Zaman sekarang penuh dengan cabaran yang mendatang termasuk kenaikan kos sara hidup. Dengan peningkatan kos sara hidup ini menyebabkan kos wang hantaran perkahwinan juga meningkat naik. Info nilai wang hantaran perkahwinan ini diperolehi dari laman sosial Facebook.
Jika kenyataan ini dijadikan panduan untuk meletakkan nilai hantaran sudah pasti ia memberi beban kepada bakal pengantin terutama bagi pihak lelaki. Bagaimanapun bagi orang lelaki perlu berusaha untuk membuat simpanan dari mula-mula masuk ke alam pekerjaan. Sesetengah orang tidak pernah membuat sebarang simpanan semasa mula-mula masuk alam pekerjaan, malah mereka lebih utamakan mencipta hutang seperti pinjaman peribadi, kad kreadit dan pinjaman kereta yang lebih banyak menjurus ke arah situasi negatif.
Maka kesedaran awal perlu ada untuk setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan semasa memulakan kerjaya atau bekerja. Mereka perlu belajar mula menambung atau menyimpan dan menambah ilmu pengurusan kewangan peribadi yang boleh dijadikan asas untuk berjaya di dalam mengharungi kehidupan yang lebih bahagia satu hari nanti.
Simpan biar sedikit tetapi lama-lama menjadi bukit.
No comments:
Post a Comment