6/10/2012

Melangkah Sebagai Jutawan Hartanah

Sekadar gambar hiasan

Ramai orang di luar sana mengimpikan untuk menjadi seorang yang kaya atau jutawan yang sukses. Tetapi kebanyakkan kita membayangkan bahawasanya dengan menjalankan perniagaan sendiri sahaja yang layak untuk bergelar jutawan.

Bagaimanapun bagi mereka yang bekerja atau makan gaji juga layak untuk bergelar jutawan. Gelaran jutawan adalah gelaran milik semua orang tetapi kita perlu merancang dan mencari peluang di dalam mencapai impian tersebut.

Bagi mereka yang bekerja dengan makan gaji boleh melabur dalam bidang hartanah untuk melangkah ke arah Jutawan Hartanah. Bunyinya agak mustahil jika kita tidak mempunyai ilmu pelaburan hartanah tetapi tidak mustahil bagi mereka yang sudah memiliki ilmu tersebut.

Apabila kita melabur dalam hartanah maka dalam masa yang sama kita telah mencipta hutang atau komitmen untuk menbayar pinjaman tersebut. Tetapi harus diingat bahawasanya membeli hartanah kemudian disewakan secara tidak langsung pinjaman tadi menjadi pinjaman baik atau positif kerana  hartanah tadi telah disewakan bertukar menjadi "Mesin Mencipta Wang".

Membina portfolio hartanah menjadikan seseorang tersebut melangkah untuk bergelar sebagai seorang Jutawan. Tetapi bagaimana ? Jawapannya mudah sahaja, kita melangkah untuk membeli sebarang hartanah yang menpunyai nilai semasa RM100K-RM150K kemudian disewakan untuk mendapatkan pendapatan pasif yang digunakan untuk membayaran pinjaman hartanah tadi. Selang beberapa tahun nilai hartanah tersebut meningkat ke paras RM200K. Dalam masa yang sama kita mencari dan membina portfolio hartanah yang sama dengan nilai yang sama sehingga hartanah yang dimiliki sebanyak 5 unit. Apabila setiap hartanah bernilai RM200K seunit maka untuk 5 unit hartanah menjadikan nilai keseluruhan adalah RM1 juta lebih.

Secara tidak langsung sebelah kaki kita sebagai pelabur hartanah telah melangkah ke arah status jutawan dan sebelah kaki lagi berada disebelah kerana hartanah tersebut masih lagi mempunyai pinjaman atau gadai janji. Jika hartanah ini dikekalkan di dalam portfolio kita sehingga pinjaman tersebut diselesaikan dengan pendapatan sewa yang diperolehi.

Satu hari nanti selepas pinjaman hartanah tersebut selesai maka secara rasminya kita boleh bergelar atau memiliki status "Jutawan" secara penuh kerana memiliki aset yang bernilai melebihi RM1juta ke atas. 

Untuk mereka di luar sana, mulakan dengan langkah pertama di dalam membina portfolio hartnah dan selamat melangkah sebagai "Jutawan Hartanah".

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom