Membeli rumah atau apartment untuk tujuan pelaburan khususnya bagi tujuan penyewaan tetapi pendapatan cashflow masih rendah selagi kediaman tersebut masih mempunyai pinjaman atau gadai janji.
Bagaimanapun kita masih perlu bersyukur walaupun pendapatan sewa tersebut masih rendah tetapi yang penting rumah sewa tersebut tetap milik kita. Sementara itu juga, rumah atau apartment yang dibeli dengan pinjaman bank perlu ada pembelian bersama insuran yang akan melindungi pinjaman tersebut jika pembeli kediaman tersebut meninggal dunia, secara automatik pinjaman tersebut diselesaikan dengan insuran dan keluarga terdekat pembeli akan mewarisi rumah tersebut.
Selain itu, kita juga boleh membuat rumah sewa di atas tanah sendiri seperti kita membeli tanah dengan luas suku hektar yang boleh memuatkan 5 unit rumah teres satu tingkat. Sebagai contohnya beli tanah dengan harga RM100K dan buat rumah dengan kos RM100K yang berjumlah RM200K. Cara untuk memperolehi kewangan adalah dengan cara buat pinjaman peribadi sebanyak RM200K atau beli tanah dengan pinjaman bank serta jadikan Overdraft tanah tersebut untuk digunakan buat rumah.
Dengan cara ini kita telah memperolehi 5 buah lagi rumah sewa dalam menambah portfolio hartanah.
En. Rizal sya berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai rumah sewa tersebut. Memandangkan saya mempunyai berberapa ekar tanah di ranau dan Kota Belud. Sya berminat untuk memperolehi maklumat dengan lebih terperinci. Mungkin saudara boleh email daudawang@gmail.com atau 016.88.43.705
ReplyDeleteCuba buat kajian atau tinjauan tentang lokasi tanah dan bentuk muka bumi adakah sesuai untuk dibina rumah sewa. tuan juga perlu buat kajiselidik tentang permintaan rumah sewa di sekitar penduduk setempat.
ReplyDeleteJika ada permintaan barulah tuan buat kiraan tentang kos pembinaan pula ikut kemampuan kwangan tuan. Untuk permulaan dapat bina 2-3 unit rumah sebagai permulaan untuk mengalami pengalaman sebagai tuan rumah sewa.