9/04/2011

Rumah di Sekitar Pulau Labuan

Roda-roda di seluruh Labuan dan sempat mengambil beberapa gambar rumah-rumah yang menarik. Kebanyakkan rumah berkenaan mempunyai ciri-ciri moden dan design terkini yang boleh dijadikan panduan untuk kita merekabentuk rumah sendiri atau mengubahsuai rumah sedia ada. Bagaimanapun dengan kenaikan kos binaan menyebabkan nilai rumah di Labuan meningkat naik dengan tinggi.


Taman Pantai di Labuan

Selepas balik beraya di rumah seorang sahabat, saya dan famili pergi ronda-ronda dan sempat melawat sebuah taman perumahan Pantai yang kelihatan begitu menarik. Saya mempunyai seorang sahabat yang telah membeli rumah jenis Semi-D di taman ini tetapi tidak dapat melawat rumahnya kerna beliau balik kampung. Dapat ambil gambar pun jadilah untuk tontonan para pelawat blog ni.


9/03/2011

Homestay Untuk Pelancongan di Labuan

Kampung Patau-patau 2 merupakan salah satu pusat pelancongan yang terdapat di Labuan. Ini kerana kedudukan kampung ini yang strategik dan konsep tradisi rumah dibina di atas permukaan air yang mempunyai daya tarikan untuk para pelancong sama ada dalam dan luar negeri. Kebanyakan penduduknya berbangsa brunei yang telah menetap di perkampungan air ini sejak dahulu lagi.

Untuk menambah lagi tarikan pelancong di kampung ini, beberapa rumah telah dijadikan "Homestay" dan beberapa acara akan diadakan oleh pemiliknya termasuk Ketua Kampung Tn. Hj Sulaiman bin Wanchi terlibat sama di dalam melaksanakan aktiviti "Homestay" di rumah beliau. Setiap aktiviti atau upacara yang diadakan kampung ini pasti meriah serta menarik untuk semua orang hadir sama.



9/01/2011

Pemasaran Produk Melalui Facebook

Facebook merupakan laman web sosial yang popular di dalam berhubung antara satu sama yang lain sama ada dekat atau jauh. Dari setiap negeri di Malaysia ini termasuk juga serata dunia orang berhubung melalui Facebook. Mencari kenalan baru dan rakan-rakan sekolah yang sudah lama tidak bertemu termasuk saudara mara. Facebook merupakan landasan pertemuaan untuk semua orang tanpa sempadan sama ada berada seluruh Malaysia malah seluruh pelusuk dunia.

Dalam pada itu sesetengah individu mengambil peluang memasarkan produk melalui Facebook Pages merupakan salah satu teknik pemasaran di atas talian. Pemasaran dalam Facebook merupakan salah satu alternatif di dalam menjual produk untuk peniaga dari kecil-kecilan hingga ke syarikat gergasi.

Ini menunjukkan bahawa kegunaan Facebook bukan terhad mencari kenalan malah pelbagai lagi fungsi yang berguna untuk kita termasuk bagi mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti saya. Penggunaan Facebook Pages ( http://www.facebook.com/Jerslin Power Oil Sabah ) telah memberi saya peluang untuk memasarkan produk Jerslin Power Oil di seluruh Sabah melalui atas talian sahaja tanpa membuat promosi jelajah Sabah seperti kebiasaan.

Saya hanya menunggu tempahan pembeli sama ada melalui FB atau SMS, kemudian mereka akan bank-in duit dan selepas itu saya akan kirim produk tersebut sama ada menggunakan pos laju atau kiriman bas express.

terima kasih Facebook Pages.

8/31/2011

Persediaan Membeli Rumah



Salam Lebaran dan Merdeka 2011


Salam Lebaran dan salam Kemerdekaan, pencapaian dalam menyambut hari raya dan merdeka satu kejayaan secara amnya serta khususnya untuk diri kita sendiri. Usaha yang gigih mencapaikan kita impian sebagai seorang yang sukses.

Sikap positif dan bermaafan di hari yang mulia ini menjadikan kita sebagai insan yang lebih berjaya. Kita akan sentiasa menarik lebih perkara kebaikan dan memberi kita peluang serta ruang di dalam mencapai kejayaan ke atas setiap perancangan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan 2011.

Maaf Zahir dan Batin.

8/20/2011

Kata-kata Seorang Usahawan Yang Berjaya


Kata-kata seorang usahawan yang telah berjaya dan boleh menjadi pedoman serta menaikkan motivasi kita di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Dengan faktor kenaikan barang, minyak dan bermacam lagi kenaikan yang kita rasai, namum kehidupan dengan kemewahan perlu dikecapi dengan pelbagai strategik masing-masing.

Kita perlu duduk dan bersembang dengan mereka yang sentiasa berfikiran positif dan mencari peluang yang ada di dalam mengejar impian dan matlamat untuk berjaya. Mari renung-renungkan kata-kata hikmah di atas......

8/15/2011

Rezeki di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang telah memberi kita keberkatan, rezeki, keinsafan dan pelbagai lagi kebaikan untuk kita. Inilah masa kita menambah amal dan mengingati yang maha ESA yang selama ini telah melimpahkan kita rezeki tidak terhingga.

Begitu juga bagi peniaga kecil atau penjaja yang berniaga di pasar Ramadhan dapat memperolehi rezeki melimpah ruah. Kerna pendapatan mereka lebih tinggi di bulan ni berbanding bulan-bulan sebelumnya. Inilah namanya rezeki, ada diantara mereka boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM400 hingga RM1000 sehari dalam bulan ini.

Bagaimanapun kita jangan lupa yang telah melimpahkan rezeki dan kita harus sentiasa bersyukur dengan kurnianya.








Jalan-Jalan Tengok Taman Perumahan

Jalan-jalan sambil buang boring melawat beberapa taman perumahan di sepanjang jalan Tuaran hingga ke Tamparuli. Ada sebuah taman yang sempat saya ambil gambar iaitu rumah teres setingkat di Taman Flamingo, Mengatal yang saya kira baharu sahaja siap dibina. Kerna pada 2 tahun lepas saya pernah melihat perumahan ini yang ketika itu masih yang pembinaan. Teres setingkat ini merupakan fasa 2 dan pada masa ini fasa 3 sedang giat dibina iaitu teres 2 tingkat. Bagaimanapun rumah tersebut belum lagi dihuni oleh pembelinya, mungkin masih menuggu kunci. Apa-apa hal pun tahniah untuk pemilik rumah baharu ini, semoga berbahagia bersama keluarga tersayang.







7/29/2011

Zakat dan Sedekah Dengan Keuntungan Perniagaan

Sekadar gambar hiasan

Dalam setiap perniagaan atau pelaburan yang dijalankan adalah untuk mencapai keuntungan sama sikit atau banyak. Tidak ada sesiapa pun yang ingin berniaga mengalami kerugian kerna adat perniagaan, keuntungan adalah asas perniagaan tersebut dijalankan. Dengan keuntungan yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa membolehkan perniagaan dapat dikembangkan dan berdaya maju. Walaupun persaingan hebat dalam sesuatu perniagaan namun ia dapat bertahan jika seseorang perniaga dapat mengatur dan menjalankan perniagaan dengan bijaksana.

Bagaimanapun jangan kita lupa untuk menunaikan kewajipan selepas menerima keuntungan di dalam perniagaan atau pelaburan. Kewajipan yang dimaksudkan adalah Zakat Pendapatan yang mana selepas kita memperolehi keuntungan maka ditolak Zakat Pendapatan sebanyak 2.5%. Kemudian barulah kita memikirkan untuk bersedekah dengan keuntungan tadi tetapi harus diingat bahawasanya utamakan dahulu Zakat. Jika kita ikhlas mengeluarkan zakat atau sedekah, perniagaan yang kita jalankan akan lebih dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Maksud “Zakat” :-

Bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerna dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih. Bersih daripada sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan perdapatan tersebut akan diberkati ALLAH.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom