimpikan rumah sendiri sama ada di bandar atau di kampung. Kebanyakan kita mengimpikan rumah yang cantik dan tersergam indah tetapi kita sukar untuk memiliki kediaman bertaraf 5 bintang.

Cukuplah seadanya daripada langsung tidak ada, bagaimanapun kita semua layak untuk mengimpikan rumah cantik, indah, selesa dan besar. Semua impian boleh menjadi kenyataan cuma kita perlu merancang untuk mencapai matlamat tersebut dengan beberapa usaha perlu dilakukan. Setiap impian kita mungkin mengambil masa untuk dicapai sama ada lambat atau cepat yang penting kita perlu ada matlamat dan perancangan tersebut.

Bila kita perlu merancang untuk memiliki rumah impian ?

Kita perlu mula dari sekarang iaitu dengan memiliki rumah mengikut kemampuan sedia ada, jangan mudah terpedaya dengan pandangan orang yang hanya pandai berkata-kata seperti jangan membeli rumah di bandar malah bagus buat rumah di kampung, beli rumah bertanah dan jangan beli apartment. Kita boleh mendengar pandangan setiap individu sama ada sahabat atau kaum keluarga tetapi kita perlu membuat penilaian sendiri atau bertanya kepada orang yang mempunyai pendapat terbuka dan positif tentang rumah.

Dengan penilaian atau kajian yang kita buat dapat memberi kita buah fikiran untuk membuat sebarang keputusan yang bernas dan berasas agar pembelian rumah sekarang atau nanti tidak menjadi penyesalan kita di kemudian hari.

Ini kerana kita boleh membeli sekarang kerana harga rumah mungkin masih murah berbanding 5 tahun akan datang. Beli sekarang mungkin kita hanya mampu memiliki apartment kerana pendapatan masih rendah tetapi kita terfikir untuk membeli 5 tahun kemudian kerana pendapatan ketika itu lebih tinggi dari sekarang. Buat rumah di kampung dan jangan beli rumah di bandar sebab mungkin kita boleh beli teres atau apartment manakala di kampung boleh buat banglo.

Semua pemikiran itu ke arah pendapat yang negatif kerana membeli rumah impian boleh bermula dari sekarang kerana mungkin hari ini kita mampu beli apartment dan kemudian pendapatan sudah tinggi kita boleh jual apartment tersebut, hasil jualan apartment tadi boleh dijadikan deposit untuk membeli teres. Beli rumah di bandar kerana kita masih bekerja di bandar dan buat rumah di kampung kemudian sahaja. Ini kerana buat rumah di kampung dahulu menyebabkan kita terpaksa menyewa rumah di bandar. Di kampung masih ada rumah saudara mara atau ibubapa untuk di tumpang, apabila kita hendak bersara baharulah buat rumah di kampung atau jual sahaja rumah di bandar dan hasil jualan tadi buat rumah di kampung.

Beginilah situasi yang dihadapi oleh golongan muda sama ada bujang atau berkeluarga sebab itulah hingga ke hari ini masih ada lagi yang menyewa dan ada yang telah menyewa melebihi 10 tahun serta umur telah lanjut tetapi masih belum memiliki sebarang rumah impian kalbu.

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom