6/19/2011

Hindari Tempias Bulan Tua Dengan Pendapatan Sampingan

Sekadar gambar hiasan


Apakah itu bulan tua? Apakah maksud bulan tua?

Bagi mereka yang bekerja terutama yang makan gaji tahu dan faham apa yang dimaksudkan dengan bulan tua. Ramai akan mengalami bulan tua untuk setiap bulan dan sepanjang tahun atau selama bekerja sebagai makan gaji.

Bulan tua merupakan satu waktu yang mana kita terpaksa menunggu gaji dihujung bulan dengan keadaan mengawal kewangan kita dengan lebih ketat. Tetapi selepas kita menerima gaji, kita akan lupa tentang bulan tua malah kita berbelanja dengan tidak dirancang atau gaji diterima digunakan untuk membayar segala-gala bil dan hutang sedia ada seperti kad kredit.

Kadang kala kita cuba berjimat cermat selepas menerima gaji tetapi kita tetap akan menerima tempias suasana bulan tua. Kebanyakkan orang akan menerima situasi bulan tua adalah antara 1 ke 2 minggu sebelum menerima gaji atau bermula di pertengahan bulan iaitu 15 haribulan ke atas.

Mengapa ini terjadi? kerana kita tidak pandai mengurus wang, gaji diberi tidak cukup, banyak hutang, harga barang mahal dan bermacam lagi alasan akan diberikan oleh setiap orang.

Untuk menghindari bulan tua maka kita tidak perlu memberi sebarang alasan kerana setiap alasan yang diberikan tidak membantu untuk kita mengelak bulan tua. Lebih baik kita memikirkan bagaimana untuk mencipta pendapatan tambahan dan jangan memikirkan masalah bulan tua.

Bagaimana hendak bermula untuk mengelak bulan tua, langkah pertama kita perlu mendisiplinkan diri untuk berjimat cermat selepas menerima gaji dan cuba belajar menabung. Langkah kedua cuba cari peluang menambah pendapatan dengan membuat beberapa "study case". Langkah seterusnya cari kawan-kawan yang sentiasa mencipta pendapatan sampingan dan cuba berbual-bual dengan mereka untuk mencari peluang yang sesuai dengan kita sendiri.

Selepas kita jumpa peluang pendapatan sampingan yang sesuai dengan kita maka kita cuba dahulu perlahan-lahan. Jika pendapatan sampingan tersebut sesuai dengan kita maka pertingkatkan lagi langkah atau strategik seterusnya. Selepas berjaya pendapatan sampingan pertama maka bolehlah kita memikirkan untuk mencipta pendapatan kedua pula tetapi terpulang pada seseorang individu yang ingin mempelbagaikan pendapatan sampingan.

Bagaimanapun kita perlu sentiasa berhati-hati di dalam membelanjakan pendapatan yang diperolehi. Dengan pendapatan sampingan yang berjaya menyebabkan kita memperolehi 2 pendapatan sebulan. 2 pendapatan ini membolehkan kita bernafas sepanjang bulan atau tahun seterusnya dan kita dapat hindari dari bulan tua.

Kesimpulanya, jika kita termasuk atau tergolong di dalam kelompok yang akan mengalami bulan tua maka kita perlu mengatur langkah atau mencari peluang mencipta pendapatan sampingan.

2 comments:

  1. Sangat suka dengan artikel mu yang nie, bro..Memang bulan tua adalah sindrom biasa bagi golongan yg makan gaji..tp cuma ingin menambah, satu lagi faktor menyumbang kpd sindrom bulan tua adalah apabila terlalu banyak menabung..hehe..biar ikat perut asal dapat menyimpan..

    ReplyDelete
  2. Inilah yang sentiasa kita hadapi, tetapi ada jua org yang tidak ada langsung menambung tetapi masih berdepan bulan tua, terpulang kp setiap individu di dlm mngatur kperluan kehidupn harian, ni skadar pendapatan utk dikongsi bersama....

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom