Dalam kehidupan seharian banyak cabaran atau rintangan perlu kita tempuhi sebelum mencapai status kejayaan. Setiap cabaran ada hikmah disebaliknya tetapi kita perlu harus sentiasa berusaha menghadapi cabaran tersebut dengan tabah.
Bagaimanapun ilmu dalam diri kita perlu sentiasa ditambah dan dijanakan agar dapat dimanafaatkan di dalam mengharungi kehidupan saban hari semakin mencabar. Kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam apa sahaja tindakan yang hendak dilakukan agar setiap langkah dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan mencapai kejayaan yang diimpikan.
Lapangkan minda dan tenangkan jiwa dari sebarang tekanan yang menganggu emosi kita sebelum merancang membuat sesuatu tindakan atau jalan penyelesaian. Emosi yang menerima tekanan menyebabkan kita sukar mencari jalan penyelesaian dan akhirnya kita menghadapi jalan buntu.
Kebanyakan orang tidak tahu untuk menggunakan potensi yang ada di dalam diri menyebabkan mereka tertinggal di belakang dari harus kemajuan di dalam diri sendiri. Rakan-rakan mereka telah pergi jauh ke depan di dalam merancang strategik kehidupan dan menggunakan potensi diri yang banyak membantu dalam mencapai kejayaan. Mereka tidak kenal erti kepenatan dan kebosanan di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mencabar.
Banyak orang lebih rela duduk di dalam "Zon Selesa"dari berusaha meningkatkan taraf hidup masing-masing kerana tidak ada motivasi di dalam diri mereka. "Zon Selesa" memberikan seseorang itu lebih senang dengan kehidupan yang seiring dengan keadaan semasa dan sentiasa menerima sahaja sebarang perubahan ekonomi atau kehidupan tanpa bercita-cita meningkatkan dan memertabatkan diri ke peringkat lebih tinggi.
Biar "Papa Asal Bergaya" inilah slogan yang sentiasa digunakan oleh kebanyakan orang kita, biar wang di poket sikit janji boleh bergaya. Ada di antara mereka ini lebih suka bekerja dan menghabiskan wang selepas gaji untuk bergaya tanpa memikirkan keperluan hari esok. Pemikiran mereka juga sempit dan kerap melemparkan pandangn negatif di dalam merancang dan menyusun keperluan strategik di dalam mengejar kejayaan hidup sebenar.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari jalan dan menyusun segala strategik di dalam diri bersama fikiran positif untuk merancang jalan ke arah "Kejayaan Kehidupan".
No comments:
Post a Comment