Jom datang beramai-ramai meninjau peluang di Property Investment And Home Expo yang berlansung di One Borneo Mall pada 07 - 10 Jun 2012. Pelbagai jenis hartanah dipamerkan di Expo ini termasuk rumah kediaman dan komersial.
Dalam pameran ini menyaksikan peningkatan harga hartanah di dalam tahun ini yang rata-rata harga kediaman jenis apartment berharga sekitar RM160K-RM200K keatas, manakala kediaman jenis bertanah pula berharga dari RM300K keatas.
Terdapat beberapa pemaju juga menawarkan pakej jualan hartanah yang menarik seperti memberi diskaun sebanyak 10% bagi pembeli terawal dan ditambah 5% untuk lot bumiputra. Terdapat juga kediaman yang dijual disertakan dengan perabot penuh dan juga tawaran progress interest bank dibayar oleh pihak semasa projek perumahan tersebut dibina serta pembeli mula bayar pinjaman bank selepas projek tersebut siap sepenuhya.
Oleh itu datanglah ke expo ini untuk mencari peluang pelaburan yang sesuai mengikut kemampuan masing-masing.
No comments:
Post a Comment